SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label DSKN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DSKN. Papar semua catatan

28 September 2012

#Bajet2013 Hadiah Untuk Mahasiswa #AspirasiMahasiswa


Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.

Bertemakan Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, pembentangan bajet oleh YAB PM pada hari ini adalah transformasi menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Bajet 2013 ini juga telah meletakkan 5 fokus utama:
1.    Meransang aktiviti pelaburan
2.    Memperkasa pendidikan dan latihan
3.    Membawa inovasi, meningkat produktiviti
4.    Konsolidifikasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
5.    Mensejahtera rakyat

Antara yang menarik dalam pembentangan bajet adalah bonus sebulan setengah bagi penjawat awam, pemberian BR1M 2.0 yang diperluaskan lagi kepada golongan bujang, rebat RM200 untuk pembelian telefon bimbit bagi belia 21-30 tahun, dan lain-lain lagi.

BB1M bernilai RM250
Bagi mahasiswa, pemberian Baucar Buku 1Malaysia diteruskan lagi dengan penambahan nilai meningkat menjadi RM250. Hadiah yang sangat bermakna buat mahasiswa tambahan lagi dengan kemenangan Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu.

Bagi rakan-rakan yang mendapat pinjaman PTPTN pula, diskaun 20% akan diberikan sekiranya pembayaran secara penuh dijelaskan sebelum 1 Oktober 2013 manakala diskaun 10% diberikan sekiranya bayaran dijelaskan secara ‘on time’.

Dengan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion, semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.

Terima kasih PM.
We Love PM.

p/s: Jangan jual baucar tu lagi ye…Untungnya jadi mahasiswa. Syukur.

28 Jun 2012

Jom Gegar PWTC. Graduan, Jangan lepaskan peluang !


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Masanya dah tiba. Jangan lepaskan peluang !


 Karnival Kerjaya & Keusawahawanan Graduan
(K3G)
29 Jun – 1 Julai 2012
9.00 am – 6.00 pm
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

Temuduga Terbuka + Seminar Kerjaya & Keusahawanan


p/s: Jangan lupa bawa resume, k? Mana tau ada rezeki. Sebarkan pada rakan-rakan yang lain. Terima kasih.

12 Jun 2012

Pendidikan Percuma: Bulat Sudah Hati Anak Muda



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Hari ini, kerajaan Buku Jingga sudah boleh tidur lena dibuai mimpi indah apabila PTPTN menarik balik keputusan pembekuan PTPTN bagi pelajar-pelajar UNISEL. Tidak perlu lagi mencanangkan ketulusan mereka menggadaikan tanah yang ada semata-mata bagi memberi pendidikan percuma bagi hampir 1000 pelajar baru UNISEL.

Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sudah mula menghela nafas lega. Benarkah?

Apabila PTPTN menarik pinjaman PTPTN pelajar-pelajar UNISEL, bahkan sehingga dilabel tindakan membalas dendam, seharusnya pembangkang menjadikan ini sebagai peluang bagi membuktikan janji mereka menawarkan pendidikan percuma. Lihat sebagai cabaran dan peluang, tapi sekali lagi isu pendidikan dipolitikkan. MU melihat mereka termelatah lagi dengan tindakan mereka. 

Jika bagi menawarkan pendidikan percuma bagi sekumpulan kecil pelajar ini sudah kelam kabut sehingga perlu menjual tanah, bagaimana pula jika hendak menawarkan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia? Mungkinkah satu-satunya tanah merdeka bernama Malaysia ini akan digadai dan tergadai?

Cuba difikirkan sejenak di tempat rakan-rakan UNISEL. Bagaimana penerimaan mereka terhadap isu ini? Sebagai propaganda ataupun lebih membuka mata mereka? Namun MU percaya, mereka seharusnya perlu bersyukur diberi ruang mendapatkan pinjaman bagi melanjutkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Pesan MU, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Masih ingat entry MU sebelum ini, #Mansuh PTPTN: Harga Undi Anak Muda. Jika belum, ambillah masa untuk membaca entry ini.

Persoalan buat rakan-rakan yang menyokong mansuh PTPTN, setelah apa yang berlaku ini, masihkah kalian akan memberi undi untuk Buku Jingga?

Memetik kembali kata-kata Tun Mahathir, “Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat,”.

Bukakanlah mata kalian wahai anak muda. Benarkah pendidikan percuma ini adalah harga undi kalian? Bukan kerana mentaliti subsidi semata-mata, namun ubahlah sikap mementingkan diri. Ayuh bangun bersama-sama bangunkan negara bangsa.

p/s: Berapa harga undi anak muda?

