Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Budaya demonstrasi di
Malaysia kerap disinonimkan dengan peristiwa gelombang kuning kini satu
sentuhan sejarah baru apabila bakal dilaksanakan demonstrasi jalanan pertama di
negeri Kelantan pada 26 Mei 2012.
Berbekalkan slogan Demo Walk 4 Regim Rompak Royalti Rakyat,
MU percaya penganjur cuba membakar idealisme rakyat negeri Kelantan untuk turun
bersama-sama berdemo dengan tema merah putih. Adakah semangat turun berdemo ini
lebih membara-bara dengan kejohanan Kelantan di Piala FA yang lalu?
Sebagai negeri yang salah
seorang pemimpinnya, iaitu Nik Aziz sendiri telah menjatuhkan hukum wajib untuk
turun berdemo pada Bersih 3.0 yang lalu, dapat diramalkan bahawa kerajaan
negeri Kelantan akan menggalakkan lagi penduduk-penduduk di negeri berkenaan
untuk turun bersama-sama berdemonstrasi. Baik anak-anak kecil serta kaum hawa
akan turut turun bersama-sama berarak daripada Petronas KB Mall sehinggalah
Petronas Pasir Pekan. Kenapa Petronas jadi pilihan?
Ramalan MU, apa yang ingin
dibuktikan oleh pihak penganjur adalah untuk menyahut seruan Nurul Izzah sebagaimana
dalam artikel beliau bahawa protes itu patriotik, demokrasi. Mereka ingin
buktikan bahawa demonstrasi yang dianjurkan mereka berjaya tidak sebagaimana
penganjuran Bersih yang ternyata bukti kegagalan oleh pihak penganjur.
Secara teorinya, adakah seorang perompak akan
merompak di rumah sendiri? Adakah pengganas akan memusnahkan rumah mereka
sendiri? Tak perlu buat, demonstrasi ini pasti berjaya dengan bersihnya.
p/s: Nak tergelak apabila kononnya Pembubaran Parlimen, 14
Mei; penamaan pencalonan, 26 Mei; dan hari mengundi 9 Jun. Harini dah berapa hari bulan ya?
4R: Rakan Racun Rosak Rakyat ader la... haha
BILA DEMO JADI TABII
Tiada ulasan:
Catat Ulasan