SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

05 April 2012

Tuduhan Terhadap MPPUUM. Ini Respon TYDP.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Sedia maklum PR Kampus masih jauh lagi, namun bahang-bahang PR Kampus seolah-olah terkena tempias PR Umum. Kerana tempias ini juga Adam Adli menjadi ‘selebriti’ tambahan pula insiden di Kampung Kerinchi. 

UUMleaks yang baru aktif pada 30 Mac 2012

EKSKLUSIF dari Utara, MU cuba dapatkan respon daripada barisan kepimpinan MPPUUM. MU bawakan temu bual ringkas bersama Saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman, Timbalan Yang DiPertua MPPUUM rentetan tuduhan-tuduhan yang dilontarkan oleh sebuah blog kepada barisan kepimpinan MPPUUM.

+++
MU highlight isi-isi perbualan yang menarik;

MU: Dikatakan suasana politik kampus UUM mula panas di mana MPP UUM khususnya MPP Perubahan mula ‘diserang’. Sejauhmana kebenaran ‘serangan’ yang ditujukan ?
Ku Amirul: Sebenarnya isu politik kampus ini hanya bagi saya satu isu politik sempit dengan menyerang MPP Perubahan. Hal ini bermula dengan kisah Aman Kampus di mana MPP UUM sendiri memberikan lampu hijau untuk  Aman Kampus dijalankan. Kami menerima program ini dilaksanakan kerana pengisian program tersebut bukan kerana anjuran Aspirasi semata-mata. Sebaliknya objektif program yang baik, kita sokong.

MU: Bagaimana dengan tuduhan-tuduhan yang dilontarkan bukan sahaja terhadap barisan kepimpinan MPP bahkan pihak universiti?
Ku Amirul: Inilah wajah sebenar pihak ‘tertentu’. Kita tahu siapa mereka. Tuduhan yang tanpa bukti bukan sahaja pada universiti bahkan kepada Parlimen Mahasiswa UUM sendiri. Saya melihat, mereka khuatir sebenarnya dengan harapan mereka untuk menguasai UUM. Anda baru sahaja memfitnah ketua kami, YDP MPPUUM. Teruskan fitnah anda dan mungkin saya akan menjadi fitnah anda yang seterusnya. Cuma ingat Allah itu asa dan Dia sebaik-baikNya.

Ku Amirul,  juga merupakan pelajar jurusan undang-undang
MU: MPPUUM juga dikatakan tidak pernah buat sebarang kenyataan rasmi tentang isu semasa. Katanya, serik diperbodohkan seperti dalam isu tanah dan cukai UUM. Benarkah?
Ku Amirul: Keutamaan MPPUUM yang utama adalah memberi fokus kepada kebajikan mahasiswa semasa. Banyak lagi isu mahasiswa semasa yang perlu diberi perhatian. Andainya menjadi isu apabila tidak memberikan respon terhadap isu nasional menjadi kayu ukur kepada MPP itu sendiri, bagaimana pula dengan artikel yang telah diutuskan oleh saya sendiri mengenai kekurangan perlaksanaan dasar perintah serta respond spontan yang diberikan oleh MPP UUM, saudara YDP, SU Agong dan beberapa lagi MPPUUM dalam perjumpaan bersama menteri-menteri untuk menyampaikan buah fikiran kita sebagai mahasiswa?

MU: Bagaimana pula harapan saudara  terhadap tuan empunya blog serta rakan-rakan mahasiswa UUM?
Ku Amirul: Harapan saya mudah, andai hendak melemparkan tomahan, dakwaan, anda merupakan sabahat terdekat YDP, Saudara Amer. Duduk dan berbincanglah dengan YDP, semua yang YDP buat ada justifikasinya. Kepada sahabat mahasiswa UUM, anda kenal siapa YDP anda, MPP-MPP anda, tidak perlu termakan dengan tomahan serta lakonan pihak tertentu.

“Andai mahasiswa beremosi, bermegah di alam maya,
berpencak tanpa ilmu pencak, berhujah tanpa ilmu,
maka malanglah masyarakat melaburkan sejumlah wang keringat
untuk melahirkan pemimpin mereka.” – Ku Amirul


Klik SINI untuk lihat maklum balas dari Perubahan UUM. Kami bersama Amer Izzuddin.

p/s: Berhujahlah sebagai mahasiswa. Gunakan nikmat intelektual dan tatasusila sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?