SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


20 Mei 2012

#JDAB2012: Sentuhan @datosahol Membantu 3781 Anak Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Salam Perubahan, Salam Aspirasi, Salam 1Malaysia.

"UiTM di hatiku"

Alhamdulillah. Pasukan Jelajah Destini Anak Bangsa sudah melabuhkan tirai di utara. Sepanjang dua hari pasukan ini berada di utara, sudah pastinya ramai anak anak bangsa yang berjaya dibantu mereka. 

JDAB di Kuala Kedah.
Paling membanggakan, kunjungan JDAB ke utara turut disertai oleh Naib Canselor mereka sendiri iaitu Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab untuk MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh sebilangan besar adik-adik kita yang terlepas peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Sehingga 18 Mei 2012, sebanyak 3781 permohonan rayuan kemasukan ke UiTM telah diluluskan oleh Dato Sahol. Pada hemat saya, itu bukanlah suatu angka yang kecil memandangkan sebelum ini, panggilan daripada KPT sendiri sudah dilakukan. Namun, demi membantu survivor anak bangsa, program ini diteruskan demi mencari dan membantu lebih ramai adik-adik kita yang  layak namun tidak berkemampuan di luar sana supaya mereka dapat menyambung pelajaran di peringkat tinggi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Program JDAB ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari penduduk penduduk setempat. Kenapa? Semestinya semua ibu bapa mahu anak mereka melanjutkan pelajaran dengan harapan anak anak ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dan dapat membantu mereka kelak.


Melihatkan kesungguhan ibu bapa ini buat saya terfikir, seronokkah ibu bapa kepada mahasiswa yang digantung pengajiannya? Bersusah payah ke hulu ke hilir demi mendapatkan tempat untuk anak anak masuk ke universiti, anak pula bersusah payah berdemo di jalanan lalu menjerat diri sendiri. 

Semoga adik-adik yang mendapat tawaran untuk ke pusat pengajian tinggi tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan. Jadilah manusia yang tahu erti terima kasih, dan tahu nilai kesyukuran.

Salam sayang dari utara :)


Notakaki: Lawati blog rasmi Jelajah Destini Anak Bangsa untuk maklumat lanjut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?