SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label PRKampus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRKampus. Papar semua catatan

16 Ogos 2013

Anak Muda; Apa anak muda mahu?

Salam Syawal, salam perpaduan, salam perubahan dan salam 1Malaysia.

Saya harap masih belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat meraikan kemenangan Syawal kepada seluruh umat Islam di dunia amnya dan saudara Islam di Malaysia khasnya. Semoga Syawal diraikan dengan penuh kesederhanaan dan keinsafan. In sha Allah.

Izinkan saya berceloteh sedikit mengenai pandangan peribadi saya sebagai orang muda yang selama ini melihat dan memerhati perkembangan politik negara. Saya manusia cetek ilmu tetapi bukanlah buta mata. Bukan mahu bersikap 'playsafe' dan menampakkan diri ini neutral sedangkan sebenarnya dalam hati memberontak dan menjadi keyboard warrior menghentam sana sini menggunakan fake ID. Opps.

Saya menyokong kerajaan Barisan Nasional. Saya menyokong parti Melayu, UMNO. Walaupun kalau diperhatikan, lebih ramai anak muda beralih arah menyokong pembangkang. Kenapa?

Satu perkara yang saya perhatikan, apabila ada anak muda, yang lantang bersuara, menolak apa yang salah, dia terus dibenamkan. Kenapa? Insecure? Bila ada anak muda yang rajin turun padang, mempunyai pandangan dan penyokong yang kuat, tiba tiba anak muda ini hilang. Tiada dalam arus perjuangan bersama yang lain sedangkan jiwanya meronta mahu turut bersama berjuang. Tiba tiba anak muda ini diletakkan jauh, diberikan tugasan luar kawasan, diasingkan dari perjuangan. Dimudahkan cerita, anak muda ini dicantas oleh pihak pihak yang rasa kedudukannya terancam dengan pengaruh anak muda ini.

Ada. Perkara seperti ini berlaku. Tetapi siapa yang tahu?

Anak muda diberikan ruang dan peluang? Benar. Anak muda yang diam, mengikut telunjuk, yang laluannya ditebas. Dan sehingga anak muda ini tua, dia pula akan membuka laluan bagi orang sepertinya masuk padang. Perkara yang sama akan terus berulang dan berulang. Dan sampai bila bila pun kita akan berada di takuk yang lama, membenarkan yang salah, mendiamkan yang benar.

Berapa ramai pegawai PTD yang mengutuk kerajaan, menyokong pembangkang? Berapa ramai pula lepasan ijazah yang tidak layak memohon PTD menyokong kerajaan dan mengutuk pembangkang?

Berapa ramai mahasiswa yang bersama dengan kerajaan, membantu kerajaan di peringkat kampus mahupun nasional yang terkandas dalam pelajaran? Berapa banyak wang, tenaga dan masa yang dihabiskan untuk membantu kerajaan telah dibazirkan? Dan, berapa ramai dari kalangan mahasiswa ini yang akhirnya diangkat dan dibantu? Kira dengan jari pun tak habis.

Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan rakan, tiada alasan untuk kami tidak bersama membangkang setelah apa yang berlaku. Sedalam mana luka dalam hati, setegar mana kecewa dalam jiwa, tiada yang beralih arah dari perjuangan ini. Terus teguh berdiri, menanti kot kot ada peluang yang akan diberi. Di mana anak muda yang terumbang ambing ini akan ditempatkan setelah susah payah mereka berbakti kepada negara?

Jadi, apa orang muda mahu? Kami mahu dilihat dan dihargai. Bukan terus diperguna dan diabaikan. Semoga suara kecil ini yang mungkin tidak didengari namun dapat dilihat dan dihargai.


21 September 2012

Penamaan Calon MPPUUM, Perubahan Bakal Menang Besar #AspirasiMahasiswa



Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Penamaan calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM telahpun selesai semalam. Satu kejayaan besar bagi calon-calon Perubahan apabila gempar Transformasi Mahasiswa tidak menghantar calon untuk bertanding sebagaimana yang dimaklumkan sebelum INI. Saingan dilihat hanya berlaku antara calon-calon Perubahan dan calon-calon yang bertanding atas tiket bebas.

