SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


01 Mei 2012

BERSIH 3.0: Doktrin Anak Kecil, Demonstran VS Anak Polis


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Duduk & Bantah 28 April 2012. Adakah masih tegar lagi semangat-semangat para demonstran? Bagaimana perasaan mereka khususnya anak muda yang kononnya telah berjuang? Syukur dan bangga mungkin. Pulang dan berkongsi dengan rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran tetangga.

 “Kita cenderung untuk faham apa yang kita hendak faham. 
Tolak mentah yang tidak sealiran”. Setuju?

Dan kerana apa yang dikongsikan itu kita suka, kita akan kongsikan pula dengan rakan-rakan yang ada. Yang pahit, kita tolak tepi. Benar, selera kita tak sama pasti berbeza.

Sebelum ini, MU pernah kongsi gambar-gambar sebelum demonstrasi itu berlaku dan sedikit amaran bahawa pengakhirannya takkan sama. Klik SINI. Ya, demonstran mana pernah aman. Demonstran dan pihak polis menjadi tumpuan lensa.

Tanggalkan kaca mata; bukakan hati.

1.    Anak kecil demonstran
Tertarik melihat anak kecil turut dibawa bersama kelapangan demonstrasi. Anak kecil sebagai perisai? Adakah ini cara mendidik anak-anak? Demonstrasi sebagai penyelesai masalah? Secara tak langsung, memupuk rasa kejam dan benci. Boleh kata, itu juga satu bentuk penderaan psikologi buat anak-anak. Mana tidak, di kaca televisyen kita tapis untuk anak kecil daripada melihat aksi yang tidak sepatutnya. Tetapi apabila membawa anak secara LIVE ke demonstrasi, apakah sebenarnya harapan ibu dan ayah ini? Kalau kini kita kata, kebangkitan anak muda. Mungkin juga ada istilah kebangkitan anak kecil pula kelak.


Ayah nak anak-anak ayah sama-sama dengan ayah. Jangan takut.
Akak dengan abang, takkan apa-apa.

Ayah kata jangan takut. Jelas, mereka percaya anak-anak kecil tidak akan diapa-apakan dan sentiasa akan dilindungi.


2.    Anak kecil polis
Bagaimana pula anak polis? Hujung minggu yang sepatutnya bersama ayah atau ibu, terpaksa melihat dan mendengar ibu ayah mereka dihina kerana tugas mereka mempertahankan keselamatan negara. Apabila budi bicara pihak polis diuji, provokasi yang membawa kemudaratan, bagaimana pihak polis perlu bertindak? Tidak mustahil, kelak tiada yang berminat untuk menjadi berkhidmat menjadi polis kelak kerana tanggapan buruk terhadap mereka.


Harini ada demo & ayah perlu bertugas. Ayah tak nak anak-anak ayah pergi.

 
Kenapa si ayah tak nak anak-anak pergi? Bimbangkan keselamatan anak-anak dan mungkin tidak mahu anak-anak melihat ‘keganasan semasa bertugas’.

Suara daripada anak polis, klik SINI
Versi telagah debat anak kecil ni, MU percaya boleh dibayangkan. Baik anak demonstran mahupun anak polis, pasti akan membela ayah dan ibu mereka. Ya, anak yang baik.

Ibu bapa adalah idola dan ikon terdekat anak-anak. Menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk melindungi anak-anak mereka. Baik anak demonstran mahupun anak polis, sesuatu yang tidak adil yang didoktrinkan kepada mereka
Doktrin bagaimana? Doktrin yang memupuk rasa benci antara mereka.

Sama-samalah dipupuk rasa Cintakan Agama, Bangsa & Tanah Air

 Lihat, Nilai & Hadam


p/s: Saat kita saling bercakar antara kita, siapa yang untung? Sedangkan mahasiswa boleh diperkuda, inikan pula si anak kecil. Lindungi dan berlaku adillah kepada mereka.

2 ulasan:

  1. bagi aku ini satu penderaan mental utk kanak2.patut ibubapa yg bawak tu patut diambil tindakan..di rumah mereka dihalang utk menonton filem ganas di televisiyen dan kau hidang kan dengan astro ceria...tetapi..kau lupa perbuatan kau lebih teruk apabila kau membawa dan mempertontonkan aksi ganas secara live di KL tempoh hari!! apa yg kau fikirkan..??apa kau x sedar polis bakal bertindak..x kan itu pun x tahu..apa ko x tahu tindakan polis masa bersih 2.0..insaf la!!!

    BalasPadam
  2. anda membantah demonstrasi?? cuba tgk kesan demonstrasi kalau xada org masuk campur...

    http://www.facebook.com/photo.php?fbid=401177189915561&set=a.398598626840084.96563.146443882055561&type=1&ref=nf

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?