07 Jun 2012

#unisel4free: KJ Perjuangkan Nasib Pelajar UNISEL?

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.
Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.
Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.
Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
________________________________

Terbayang-bayang masa debat antara KJ dan Rafizi tempoh hari. Kedua-duanya berbicara tentang pendidikan. Namun yang jelasnya, KJ lebih berperikemanusiaan berbanding Rafizi yang lebih gemar menabur janji.

Jika hampir 1000 lebih pelajar baru ini gagal mendapat pengajian percuma di UNISEL, maka tidak mustahil 1000 undi anak muda ini telah hilang buat PR. Oleh kerana hal inilah kelihatan kerajaan Selangor mula berbicara tentang aset tanah 500 ekar milik UNISEL.

Dengan kebijaksanaan DS Anwar Ibrahim, pasti ini bukan masalah.

#unisel4free: Menteri Balas Dendam Beku PTPTN ?


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012


1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.  Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.  Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

p/s: PTPTN dah beri ruang bagi PR laksanakan Dasar Pendidikan Percuma Buku Jingga. Tunggu apa lagi? Bermulalah di negeri sendiri dahulu. Anak-anak muda negeri lain khususnya kami di Utara ni ternanti-nanti. Jangan sekadar Occupy UNISEL sudahlah.

17 April 2012

DEMO 1404: Fatwa Baru? TAK Berdosa Bila Hina & Mengkafirkan.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Saat dunia mengecam tindakan ‘bersopan’ sekumpulan kecil ‘mahasewel’, ini pula reaksi empunya badan, kepala tanpa hati perut Malaysia Bangkit, saudara Mohd Syahid Mohd Zaini.

“.... Kami TAK rasa berdosa..”.  - Syahid Zaini.

Sepotong jawapan ini membuatkan MU semakin tertanya-tanya. Bagi mereka tindakan mengkalungkan bunga dan meletakkan replika batu nisan pada gambar YAB PM serta Menteri Pengajian Tinggi itu hanyalah simbolik dan tiada niat untuk mengkafirkan mereka kedua-duanya.

Bab jatuh hukum pada orang lain memang 'lebat', bila batang hidung sendiri, matlamat TERHALALKAN cara.
  
Tengok, Nilai & Hadam.


Sepintas lalu ‘ritual’ ideologi ‘mahasewel’:
Bermula dengan tindakan Khalid Ismath atau Khalid Syiah, pelajar tahun pertama daripada UiTM menggunakan kalimah “Allahyarham” untuk kedua-dua pemimpin tersebut.
Seterusnya, ditukar pula dengan gelaran “mendiang” oleh Syahid Zaini yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) Universiti Malaya.
Diikuti dengan sesi kalungan bunga kematian oleh Shukri Razab, pelajar yang gagal menghabiskan pengajian di UMS dan KUIS.
Ini baru sekadar ritual. Belum lagi kata-kata hinaan yang dilaung-laungkan.
MANA HILANGNYA GENG-GENG PMI DAN GAMIS ?
Persatuan Mahasiswa Islam (PMI)  &
Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS)

Agak mengejutkan apabila terdapat anak bekas Imam Besar Masjid Negara dan Ahli Parlimen Baling, Ustaz Taib Azzemudin iaitu Akram Ikrami turut menjadi sebahagian daripada ritual songsang ini. Inikan pula apabila Akram Ikrami juga merupakan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (GAMIS).

Orang kuat GAMIS dan PMI ada sahaja dalam ritual, tapi apa tindakan mereka?
Patutkah begitu?

Bukankah mendoakan kematian juga ibarat membunuh? Kalau benarlah Islam menjadi pegangan, jangan biar hanya ada pada nama persatuan semata-mata. Adalah lebih baik kalian doakan untuk kesejahteraan kita bersama-sama berbanding mendoakan kematian pemimpin kita yang juga beragama Islam. 

Mungkinkah sumber inspirasi geng ‘mahasewel’ itu dari sini? Oooops ~

Sifu yang menjadi inspirasi ?
MU nak tegurlah sikit kepada yang kaki ikut-mengikutni, jangan kerana takut kepada ketua, kalian sanggup membiarkan agama sendiri dipermainkan. Kalian dah dibenarkan berdemo, katanya secara aman, tetapi kalau sampai tahap mempermainkan agama dan menghina pemimpin negara yang juga beragama Islam, siapalah yang tak marah?

Takkanlah kami yang mahasiswa ni nak bertepuk tangan pula kan? Takkanlah... 


p/s: Dengar cerita geng ‘mahasewel’ nak hantar memorandum kat YDPA. Kita tengok bagaimana pula adegan mereka nanti... Drama demi drama.









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?