Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia
Minggu Suai Kenal seharusnya
menjadi kenangan yang indah khususnya buat pelajar-pelajar yang baru mendaftar
serta ahli jawatankuasa (AJK) yang menjadi sekretariat menjayakan minggu
berkenaan. Namun begitu, lain pula jadinya apabila malam penutup minggu
berkenaan mula dijadikan isu.
IPTA Gangnam Style menjadi
jolokan baru yang diberikan serta memberi tanggapan negatif bukan sahaja kepada
universiti bahkan rakan-rakan mahasiswa di sana. Malam Aspresiasi Seni
berkenaan telah melibatkan persembahan pelajar-pelajar baru daripada semua kolej
kediaman atau dikenali sebagai DPP serta telah turut dihadiri oleh Pengarah
HEP.
Menurut rakan-rakan MU yang
turut berada di sana, mereka tidak merasakan bahawa persembahan tersebut
sebagaimana yang digambarkan oleh mereka yang langsung tidak berada di sana. Kumpulan
pelajar-pelajar baru berkenaan telah menari pelbagai jenis tarian termasuklah
tarian tradisional dan diakhiri dengan tarian yang diwar-warkan dalam masa
kurang daripada 2 minit. Terdapat juga persembahan-persembahan lain seperti nasyid, dikir dan sebagainya.
Sudah menjadi budaya apabila
kita akan menjadi sensitif apabila melibatkan agama dan budaya. MU dimaklumkan juga bahawa
barisan MPP tidak terlibat dalam mengelolakan malam tersebut serta mereka sangat
mengambil berat terhadap isu yang berbangkit ini.
Namun yang
menjadi persoalannya, mengapa barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
yang dipersalahkan? Adakah MPP yang menetapkan bentuk persembahan dan melatih? Adalah tidak adil untuk terus menunding jari sedangkan mereka juga turut prihatin dengan isu ini. Jika benar pihak yang telah 'upload' video ini tidak mempunyai sebarang niat, kenapa tidak dikongsikan bersama rakaman 13 buah lagi persembahan-persembahan yang lain? Kenapa bercerita tentang keburukan tetapi tidak mengenai kebaikan?
MU melihat ini sebagai
permulaan kepada provokasi. Provokasi sebagai cubaan untuk memalukan dan menjatuhkan oleh pihak tertentu. Mana tidak, yang merakam pasti berada di tempat
kejadian dan lebih jelas bagaimana keadaan sebenar. Mungkinkah kerana PRK yang menjelang tiba? Lihat pula bagaimana cubaan
provokasi mereka di sebuah group untuk pelajar-pelajar baru.
Ini pula respon daripada Saudara Ku Amirul, TYDP MPP.
p/s: Penangan musim gangnam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan