SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


19 Disember 2011

Timbalan Menteri MENYESAL terima memorandum.

Salam rakan-rakan siswa.
Rentetan isu Mahasiswa Lakar Sejarah, 17 Disember 2011.

========================+++++++=====================
Saifuddin serah kepada polis siasat insiden di PWTC


KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata beliau menyerahkan kepada polis untuk menyiasat tindakan mahasiswa menurunkan bendera yang memaparkan wajah Perdana Menteri di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu lalu. 


Beliau berkata, kementeriannya tidak akan melakukan sebarang tindakan ke atas mereka kerana insiden tersebut berlaku di luar kawasan kampus.

"Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS) perlu meminta maaf atas perbuatan mereka kerana ia adalah satu tindakan yang terkutuk," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Sabtu lalu, Saifuddin menerima memorandum daripada Pengerusi BEBAS, Muhd Safwan Anang@Talib yang antara lain menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).


Sebelum itu, Muhd Safwan bersama kira-kira 200 orang penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang menganggotai BEBAS datangke pejabat Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk menyerahkan memorandum kepada Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani Abdullah.


Seterusnya, mereka ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan berjumpa Saifuddin untuk menyerahkan salinan memorandum yang sama.


Selepas perjumpaan dengan Saifuddin, penuntut IPT itu menurunkan bendera yang memaparkan wajah Datuk Seri Najib Razak digantikan dengan bendera Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik (BEBAS). Bagaimanapun, mereka menaikkan semula bendera itu selepas ditegur pengawal keselamatan PWTC.

Saifuddin berkata, beliau memutuskan untuk berjumpa anggota SMM dan BEBAS selepas mendapat maklumat bahawa mereka sedang berarak ke PWTC dengan diiringi anggota polis.

"Saya berpendapat sekiranya saya menerima memorandum dari anggota SMM dan BEBAS itu, maka mereka akan bersurai dengan aman, terbukti jangkaan saya betul.

"Bagaimanapun, insiden menurunkan bendera wajah Perdana Menteri hanya berlaku kira-kira satu jam selepas saya meninggalkan kawasan PWTC itu dan perkara itu diketahui menerusi Twitter," katanya.

Beliau berkata, kementerian tidak menghalang kebebasan bersuara di kalangan penuntut IPT tetapi tindakan mereka amat dikesali dan berharap mereka segera meminta maaf kepada Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO.

Sementara itu, ditanya mengenai sesi pertama perbincangan meja bulat pindaan AUKU, Saifuddin berkata, ia berjalan dengan baik dan akan disambung tahun depan kerana penuntut IPT kini sedang menjalani peperiksaan. - BERNAMA 
===========================+++++++========================


Datuk Saifuddin sendiri kesal dengan tindakan mereka. Kebebasan bersuara itu tidak dihalang, tetapi bertindaklah atas kewarasan. Kalau benarlah ingin mencatat sejarah, bukan begini caranya.

Tapi mereka sungguh ego. Lihat sendiri apa kata mereka. Mahasiswa? Siapa mahasiswa yang mereka maksudkan? Mahasiswa Utara tidak menyokong perbuatan yang tiada kesopanan dan kesusilaan seperti ini. Ternyata mereka telah membantah dan tidak menghormati prinsip Rukun Negara yang kelima.





Persoalan: Memorandum dah diserahkan, kemudian baru diturunkan bendera DS Najib Razak. Kenapa?

+++ Draf pindaan AUKU akan dibentangkan Mac 2012. 

+++++ Buat yang membaca, kami juga membawa suara mahasiswa. Kami cuba menyahut untuk menjadi matang. Matang melontar kalam, mencakna untuk berkongsi bukannya tenggelam dalam emosi. Moga tiada yang tersalah erti.

3 ulasan:

  1. apa barang mini revolusi...

    BalasPadam
  2. Saiffudin kenapa mahu lepas tangan? Kata ia berlakau di luar kampus. Tapi u sendiri berada di tempat itu. U sendiri menerima memoradum daripada mereka dan memberi ucapan. Kalau u Pemimpin yang jujur dan tidak mempunyai niat yang sama dengan golongan ini, kenapa tidak minta mereka ini serahkan pada u di pejabat u di Putera Jaya? Jika ini soal masalah mahasiswa. Rumah UMNO adalah urusan politik? UMNO itu adalah Parti.U mesti dapat bezakan antara pejabat PM dengan Pejabat Presden Parti coz u juga ahli MT. Kenapa u sebagai Timb Menteri tidak dapat menerima Memo itu di pejabat Timb Menteri?Mengapa? sedangkan u tahu tentang DEMO pada hari itu? Hakikatnya u juga sokong gerakan ini, dan gerakan juga sealiran dengan perjuangan u yang sealiran dengan perjugan PKR...itu adalah kenyataannya dan bukan lagi penyataan yang boleh berubah-ubah.

    BalasPadam
  3. Neikie69 : sebelum ko komen panjang lebar baik ko cek diri ko balik. ko nye account duk follow banyak blog lucah gay. adoiii.. sebelum nk syarahkan org sila cek diri dulu ya. Layan gay --> amalkan perbuatan gay sangat dikecam dan tidak diterima tuhan. nauzubillah himinzalik.

    #kalau xpercaya sila click kt nama Neilkie69 n tgk bpe bnyk blog GAY y dia follow. terima kasih

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?