SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Rafizi Ramli. Papar semua catatan

12 Jun 2012

Pendidikan Percuma: Bulat Sudah Hati Anak Muda



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Hari ini, kerajaan Buku Jingga sudah boleh tidur lena dibuai mimpi indah apabila PTPTN menarik balik keputusan pembekuan PTPTN bagi pelajar-pelajar UNISEL. Tidak perlu lagi mencanangkan ketulusan mereka menggadaikan tanah yang ada semata-mata bagi memberi pendidikan percuma bagi hampir 1000 pelajar baru UNISEL.

Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sudah mula menghela nafas lega. Benarkah?

Apabila PTPTN menarik pinjaman PTPTN pelajar-pelajar UNISEL, bahkan sehingga dilabel tindakan membalas dendam, seharusnya pembangkang menjadikan ini sebagai peluang bagi membuktikan janji mereka menawarkan pendidikan percuma. Lihat sebagai cabaran dan peluang, tapi sekali lagi isu pendidikan dipolitikkan. MU melihat mereka termelatah lagi dengan tindakan mereka. 

Jika bagi menawarkan pendidikan percuma bagi sekumpulan kecil pelajar ini sudah kelam kabut sehingga perlu menjual tanah, bagaimana pula jika hendak menawarkan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia? Mungkinkah satu-satunya tanah merdeka bernama Malaysia ini akan digadai dan tergadai?

Cuba difikirkan sejenak di tempat rakan-rakan UNISEL. Bagaimana penerimaan mereka terhadap isu ini? Sebagai propaganda ataupun lebih membuka mata mereka? Namun MU percaya, mereka seharusnya perlu bersyukur diberi ruang mendapatkan pinjaman bagi melanjutkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Pesan MU, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Masih ingat entry MU sebelum ini, #Mansuh PTPTN: Harga Undi Anak Muda. Jika belum, ambillah masa untuk membaca entry ini.

Persoalan buat rakan-rakan yang menyokong mansuh PTPTN, setelah apa yang berlaku ini, masihkah kalian akan memberi undi untuk Buku Jingga?

Memetik kembali kata-kata Tun Mahathir, “Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat,”.

Bukakanlah mata kalian wahai anak muda. Benarkah pendidikan percuma ini adalah harga undi kalian? Bukan kerana mentaliti subsidi semata-mata, namun ubahlah sikap mementingkan diri. Ayuh bangun bersama-sama bangunkan negara bangsa.

p/s: Berapa harga undi anak muda?

07 Jun 2012

#unisel4free: KJ Perjuangkan Nasib Pelajar UNISEL?

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.
Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.
Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.
Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
________________________________

Terbayang-bayang masa debat antara KJ dan Rafizi tempoh hari. Kedua-duanya berbicara tentang pendidikan. Namun yang jelasnya, KJ lebih berperikemanusiaan berbanding Rafizi yang lebih gemar menabur janji.

Jika hampir 1000 lebih pelajar baru ini gagal mendapat pengajian percuma di UNISEL, maka tidak mustahil 1000 undi anak muda ini telah hilang buat PR. Oleh kerana hal inilah kelihatan kerajaan Selangor mula berbicara tentang aset tanah 500 ekar milik UNISEL.

Dengan kebijaksanaan DS Anwar Ibrahim, pasti ini bukan masalah.

#unisel4free: Menteri Balas Dendam Beku PTPTN ?


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012


1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.  Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.  Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

p/s: PTPTN dah beri ruang bagi PR laksanakan Dasar Pendidikan Percuma Buku Jingga. Tunggu apa lagi? Bermulalah di negeri sendiri dahulu. Anak-anak muda negeri lain khususnya kami di Utara ni ternanti-nanti. Jangan sekadar Occupy UNISEL sudahlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?