Baru-baru ini, kita sedia maklum
bahawa seorang pemimpin pembangkang, Tian Chua telah dikenakan tindakan di
bawah atas Akta Hasutan atas tindakan beliau mengenai insiden Lahad Datu
sebagai sandiwara dan konspirasi.
Setelah apa yang kita lihat di depan
mata hari ini, adakah pewira-pewira tanah air yang terkorban itu sekadar
berlakon? Bagaimana mereka sanggup menyifatkan ini sebagai sandiwara sedangkan
untuk mereka berada bersama berjuang mempertahankan negara itu sendiri mereka
tidak berani, sebaliknya terus memperlekehkan?
Ayuh, MU kongsikan bersama antara 12
perkongsian semasa daripada pelbagai media termasuk antarabangsa yang perlu
kita ambil maklum.
Pertemuan Anwar Ibrahim - Nur Misuari |
1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu
pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang
Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan
dipanggil sebelum Jun.
Pegawai perisikan Filipina
berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan
Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.
Rupa-rupanya, ahli politik ini
adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau
didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke
atas negeri Sabah.
2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan
pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai
kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro
National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur
Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.
3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan
yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing.
Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah
kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.
Maka, jika merujuk kepada
kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat
mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan
Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.
4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik
kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu
berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.
5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa,
pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk
memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.
6. Satu komunikasi dari Kedutaan
Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei
2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi
tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur
Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk
membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.
Wikileaks mendedahkan hubungan Nur
Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya
kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh
harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki
secara ketenteraan.
7. Tindakan Anwar menyanyikan
lagi “Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai
liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu
mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut
dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut Sabah
bakal hilang.
Jelas Anwar, apabila Sabah
hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.
“Tanya sama Najib apa
sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar
berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil
mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.
Dalam ceramah pada 29 Januari
lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14
Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah,
diceroboh kumpulan pengganas Sulu.
8. Aquino sendiri hairan
bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk
menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat
rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa
ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.
Jika berkaitan
kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot
besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot
digunakan dalam kejadian itu.
Jadi, di mana dia
mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino
dipetik daripada Malaya-Business Insight.
9.SAYA hanyalah seorang
sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di
kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya
duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, kerajaan
Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam
komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.
10. DUA pemimpin kanan pakatan
pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di
Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit
dikatakan mempunyai rekod buruk
pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu
pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor
Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.
Mereka berusaha membebaskan
wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia
pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific
Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.
11. TINDAKAN Timbalan Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap
dalam masa terdekat yang dilaporkan Free
Malaysia Today, juga dikatakan skrip lama
pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam
pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.
Dulu, Anwar menyatakan dia akan
dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang
cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip
masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik
dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit.
Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.
Kemudian, dia dibawa ke Jerman
untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia pulih serta-merta.
12. Menurut sumber yang boleh
dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai
telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan
serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi
penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya
berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.
sumber: UTUSAN
AlFatihah buat perajurit negara yang terkorban.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan