SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


03 Julai 2012

Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) Usul MPPK Bawa Nikmat Untuk 1.5 Juta Pelajar IPT


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

2 Julai 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya catat sejarah sekali lagi apabila 1.5 juta pelajar bakal menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) hasil usul kepimpinan mahasiswa dalam Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) bil. 2/2011 November lalu.

“Kad diskaun ini adalah bagi menangani peningkatan kos sara hidup pelajar dan kerajaan menerima cadangan MPPK. Malah, ia dilaksanakan dalam tempoh enam bulan selepas idea ini diutarakan,”. – Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

Jika dahulu pelajar telah menerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M), ternyata pemberian kad diskaun ini bukti bahawa Kerajaan peka dan prihatin akan keperluan pelajar baik bukan sahaja terhadap keperluan untuk akademik semata-mata bahkan bagi meringankan beban pelajar terhadap peningkatan kos hidup.

Secara ringkas, KDS1M in adalah automatik dan percuma kepada pelajar, dikeluarkan oleh Bank Rakyat,  serta pelajar boleh menikmati diskaun dari 5 hingga 60 peratus di hampir 51 syarikat yang telah berdaftar.


Komentar Barisan Kepimpinan Mahasiswa

Wan Ahmad Hazman, Presiden MPM UTM
Wan Ahmad Hazman, penerima KDS1M pertama
“Alhamdulillah, menjadi penerima pertama Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M). Cadangan yang dilontarkan oleh MPM UTM pada Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan bil 2/2011 pada November disambut oleh pihak Kerajaan. Semoga lebih banyak syarikat yang terlibat supaya mahasiswa mendapat manfaat secara keseluruhan. Kini lebih 51 syarikat terlibat dengan diskaun 5-60%. Tahniah mahasiswa dan terima kasih Kerajaan kerana sentiasa prihatin,”.

Ku Amirul Faiz Ku Seman, TYDP MPP UUM
“Sebagai MPP yang diberikan peluang 2 dari 3 kali MPPK diadakan, dilihat Kerajaan banyak terbuka dan menerima pandangan mahasiswa, walaupun mungkin ada tanggapan yang mungkin selain darinya, dari faktanya lebih banyak suara mahasiswa diangkat ke tempat yang lebih tinggi,”.

Muhammad Khairul Amir Fadzalih, Ketua Penerangan MPP UniMAP
“Government do care? Alhamdulillah, cadangan bagi Kad Diskaun Pelajar dalam Mensyarat MPPK Bil 2/2011 lepas, telah dilancarkan hari ini. Antara syarikat yang mengambil bahagian KFC, A&W, MPH Bookstores, Daily Fresh, Bata, Focus Point dan banyak lagi. Terima kasih Malaysia,”.


  Lebih info mengenai KDS1M, KLIK SINI

+++
p/s: Tahniah kepada kepimpinan mahasiswa & terima kasih Kerajaan. Seronoknya jadi student. Nilai murni yang boleh diperoleh, jika kita matang dan rasional dalam mengusulkan  dan tindakan membawa suara rakan-rakan siswa sepastinya suara mahasiswa itu tidak akan tinggal jadi suara semata-mata.

Rasa-rasanya, kawan-kawan yang pergi berdemo dan kaki panjat pagar nak tak kad diskaun ni?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?