SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


10 April 2012

#MejaBulatPTPTN: Harga Mendidik Anak Bangsa vs Harga Undi Anak Muda


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Ketika masyarakat khususnya mahasiswa sedang dimomokkan dengan
angka RM28 bilion, MU percaya angka-angka yang MU kongsikan di bawah akan lebih penting dan bermakna.

Kata Mereka ?

Kenyataan YAB PM dikatakan mengelirukan. Bukan RM43b sebaliknya RM28b.


Andaian sifir yuran, RM3000 setahun. Bukankah PTPTN kita dapat pun 
RM 3000++ satu semester ? Kalau setahun, hampir RM7k ++



OOOPSS. Kantoi tak buat homework.

+++
Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu


Macam mana dapat ± RM43 bilion?


Semenjak daripada tahun 1997, kita dapat melihat peningkatan jumlah peminjam PTPTN. Peningkatan yang agak ketara dengan hanya bermula untuk hampir 12K pelajar sehinggalah meningkat kepada 227K pelajar sehingga tahun 2011. Sepastinya juga, amaun peruntukan pinjaman meningkat sehinggalah membawa kepada nilai terkumpul berjumlah hampir RM43 bilion.


Contoh kiraan PTPTN yang diterima

Bandingkan yuran pengajian dan sara hidup. Hakikatnya, hanya 15-30% sahaja daripada pinjaman PTPTN digunakan bagi menampung yuran pengajian. Selebihnya, hampir 70% adalah untuk sara hidup.

MU percaya rakan-rakan sedar akan hakikat ini.


Namun, Tahukah kita?
85-95% daripada yuran pengajian juga sebenarnya telah disubsidi oleh Kerajaan?
Di mana kita hanya perlu membayar hanya sekitar 15% yuran pengajian sahaja?
Itulah bezanya belajar di IPT Awam.

Namun begitu, Pendidikan Percuma berdasarkan Buku Jingga hanyalah meliputi yuran pengajian semata-mata. Bagaimana ya dengan perbelanjaan wang saku?
Adakah perlu kita bekerja part-time atau membuat pinjaman lain bagi perbelanjaan sara hidup? Situasi berbeza bagi ibu bapa berkemampuan yang mampu memberi wang belanja harian bagi anak-anak mereka. Fikirkan majoriti bukan minoriti.

Berapa pula
Harga Undi Anak Muda ?
Klik SINI

p/s: RM43b mungkin menjadi harga taruhan untuk undi anak muda semata-mata untuk PRU13. Agak-agaknya, kalaulah pejuang-pejuang Tanah Melayu masih hidup, berapa pula mereka akan tuntut dengan kita ya? Ayuh jadi seperti rakan-rakan kita ini. Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?