Salam perpaduan,
Salam keamanan & Salam 1 Malaysia.
Artikel sebelum ini MU ada menulis mengenai Salahguna
Baucar Buku oleh segelintir mahasiswa yang tidak bertanggungjawab.
Sekali lagi MU menulis artikel BB1M kerana terbaca bahawa
ada ramai lagi rakan mahasiswa yang ingin menjual baucar berkenan. Jadi,
biarlah ada yang bosan membaca tapi dapat hadam apa MU cuba sampaikan.
Istilah ‘salahguna’
digunakan kerana ia tidak digunakan
dengan betul.
Printcreen di mudah.my
mudah.my| antara contoh yang ada |
Membelanjakan baucar berkenaan untuk perkara-perkara yang
tidak wajar bagi MU sudah memalukan.
Inikan pula tindakan menjual dan melelong baucar berkenaan secara terbuka di
internet.
Kepada:
1. Mahasiswa
yang tidak
memerlukan BB1M berkenaan, anda sendiri seharusnya tidak perlu ambil
baucar tersebut. Mungkin juga kepada kaki protes yang tidak kenal erti
bersyukur.
2. Mahasiswa
yang suka-suka
atau saja-saja nak menjual BB1M, fikirkan bagaimana anda telah
membelanjankan baik biasiswa mahupun pinjaman PTPTN anda sebelum ini. Berapa
banyak telah anda peruntukan untuk membeli bahan-bahan ilmiah berbanding
kehendak duniawi?
3. Mahasiswa
yang benar-benar
terdesak nak menjual BB1M, adakah anda benar-benar terdesak untuk
menjual?
4. Mahasiswa
yang tak
tahu nak buat apa dengan BB1M,
(senior-senior) sebenarnya kalau tak ambil pun tak mengapa rasanya. Tapi
daripada tak tahu nak buat apa, ada beberapa cadangan untuk anda:
a) Berikan
kepada junior-junior yang lebih memerlukan.
b) Tambahkan
koleksi bahan ilmiah untuk ahli keluarga baik ibu, ayah, kakak, abang dan
adik-adik. (Macam-macam material)
c) Sebagai
hadiah untuk diri anda. (Ikut minat pembacaan, tak pun buku-buku mengenai
peluang kerjaya seperti menghadiri temu duga, panduan menulis resume, ilmu
pengetahuan am dll).
d) Paling
tidak belanjakan untuk 1 buku ilmiah untuk anda selebihnya untuk orang-orang
disekeliling anda.
e) Alat
tulis pun boleh kan?
MU petik dari maklum balas DS Khaled Nordin
berhubung jualan baucar.
"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana
bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta
yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka,
kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang
dimaksudkan."
–DS Khaled
Nordin
Mungkin ada yang rasa entry
ini sedikit kebudak-budakkan. Maaf, MU cuba nak ajak rakan-rakan berfikir.
Sejauhmana berhakkah kita ke atas baucar berkenaan sehingga kita
berhak untuk salahgunakan baucar sesuka hati kita?
Berhakkah kita sehingga kita memberitahu dunia yang kita
sudah salahguna dengan menjual baucar yang diamanahkan?
Malu la hai…
Beli buku, tambah ilmu. Satu pelaburan yang tak susut nilai.
Tak rugi sebaliknya menguntungkan.
Tahniah bagi rakan mahasiswa yang menggunakan baucar
berkenaan dengan baik.
+++ Dalam
Akhbar:
p/s: Belanjakan baucar baik-baik. Tambah tolak ada tempoh
2 bulan lagi. Takut tak pasal-pasal, kena rampas balik lak? Ooopss.
# Ambil kesempatan ucapkan Selamat
Tahun Baru Cina buat rakan-rakan Tiong Hua. Gong Xi Fa Cai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan