Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Berburu
ke padang datar
Dapat rusa belang kaki Berguru kepala ajar Ibarat bunga kembang tak jadi (dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah
pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya Pelita dan lampu segala Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu
dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat Pemimpin yang ditauliahkan segala umat Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari
ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana
dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu Dia adalah guru mewakili seribu buku; Semakin terpencil duduknya di ceruk desa Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa
pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat Menjadi kenangan ke akhir hayat.
USMAN
AWANG
1979 | ||||
TERIMA
KASIH CIKGU, TERIMA KASIH GURU, TERIMA KASIH PENSYARAH
SELAMAT
HARI GURU
"GURU
INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"
p/s:
Ikhlas daripada kami, Mahasiswa Utara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan