Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) berfungsi menjadi badan yang mewakili suara mahasiswa. Ada juga badan
perwakilan yang dinamakan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM). Badan ini adalah daripada
pelajar, kepada pelajar dan untuk pelajar.
Kepercayaan dan mandat yang
diberikan sebagai mewakili mahasiswa sepastinya perlu menjadi keutamaan bagi
setiap barisan kepimpinan. Mendapat kritikan dan tomahan itu perkara biasa bagi
seorang pemimpin. Jika tidak, mengapa perlu rakan-rakan memberi undi kepada
calon-calon yang bertanding?
Baru-baru ini, barisan
kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar UUM dilaporkan telah bersuara kerana tidak
bersetuju dengan polisi baru yang ditetapkan oleh pihak HEP. Namun, apakah sebenarnya
yang berlaku di kampus Universiti Utara Malaysia?
Ikuti pendedahan rakan
blogger MU ini. <KLIK SINI>
Diplomasi dan rasional ciri
kepimpinan mahasiswa yang matang. Syabas dan tahniah barisan kepimpinan MPP
Perubahan yang terus membawa Aspirasi Mahasiswa. Moga isu yang dibawa ini
berjaya membawa kata sepakat yang terbaik buat semua pihak khususnya rakan-rakan
mahasiswa.
Buat rakan-rakan mahasiswa
yang lain, selamat bercuti.
Kuala Lumpur, 23 Jun - ASPIRASI Mahasiswa yang membawa
nama Gabungan Graduan ISMP Malaysia
(GGIM) telah bertemu YB Dato Saifuddin Abdullah bagi membincangkan masalah
Penempatan Guru lepasan Ijazah Sarjana Muda Pedidikan (ISMP). Perjumpaan di NZ
Garden KLCC berlangsung selamat 2 jam dalam keadaan santai.
Mohamad Rafie ketika dihubungi berkata, 'Saya mewakili graduan Universiti Pendidikan
Sultan Idris membawa suara ASPIRASI Mahasiswa akan sedaya upaya menggunakan
cara yang rasional untuk memohon pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui
Dato' Saifuddin Abdullah selaku Timb. KPT supaya meneliti semula penempatan
untuk bakal guru. Kami di GGIM melaksanakan pertemuan ini ingin meminta
pandangan berkaitan penempatan ISMP ambilan Julai 2008/2009.'
Katanya lagi, awal bulan ini, pihak KPM telah menerima 2 ambilan penempatan
graduan ISMP. Ada graduan yang terpaksa menunggu sehingga 1 tahun setengah
untuk diberi penempatan. Kita tidak menyalahkan pihak KPM tetapi kita cuba
mencari solusi yang efektif menyelesaikan kemelut yang melanda graduan ISMP
ini.
Katanya lagi, Gabungan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (GGIM) di bawah
jawatankuasa Penempatan guru mahu KPM memberi peluang yang adil kepada 3000
graduan pendidikan yang masih belum dipanggil temuduga dan belum mendapat
penempatan guru. Ia terdiri daripada graduan UPSI yang berjumlah hampir 2300
dan IPTA lain seperti Uitm,UKM,UPM,UMS,UUM,UTHM,UTM dan UIA mahu KPM segera
menangani masalah penempatan guru yang semakin meruncing.
Turut hadir, Samuel Sila Mathew Unjah
dari Kelab Mantan Majlis Perwakilan Pelajar UPSI (KMMPPUPSI). Samuel ketika
dihubungi berkata 'Biarpun mendapat PNGK 4.00 dan lulus dengan cemerlang,
namun belum tentu menjamin graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
keluaran IPTA mendapatkan pekerjaan sebagai guru tetap di bawah naungan KPM
tanpa proses temuduga oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).
GGIM diwakili Pengerusi GGIM iaitu Mohamad Rafie Sanan (Berbaju Putih).
