Salam perpaduan & Salam keamanan.
BebasAnwar901 ? Apa kena mengena? |
Apakah ini namanya KEBEBASAN AKADEMIK yang
diperjuangkan. Telah MU katakan, ini KEBEBASAN POLITIK semata-mata. 6 Tuntutan itu
RETORIK.
Nilaikan wahai masyarakat. Ini bukannya suara
mahasiswa yang sebenar-benarnya mahasiswa. Apa kaitannya mahasiswa perlu turut
turun sama dalam himpunan esok? Apa? Kenapa?
Dipetik daripada Utusan |
Buatlah keputusan bijaksana, janganlah libatkan diri kerana banyak lagi perkara berfaedah boleh dilakukan seperti memberi tumpuan sepenuhnya kepada peperiksaan. -DS Khaled Nordin.
++++
MU lampirkan beberapa memo atau nasihat yang
dikeluarkan daripada beberapa buah universiti.
UPSI| TNC HEPA |
UKM| TNC HEPA |
Apa yang MU ingin suarakan di sini, MU percaya bagi
mahasiswa yang rasional dan matang, mereka sebenarnya tidak memerlukan memo
atau nasihat seperti ini daripada pihak universiti bagi mengelakkan diri mereka
untuk turut sama hadir dalam Perhimpunan 901. Bukan kerana apa, kerana mereka
sendiri tahu dan mampu membezakan.
Kalaulah ada yang kata ini sebagai ugutan, MU ajak
direnungkan semula. Siapa yang ugut siapa sebenarnya? Janganlah disalahertikan.
Itu nasihat. Kalau boleh memang MU nak halang, tapi MU hormati hak rakan-rakan
mahasiswa dengan harapan, yang pergi berdemo juga akan menghormati hak rakyat
Malaysia amnya. Hak untuk negara yang aman. Hormatilah undang-undang sebagaimana yang
diikrarkan dalam Rukunegara.
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undag-undang
Kesopanan & Kesusilaan
Kalau benar ingin menjadi hero atau heroin
mahasiswa, cuba baca artikel ni. <Era Baru Aktivisme Pelajar > Ada mampu?
Perjuangan mereka lebih kepada mempertahankan dan membela 'buah hati' pasangan ini.
Oops, MU kongsikan daripada seorang rakan fb:
Jika Anwar tidak bersalah sudah pasti ramai
pengikutnya menyatakan inilah kebenaran tetapi jika Anwar didapati bersalah
PERCAYALAH akan keluar pelbagai kenyataan berunsur FITNAH dan mendakwa ini
konspirasi kerajaan pimpinan Dato' Seri Najib...
alahai rakyat Malaysia.
p/s: Setakat meramaikan majlis, itu bukan mahasiswa.
Sekarangni, tengah final exam kot !
Tolonglah jangan berbangga dengan perjuangan yang retorik semata-mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan