SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


02 April 2012

Mansuh PTPTN Gula-Gula Untuk 'Mahasewel'



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pelbagai reaksi muncul apabila DSAI melontarkan janjinya untuk memansuhkan PTPTN baik dari kalangan mahasiswa dan masyarakat. Ada yang terlalu taksub sehingga sekali lagi ingin menganjurkan perhimpunan katanya. Bagi MU, ini jelas membuktikan DSAI semakin dahagakan undi pengundi muda.
Bermula semenjak kita dihantar menuntut ABC, Alif Ba Ta, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menikmati nikmat pendidikan yang diberikan. Melangkah dari satu zaman ke zaman; sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti, matrikulasi dan institusi pengajian tinggi. Diberi bantuan skim pinjaman buku teks (SPBT), bantuan rancangan makanan tambahan (RMT), serta prasarana sekolah yang sentiasa ditambah baik di samping para guru-guru terlatih. Masih ingat?

Mahasiswa didefinisikan sebagai pelajar yang belajar di universiti. Bermula daripada Diploma, Sarjana muda, Sarjana dan hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah baik secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Benda ini pun, MU percaya kita sedia maklum.

Katakanlah apa yang dijanjikan pemilik Buku Jingga ini dilaksanakan, tidak mustahil semua rakyat Malaysia ini akan menyambung pengajian. Pada saat itu, adakah kerajaan Buku Jingga mampu mengotakan janji mereka? Ya, mereka boleh sepastinya kos itu semua akan ditanggung oleh rakyat semula dengan pengenaan cukai yang lebih tinggi sebagaimana Sweeden, Norway dan Denmark yang memberikan pendidikan percuma namun cukai yang lebih tinggi kepada rakyatnya.

Mungkin juga nikmat subsidi yang diperoleh kini akan ditarik sedikit demi sedikit. Tiada yang mustahil. Subsidi bahan keperluan asas seperti gula, minyak, tepung dan lain-lain lagi yang dinikmati semua rakyat perlulah diambil kira. Kita sendiri sebagai mahasiswa tidak boleh menolak bahawa itulah subsidi- subsidi ini telah lama ditanggung oleh Kerajaan. Telah lama dilaksanakan konsep Negara Berkebajikan.

PTPTN diberikan sebagai pilihan dan bukannya paksaan. Jumlah yang diberikan pula ¼ daripadanya adalah untuk pembayaran yuran manakala selebihnya adalah untuk sara hidup dan perbelanjaan kita. Cubalah dibayangkan seandainya tanpa mendapat pinjaman seperti ini, mampukah kita sebagai mahasiswa untuk memberi tumpuan pada pengajian, mendapat keputusan yang cemerlang sekiranya pada masa yang sama terpaksa bekerja sampingan? Bukankah dengan pinjaman yang diberikan memberi peluang untuk kita lebih fokus pada pelajaran dan sebagai imbal-balik keputusan cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa?

Adakah wajar untuk kita meminjam tetapi tidak bayar semula? PTPTN ibarat satu konsep tabung yang sentiasa berpusing. Kita diberi pinjaman, dan membayar pinjaman semula agar adik-adik kita kelak akan mengulangi kitaran yang sama. Jika tidak, bagaimana nasib generasi akan datang untuk mendapat pendidikan? Tundingan jari kepada Kerajaan kerana gagal memberikan pendidikan kepada rakyat.

Kalaulah ada yang rasa terbeban perlu membayar pinjaman, merasakan diri mereka teraniaya mendapat PTPTN, MU percaya anda sebenarnya lebih teraniaya dengan janji-janji DSAI. Sebagai mahasiswa, cubalah berfikir rasional. Apa yang dijanji memanglah berita baik untuk mahasiswa cumanya adakah ia yang terbaik untuk semua kelak? Kalau benar kita sebagai mahasiswa, berfikirlah secara kolektif dan untuk jangka masa panjang.

Jika Kerajaan tidak mengambil berat isu Pendidikan, apa mungkin peruntukan sebanyak RM50.1 bilion iaitu bersamaan 21.6% daripada keseluruhan Belanjawan 2012 adalah semata-mata untuk pendidikan dan pembangunan modal insan? Belanjawan 2012 Klik SINI. Tambahan dana RM6 biliion untuk PTPTN bagi 2012-2013 juga telah diumumkan.
  
Benar, ILMU itu hak semua rakyat. ILMU itu bukan bahan dagangan.
Tetapi sedar atau tidak, ILMU juga BUKAN untuk DIPOLITIKKAN.

 +++
 
Sebelum terus melalak pada 14 April 2012 kelak,
Adakah anda benar-benar terbeban atau menambah beban anda?
Adakah anda sendiri sebagai beban?
++
Apa pula sumbangan anda kepada Agama, Bangsa & Negara ?




p/s: Manalah tak seronok kalau PR memerintah, semua masuk Universiti bersuka-ria. Tak payah nak risau kalau gagal, kan? Hurm, #AmanKampus sibuk buat tour bawa Aspirasi Mahasiswa, Pro-M ajak buat demo... Haha..

3 ulasan:

  1. membantah juga menyumbang kepada negara bangsa dan kepercayaan. jangan jadi awie lagu kena ban duduk bodoh ikut cakap. jadilah macam malique lagu kena ban dia bantah. ini semua penaakulan mudah. memang betul cukai di negara contoh itu mahal tapi kualiti pendidikan mereka jauh lebih baik berbanding kita walaupun percuma. sebelum kita menanggung cukai yang mahal, pentadbir cukau yang korup harus di ganti dulu. itu lah sebenarnya inti tuntutan ini.

    Sukakah engkau mewariskan kebodohanmu sebagai pusaka kepada anak cucumu sehingga akhir zaman? Beranikah engkau mengatakan keadaanmu sekarang adalah pusaka yang baik untuk anak cucumu jadikan teladan? Aku fikir engkau tidak akan berani mengatakan demikian kerana engkau tahu kekurangannya. Namun apa boleh buat, sudah menjadi adat turun-temurun jika jahat sekalipun diikut juga. Penutup - Hikayat Abdullah (1849)

    BalasPadam
  2. pemimpin mana lagi korup ? cukai yang tinggi.mampu kah rakyat kita dan anda sendiri?

    nak bagi pendidikan percuma.sekarang pun yuran kat u pun kerajaan dah tanggung berapa banyak?tak cukup ea?

    sekarang ini pun harga barang naik pun dah bising.apa lagi nak kenakan cukai yang tinggi.

    pada saya , hutang tetap hutang. ptptn bukan paksaan. tak nak ambil ptptn boleh cari inisiatif lain.

    kalau nak mansuhkan .kenapa masa anwar ibrahim jadi menteri kewangan dia tak mahu bantah? trolololo.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?