Katanya lagi, Hal ini bertepatan
dengan apa yang telah dilaporkan oleh Berita Harian, bertarikh 29 Mac 2012 yang
dipetik daripada kata-kata Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia II, Dr Mohd Puad
Zarkashi yang menyatakan bahawa pelantikan guru dari kalangan ISMP oleh KPM
akan dibuat berasaskan kekosongan (di sekolah di seluruh negara), mengikut
opsyen dan cukup syarat kelayakan. Secara kasar, memanglah petikan kata-kata
beliau ini dianggap relevan kerana bertepatan dengan keperluan dan bajet kerajaan,
namun sekiranya diteliti secara mendalam, jika pengambilan guru tetap dari
kalangan ISMP ini tidak berlaku pada semua graduan, akan menyebabkan ramai
graduan ISMP menganggur untuk satu jangka masa yang lama ataupun mungkin untuk
selama-lamanya'.
Sejak
beberapa bulan yang lalu, pihak KPM memperkenalkan Sistem Guru Interim namun
sistem ini perlu diperbaiki kerana ramai guru mengadu mempunyai masalah bayaran
gaji. Memetik kenyataan salah seorang pengunjung laman
sosial Guru Interim, Datuk Wee Ka Siong menjelasakan bahawa pihaknya sedang menyelesaikan
masalah ini.
Pendedahan 3 nama diplomat
Singapura yang terlibat sama dalam Bersih 3.0 yang lalu membuktikan bahawa
betapa bersungguh-sungguhnya negara luar yang satu masa ketikanya sebahagian
dari Malaysia masuk campur dalam urusan tanah air kita.
3 Diplomat tersebut ialah :
1. Regina LOW
Kay Yin (regina_low@mfa.gov.sg), First
Secretary (Political).
2. Philomena AW Li Fen
(philomena_aw@mfa.gov.sg), First
Secretary (Political).
3. Ariel
Eunice TAN Hwi Tiang (ariel_tan@mfa.gov.sg), Deputy High Commissioner and Counsellor.
PERKASA Berhimpun di hadapan Kedutaan Singapura
"Kita mahu pastikan kesahihan laporan sama ada
mereka hadir sebagai pemerhati atau terlibat dalam demonstrasi terlebih dahulu,
kemudian baru kita putuskan tindakan lanjut," –YAB Dato' Seri Najib Razak.
Pintu Kedutaan Singapura
telah pun bergegar apabila patriot negara berhimpun aman bagi menyatakan bantahan
penglibatan ketiga-tiga diplomat ini. Tugasan diplomat memanglah pelbagai tapi
sepastinya ada batasannya melainkan jika memang benar dakwaan bahawa mereka
memang berniat untuk campur tangan dengan hal domestik dalam negara kita.
Respon yang diterima
daripada Kerajaan Singapura pula, ketiga-tiga diplomat ini hadir Bersih 3.0 atas
kapasiti peribadi dan bukannya daripada arahan Kerajaan Singapura. Benarkah?
Tahukah anda bahawa tindakan
tiga diplomat yang menyertai Bersih 3.0 yang lalu ini salah dan bertentangan
dengan etika mereka sebagai diplomat? Menurut ‘The Vienna Convention on
Diplomatic Relation 1961 Article 41(1)', para diplomat dilarang campur tangan
dalam urusan politik sesebuah negara.
Teori Chinese Belt semakin
membimbangkan apabila kita adanya anasir-anasir yang semakin cemburu dengan
perpaduan masyarakat majmuk di negara kita. Jika dulu kita ada Allahyarham Syed
Albar dan Allahyarham Datuk Harun Idris, MU percaya mereka-mereka yang cemburu
dengan kemakmuran tanah air ini mampu terduduk malu sekiranya kita semua
bersatu, tanpa mengira agama dan bangsa.
Bantahan daripada PERKASA
Sudah agak melampau apabila
belia PAP di Singapura disekolahkan bagi menghadapi PRU 13 Malaysia, inikan
pula tindakan diplomat mereka yang berada di negara kita? Klik SINI.
Kumpulan mahasiswa INI telahpun menyatakan penentangan
terhadap campur tangan diplomat-diplomat ini. Moga lebih ramai lagi akan turut sama-sama
faham dan membantah tindakan diplomat-diplomat ini.