22 Calon telah pun menang tanpa bertanding bagi kawasan pemilihan mengikut kolej di mana pertandingan 3 penjuru hanya melibatkan 3 daripada 14 pusat pengajian yang terdapat di UUM. Bagi kawasan umum, 12 calon bertanding akan merebut 8 kerusi yang dipertandingkan. 

Berdasarkan pemerhatian MU, jelas ini juga salah satu bentuk pengkhianatan oleh Transformasi Mahasiswa aka Pro-Mahasiswa. Pengkhianat perjuangan dan harapan mahasiswa. Sepatutnya, peluang bertanding menjadi perwakilan pelajar inilah yang diambil sebagai ruang menjadi wakil mahasiswa. Dah terang-terang mereka ini hanya tin kosong yang hanya pandai berkata-kata atau lebih tepat “keyboard transformers”.


Permulaan yang baik buat calon-calon aspirasi mahasiswa dengan majoriti 2/3 telahpun dicapai. Semoga 36 kerusi yang dipertandingkan disapu bersih.

Tahniah juga buat rakan-rakan Aspirasi yang kekal unggul di UniMAP dan semoga berjaya buat rakan-rakan Aspirasi USM untuk penamaan calon yang akan berlangsung pada hari ini.

Ayuh kita sambut momentum kejayaan Aspirasi di UiTM, UniMAP, UTeM, UnisZa dan UTHM.

Lebih lagi sekitar hari penamaan calon semalam di UUM, klik SINI


p/s: Mahasiswa pilih pilihan raya dan bukannya jalan raya.

 

19 September 2012

Gempar! 24 Calon Transformasi Mahasewel Hilang



Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

18 September 2012, Transformasi Mahasiswa UUM telah membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan menghantar calon untuk PRK kali ini.

Kenyataan yang dikeluarkan mereka ini ternyata bertentangan dengan apa yang pernah dikeluarkan oleh mereka pada 15 Januari yang lalu. 

Suatu Masa Dahulu
Kenyataan 15 Januari: Bersedia dengan 24 bakal calon


Semalam
Kenyataan 18 September: Tidak menghantar calon


ESOK? HARI PENAMAAN CALON ?

Apa sudah jadi? Ke mana perginya 24 calon mereka? Mungkinkah 24 calon ini hilang ibarat kes ghaib Masturah yang akhirnya menang dengan undi simpati? Jangan ada fitnah di kemudian hari.

Masturah, calon ghaib PRK UM 2010/ 2011.  Isteri kepada bekas Pengerusi Pro-M Nasional, Safwan Anang.
Apapun, kita tunggu hari penamaan calon nanti. Transformasi Mahasiswa atau Pro-Mahasiswa? Sesuatu yang bukan di luar jangkaan sekiranya 24 calon ini dipertaruhkan di bawah Pro-Mahasiswa apatah lagi dengan tindakan sabotaj yang dilakukan terhadap mantan YDP MPP, saudara Amer.

p/s: Kebangkitan Pro-M di UUM?

18 September 2012

Transformasi Mahasiswa UUM Umum Tidak Hantar Calon Untuk PRK

Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.


Transformasi Mahasiswa UUM harini mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar calon untuk PRK kali ini. 
  
Ibarat dalam mimpi, namun apakah motif mereka yang sebenar? Tidak menghantar calon Transformasi Mahasiswa tetapi mungkinkah atas tiket calon Pro-Mahasiswa? Nak tumpang populariti atau bagaimana?


Andaian MU, rakan-rakan Transformasi Mahasiswa sudah gentar dengan gelombang Perubahan yang membawa aspirasi mahasiswa.

p/s: Yang pergi beli borang semalam tu siapa? Propa.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?