Sebelum melihat ringkasan pembentangan Laporan Program Transformasi, tahukah rakan-rakan mengenai Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP)?
Sebagai rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa intelektual, menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu dan peduli akan dasar-dasar Kerajaan agar kita dapat bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan. Untuk pembacaan umum, rakan-rakan bolehlah rujuk di SINI & SINI
Muat turun laporan penuh, DI SINI |
KUALA LUMPUR 19 Mac -
Berikut intipati daripada Laporan Program Transformasi yang dilancarkan oleh
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri, di sini malam ini.
1. Jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK)
perkapita negara telah meningkat kepada AS$9,970 iaitu peningkatan sebanyak
4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.
2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara
menunjukkan peningkatan kepada RM5,000 tahun lalu berbanding hanya RM4,025 pada
2009.
3. Kadar kemiskinan negara menurun
daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu.
4. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada
kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.
5. Sebanyak RM2.34
bilion telah diperuntukkan untuk Bantuan
Rakyat 1Malaysia (BR1M).
6. Lebih RM524 juta
diperuntukkan untuk bantuan
persekolahan.
7. Sebanyak RM97.5
juta diperuntukkan untuk Baucar Buku
1Malaysia (BB1M).
8. Sebanyak RM22.3
bilion disediakan untuk subsidi,
RM873.5 juta untuk insentif manakala RM14.6 bilion lagi untuk bantuan.
9. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat
berpendapatan rendah.
10. Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat
Perumahan Negara Berhad telah menawarkan lebih
100,000 unit kediaman mampu milik.
11. Lebih 3,300
kilometer jalan raya telah dibina di
kawasan luar bandar.
12. Lebih 1.4 juta
isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih.
13. Lebih 470,000 isi
rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.
14. Sebanyak 53,000
unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.
15. Mengeluarkan 164
buah sekolah berprestasi rendah
kepada jaluran yang lebih baik.
16. Sektor
pelancongan telah berjaya menyumbang RM100 bilion PNK dengan kehadiran 50 juta pelancong ke negara
ini.
17. Greater KL telah
menawarkan projek MRT yang berjumlah
RM19.8 bilion.
18. Kandungan dan
infrastruktur komunikasi telah berjaya mengeksport
hasil kreatif berjumlah RM547 juta.
19. Program TUKAR telah beri manfaat kepada
1,087 pemilik kedai runcit.
20. Sumbangan PNK
negara pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan.
21. Malaysia negara
ketiga terbaik dalam senarai destinasi
perkhidmatan luar.
22. Kuala Lumpur adalah destinasi membeli-belah
keempat terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London.
23. Sejak ETP &
GTP diperkenalkan, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan berdasarkan
pengumuman program transformasi sebentar tadi.
24. BR1M akan diteruskan dan dijadikan
inisiatif tahunan.
Sumber: UTUSAN
p/s: Janji PM Janji Ditepati... Terima kasih PM. Terima kasih Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan