SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


03 Februari 2013

Cuba mengubah sejarah?



MU tertarik dengan pendedahan blog dan blog ini mengenai ‘ikon’ baru mahasiswa Utara Malaysia, Bawani KS. Khabarnya beliau dijemput dalam Majlis Memperingati 60 Tahun Mat Indera mati Di Gantung. Iya Mat Indera individu yang pernah di label Timbalan Presiden PAS sebagai perwira dalam tragedi Bukit Kepong.

MU juga tertarik apabila pendedahan yang dilakukan mengenai saudari Bawani KS ni, dia seorang pelajar undang-undang. Sesuatu yang unik apabila pelajar undang-undang seakan-akan melupakan sejarah. Mungkin kehadiran bawani tak lah berniat nak menyokong keperwiraan mat Indra, cuba sebagai warga bertanggung jawab nak mempersoalkan rasional majlis itu diadakan?

Mat Indra atau nama sebenarnya Muhammad Indera dalam cacatan sejarahnya, mengetuai segerombolan 180 komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong. Tragedi Bukit Kepong menyebabkan seramai 25 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. Tragedi ini bukanlah sesuatu yang asing bagi MU. Sedangkan seorang pelajar sekolah rendah juga MU rasa pernah menonton filem Bukit Kepong. Itu lah sejarah. Jadi apabila seorang pelajar undang-undang dari Universiti Utara Malaysia boleh menghadiri majlis memperingati Mat Indera sebagai seorang pejuang? Baca lanjut di sini.

Mengenai Komunis, MU pasti ramai mengetahui bukanlah satu fahaman yang boleh diterima akal. Menolak kewujudanTuhan yang sudah pasti bertentangan dengan prinsip Rukun Negara, kepercayaan pada Tuhan. Seorang yang Islam percaya pada kewujudan Allah sebagai Tuhan yang wajib disembah. Justeru, sejarah tetap sejarah. Nyawa perwira yang gugur syahid di Bukit Kepong seharusnya dikenang dan bukan dibalas dengan menukar sejarah.

Apa yang berlaku?

2 ulasan:

  1. SALAM PERJUANGAN TUAN blogger, blog tuan telah saya pautkan menjadi rakan medan tempur MyHomeSoil. Pohon tuan pautkan blog ini untuk sama-sama kita berjuang >>>> www.myhomesoil.blogspot.com Terima kasih, tuan

    BalasPadam
  2. http://rainbowoftruth.blogspot.com/2013/02/the-democracy-racket-us-covert-attempt.html

    Sila baca mengenai komplot menjatuhkan Kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat, oleh anasir-anasir jahat AMERIKA melalui kuncu-kuncunya di Malaysia.

    -nshinah-

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?