Salam Aspirasi, Salam
Perubahan & Salam Perpaduan.
Penamaan calon bagi
pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM telahpun selesai semalam. Satu kejayaan
besar bagi calon-calon Perubahan apabila gempar Transformasi Mahasiswa tidak
menghantar calon untuk bertanding sebagaimana yang dimaklumkan sebelum INI.
Saingan dilihat hanya berlaku antara calon-calon Perubahan dan calon-calon yang
bertanding atas tiket bebas.
22 Calon telah pun menang
tanpa bertanding bagi kawasan pemilihan mengikut kolej di mana pertandingan 3
penjuru hanya melibatkan 3 daripada 14 pusat pengajian yang terdapat di UUM.
Bagi kawasan umum, 12 calon bertanding akan merebut 8 kerusi yang
dipertandingkan.
Berdasarkan pemerhatian MU, jelas ini
juga salah satu bentuk pengkhianatan oleh Transformasi Mahasiswa aka
Pro-Mahasiswa. Pengkhianat perjuangan dan harapan mahasiswa. Sepatutnya,
peluang bertanding menjadi perwakilan pelajar inilah yang diambil sebagai ruang
menjadi wakil mahasiswa. Dah terang-terang mereka ini hanya tin kosong yang
hanya pandai berkata-kata atau lebih tepat “keyboard transformers”.
Permulaan yang baik buat calon-calon
aspirasi mahasiswa dengan majoriti 2/3 telahpun dicapai. Semoga 36 kerusi yang
dipertandingkan disapu bersih.
Tahniah juga buat rakan-rakan Aspirasi
yang kekal unggul di UniMAP dan semoga berjaya buat rakan-rakan Aspirasi USM untuk penamaan calon yang akan berlangsung pada hari ini.
Ayuh kita sambut momentum kejayaan Aspirasi di UiTM, UniMAP, UTeM, UnisZa dan UTHM.
Lebih lagi sekitar hari penamaan calon semalam di UUM, klik SINI
p/s: Mahasiswa pilih pilihan raya dan
bukannya jalan raya.
TAHNIAH, SEMOGA KEJAYAAN INI AKAN TERUS DIIKUTI UNIVERSITI2 LAIN.KUBURKAN PRO MAHASISWA YANG HANYA TAHU BERDEMOTRASI DAN MENJADI ALAT PARTI PEMBANGKANG SAHAJA..
BalasPadam