Salam Aspirasi, Salam
Perpaduan & Salam 1Malaysia.
Kelab Sultan Sulaiman pada
harini digegarkan oleh lebih 1000 orang mahasiswa yang berkhimpun bagi
menjayakan program Suara Merdeka Siswa.
Rakan-rakan mahasiswa yang hadir ini berkongsi membawa aspirasi mahasiswa yang
semuanya merupakan mahasiswa yang sayangkan keamanan negara dan kampus.
Penyertaan mahasiswa ini juga telah melebihi sasaran awal penganjur.
Tolak Pro-Mawasiswa ! |
Program telah bermula
semenjak jam 9 pagi dan telah berlangsung selama 3 jam. Rakan-rakan yang hadir
telah menurunkan tandatangan di kain rentang dengan kata-kata kemerdekaan sebagai
tanda sokongan menjayakan program ini.
Wakil mahasiswa daripada
Universiti Malaya yang terdiri daripada mahasiswa Melayu, Cina dan India telah
diberikan peluang memberi ucapan sebagai tanda mewakili tiga kaum utama di
Malaysia. Saudara Wan Ahmad Hazman, Pengerusi Majlis Perundingan Perwakilan
Kebangsaan (MPPK) juga telah memberikan ucapan dengan membentangkan kejayaan
yang telah Aspirasi usahakan serta mengajak mahasiswa menyokong Aspirasi.
Kelihatan juga Pro-Mahasiswa
yang datang untuk memerhati dan memantau perjalanan program dari jauh.
Apa yang pasti, himpunan pada
hari ini berjaya bukan sahaja kerana pengisiannya semata-mata bahkan berjaya
dilangsungkan tanpa kehadiran ahli politik. Syabas dan tahniah kepada
rakan-rakan serta penganjur.
Mahasiswa Peneraju Masa
Depan Negara.
Sekitar perjalanan program,
Rakan-rakan menurunkan tandatangan pada kain rentang |
Mengibarkan Jalur Gemilang dengan semangatnya |
Menjiwai lagu Warisan |
p/s: Tiada sebarang aksi ‘melampau’
kerana mereka semua patriotis serta selayaknya bergelar mahasiswa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan