Salam
Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Ketika
masyarakat khususnya mahasiswa sedang dimomokkan dengan
angka
RM28 bilion, MU percaya angka-angka yang MU kongsikan di bawah akan lebih
penting dan bermakna.
Kata Mereka ?
Kenyataan YAB PM dikatakan mengelirukan. Bukan RM43b
sebaliknya RM28b.
Andaian sifir yuran, RM3000 setahun. Bukankah PTPTN kita
dapat pun
RM 3000++ satu semester ? Kalau setahun, hampir RM7k ++
OOOPSS. Kantoi tak buat homework.
+++
Ini Apa Yang Kita Perlu Tahu
Macam
mana dapat ± RM43 bilion?
Semenjak daripada tahun 1997, kita dapat melihat
peningkatan jumlah peminjam PTPTN. Peningkatan yang agak ketara dengan hanya
bermula untuk hampir 12K pelajar sehinggalah meningkat kepada 227K pelajar
sehingga tahun 2011. Sepastinya juga, amaun peruntukan pinjaman meningkat sehinggalah
membawa kepada nilai terkumpul berjumlah hampir RM43 bilion.
Contoh
kiraan PTPTN yang diterima
Bandingkan yuran pengajian dan sara hidup. Hakikatnya,
hanya 15-30% sahaja daripada pinjaman PTPTN digunakan bagi menampung yuran
pengajian. Selebihnya, hampir 70% adalah untuk sara hidup.
MU percaya rakan-rakan sedar akan hakikat ini.
Namun,
Tahukah kita?
85-95% daripada yuran pengajian juga sebenarnya telah
disubsidi oleh Kerajaan?
Di mana kita hanya perlu membayar hanya sekitar 15% yuran
pengajian sahaja?
Itulah bezanya belajar di IPT Awam.
Namun begitu, Pendidikan Percuma berdasarkan Buku Jingga hanyalah meliputi yuran
pengajian semata-mata. Bagaimana ya dengan perbelanjaan wang saku?
Adakah perlu kita bekerja part-time atau membuat pinjaman lain bagi perbelanjaan sara hidup?
Situasi berbeza bagi ibu bapa berkemampuan yang mampu memberi wang belanja
harian bagi anak-anak mereka. Fikirkan majoriti bukan minoriti.
Berapa pula
Harga Undi Anak Muda ?
Klik SINI
p/s:
RM43b mungkin menjadi harga taruhan untuk undi anak muda semata-mata untuk
PRU13. Agak-agaknya, kalaulah pejuang-pejuang Tanah Melayu masih hidup, berapa
pula mereka akan tuntut dengan kita ya? Ayuh jadi seperti rakan-rakan kita ini. Klik SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan