SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


28 April 2012

BERSIH 3.0: Tentera Kuning, Jangan Rampas Hak Kami



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Amanat yang akan turun berdemo seketika nanti.
Jangan Rampas Hak Kami
Yang Tidak Turun Berdemo.

 Si baju kuning, di perbatasan medan yang direka
Siap sedia meragut aman yang ada
Kedaulatan yang ada, dijeling sebelah mata
Semua nyata, keghairahan membinasa.

Tentera kuning siap digodam
Bara jiwa bangkit kaset rosak
Menanti semboyan, terus berasak.

Kata & ulang beribu ulang, Masuk kiri keluar kanan
Harap Tuhan bukakan, Makbulkan keajaiban
Doa & harapan, menolak kebatilan dan pembinasaan.

________________________________

Tuntutan Bersih 3.0 persis sahaja Bersih 2.0. Masih lagi dengan 8 Tuntutan ini:
1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor 


Tuntutan-tuntutan ini telahpun dipertimbangkan dan ditambahbaik menerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai baik daripada kerajaan mahupun pembangkang.

Apa lagi yang ingin dituntut dalam Bersih 3.0 ini? Tambah ralat apabila belum lagi Bersih 3.0, seruan turun Bersih 4.0 telah ditiupkan. Sayang, itu namanya ghairah tak bertempat.
Ayuh, lebih baca akan tuntutan-tuntutan tentera kuning di <Cakna Siswa Timur>

Agenda kami yang tidak berdemonstran hari ini. Ayuh.

______________________________________

p/s: Bila tak mampu jadi tangan membina, usah jadi tangan membinasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?