SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN

12 April 2012

PTPTN: Mahasiswa berdemonstrasi untuk mencapai resolusi #MejaBulatPTPTN


Salam perubahan, salam transformasi dan salam 1Malaysia.

Fuh fuh fuh. Alhamdulillah selesai sudah Rundingan Meja Bulat PTPTN anjuran Biro IPT Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung selama dua hari di Vistana Hotel Kuala Lumpur. I pun tak melepaskan peluang untuk turut sama berada sepanjang dua hari rundingan berlangsung. Rundingan ini turut disertai oleh wakil mahasiswa daripada IPTA dan IPTS, ibu bapa, NGO dan wakil PTPTN. 

Para peserta mengambil masa selama dua hari untuk berbincang serta menggabungkan idea masing masing demi untuk mencapai resolusi yang terbaik. Seronok I tengok peserta dari berbagai range umur nie berbahas serta pakat pakat memberi idea. Resolusi ini telah diserahkan kepada YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pada pukul 3.30 petang, 11 April 2012.

I turut bersama sama dalam majlis penutup Rundingan Meja Bulat PTPTN dan mendengar resolusi yang disampaikan oleh Presiden MPM UTM, Wan Ahmad Hazman bin Wan Daud, yang juga merupakan Jurucakap MPPK. Berikut merupakan resolusi yang dicapai oleh para peserta Rundingan Meja Bulat PTPTN. Jom usya sikit resolusi yang telah dihasilkan :)

RESOLUSI RUNDINGAN MEJA BULAT PTPTN

10-11 APRIL 2012

SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA
DARI ITU KAMI BERPENDAPAT 

DARI ASPEK PINJAMAN

1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN 

2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN  ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA

3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN 

4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DITIMUR TENGAH

5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN

DARI ASPEK PEMBAYARAN

6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :

(i) BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.

(ii)  KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.

(iii) INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.

(iv) KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.


DARI SEGI TABUNGAN SSPN

7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN

DARI ASPEK KOMUNIKASI 

8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA

9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI

10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN

11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DIPERINGKAT PENGAJIAN TINGGI


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Terbukti masalah boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa perlu berdemonstrasi di jalanan. Kan? I sendiri rasa ada penambahbaikan yang perlu dilakukan pasal PTPTN nie. PENAMBAHBAIKAN okay, bukan PEMANSUHAN! Tak faham apa yang mereka mereka nie fikir pasal pemansuhan nie. Tak fikirkan kesan dan akibat. Nie lah manusia jenis tak fikir panjang -.-"

Dah, malas membebel. Tidur lagi baik. Hewhewhew. Oyasuminasai. Assalamualaikum.

2 ulasan:

  1. yang bodoh je akan melalak macam budak-budak PRO M.. come on lah budak melayu dah lah bengong dlm pendidikan jangan memperbodohkan mereka lagi.. jangan hasut untuk turun kejalanan,. hasut la untuk score terbaik dalam exam.. Malaysia milik kita semua.. Melayu harus menjadi seperti mahasiswa cina yang rajin..

    BalasPadam
  2. haha. nak buat macam mana, org kita sendiri yg nak diperbodohkan. nak salahkan siapa?

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?