SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


22 Mei 2012

Tahniah Kelantan; Demonstrasi Jalanan Pertama!


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Budaya demonstrasi di Malaysia kerap disinonimkan dengan peristiwa gelombang kuning kini satu sentuhan sejarah baru apabila bakal dilaksanakan demonstrasi jalanan pertama di negeri Kelantan pada 26 Mei 2012.

Berbekalkan slogan Demo Walk 4 Regim Rompak Royalti Rakyat, MU percaya penganjur cuba membakar idealisme rakyat negeri Kelantan untuk turun bersama-sama berdemo dengan tema merah putih. Adakah semangat turun berdemo ini lebih membara-bara dengan kejohanan Kelantan di Piala FA yang lalu?

Sebagai negeri yang salah seorang pemimpinnya, iaitu Nik Aziz sendiri telah menjatuhkan hukum wajib untuk turun berdemo pada Bersih 3.0 yang lalu, dapat diramalkan bahawa kerajaan negeri Kelantan akan menggalakkan lagi penduduk-penduduk di negeri berkenaan untuk turun bersama-sama berdemonstrasi. Baik anak-anak kecil serta kaum hawa akan turut turun bersama-sama berarak daripada Petronas KB Mall sehinggalah Petronas Pasir Pekan. Kenapa Petronas jadi pilihan?

Ramalan MU, apa yang ingin dibuktikan oleh pihak penganjur adalah untuk menyahut seruan Nurul Izzah sebagaimana dalam artikel beliau bahawa protes itu patriotik, demokrasi. Mereka ingin buktikan bahawa demonstrasi yang dianjurkan mereka berjaya tidak sebagaimana penganjuran Bersih yang ternyata bukti kegagalan oleh pihak penganjur.

Secara teorinya, adakah seorang perompak akan merompak di rumah sendiri? Adakah pengganas akan memusnahkan rumah mereka sendiri? Tak perlu buat, demonstrasi ini pasti berjaya dengan bersihnya.

p/s: Nak tergelak apabila kononnya Pembubaran Parlimen, 14 Mei; penamaan pencalonan, 26 Mei; dan hari mengundi 9 Jun. Harini dah berapa hari bulan ya?

4R: Rakan Racun Rosak Rakyat ader la... haha

 BILA DEMO JADI TABII



#DebatPTPTN: Siapa lagi kacak? @Khairykj atau @rafiziramli?

Salam aspirasi dan salam 1Malaysia you all.

Siapa lagi kacak? Sumpah I tak tahu. Sama-sama kita nantikan malam nanti naaaa?


22 Mei 2012
10 malam.
Astro Awani saluran 501.
Bernama Radio24 di frekuensi 93.9


**Ada live streaming tak ye? -.-"


Mereka kacak bila mereka berdebat dan bukan berdemo. Siapa pun mereka. Kuikuikui. See you guys tonight.

Adios~ 

20 Mei 2012

#JDAB2012: Sentuhan @datosahol Membantu 3781 Anak Bumiputera. Cc @JelajahDestini

Salam Perubahan, Salam Aspirasi, Salam 1Malaysia.

"UiTM di hatiku"

Alhamdulillah. Pasukan Jelajah Destini Anak Bangsa sudah melabuhkan tirai di utara. Sepanjang dua hari pasukan ini berada di utara, sudah pastinya ramai anak anak bangsa yang berjaya dibantu mereka. 

JDAB di Kuala Kedah.
Paling membanggakan, kunjungan JDAB ke utara turut disertai oleh Naib Canselor mereka sendiri iaitu Dato Prof Ir Sahol Abd Hamid. Beliau adalah insan yang bertanggungjawab untuk MELULUSKAN rayuan yang dibuat oleh sebilangan besar adik-adik kita yang terlepas peluang untuk menyambung pendidikan ke peringkat pengajian tinggi.

Sehingga 18 Mei 2012, sebanyak 3781 permohonan rayuan kemasukan ke UiTM telah diluluskan oleh Dato Sahol. Pada hemat saya, itu bukanlah suatu angka yang kecil memandangkan sebelum ini, panggilan daripada KPT sendiri sudah dilakukan. Namun, demi membantu survivor anak bangsa, program ini diteruskan demi mencari dan membantu lebih ramai adik-adik kita yang  layak namun tidak berkemampuan di luar sana supaya mereka dapat menyambung pelajaran di peringkat tinggi.

Tak tumbuh tak melata, tak sungguh tak kata. Program JDAB ini mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari penduduk penduduk setempat. Kenapa? Semestinya semua ibu bapa mahu anak mereka melanjutkan pelajaran dengan harapan anak anak ini mempunyai masa hadapan yang lebih cerah dan dapat membantu mereka kelak.


Melihatkan kesungguhan ibu bapa ini buat saya terfikir, seronokkah ibu bapa kepada mahasiswa yang digantung pengajiannya? Bersusah payah ke hulu ke hilir demi mendapatkan tempat untuk anak anak masuk ke universiti, anak pula bersusah payah berdemo di jalanan lalu menjerat diri sendiri. 

Semoga adik-adik yang mendapat tawaran untuk ke pusat pengajian tinggi tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan. Jadilah manusia yang tahu erti terima kasih, dan tahu nilai kesyukuran.

Salam sayang dari utara :)


Notakaki: Lawati blog rasmi Jelajah Destini Anak Bangsa untuk maklumat lanjut.


16 Mei 2012

Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Berburu  ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979








 
TERIMA KASIH CIKGU, TERIMA KASIH GURU, TERIMA KASIH PENSYARAH
SELAMAT HARI GURU

"GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA"



p/s: Ikhlas daripada kami, Mahasiswa Utara.


15 Mei 2012

FB & Twitter DIJAJAH Gelombang Coklat. Ada Kita Kisah?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Tertarik harini apabila MU melihat GELOMBANG COKLAT semakin bercambah di dunia facebook dan juga twitter. Ada apa dengan gelombang coklat ini?

------- ++++++ --------
SEJAK pencerobohan Israel di Palestin 60 tahun lalu, sekurang-kurangnya 700,000 penduduk di wilayah Islam itu didakwa tanpa usul periksa di bawah undang-undang rejim Zionis dan dibicarakan secara tidak adil di Mahkamah Tentera Israel.
Penganiayaan itu menyebabkan tahanan Palestin memulakan mogok lapar ketika dikurung di dalam penjara Zionis, seperti pejuang Khader Adnan dan Hana Al-Shalabi.
Terbaru, mogok lapar besar-besaran kali kedua diadakan selepas sambutan Hari Tahanan pada 17 April lalu dan mogok kali ini disertai ribuan tahanan Palestin sebagai protes terhadap ketidakadilan rejim Zionis.
Namun, mereka tidak berjuang sendirian apabila turut menerima sokongan rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan menerusi pelancaran kempen Hunger 4 Freedom (Berlapar Untuk Kebebasan).
Sokongan itu dizahirkan melalui mesyuarat anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) untuk menandatangani deklarasi perpaduan antara tahanan Palestin dan rakyat Malaysia, Ahad lalu.
SEJAK pencerobohan Israel di Palestin 60 tahun lalu, sekurang-kurangnya 700,000 penduduk di wilayah Islam itu didakwa tanpa usul periksa di bawah undang-undang rejim Zionis dan dibicarakan secara tidak adil di Mahkamah Tentera Israel.
Penganiayaan itu menyebabkan tahanan Palestin memulakan mogok lapar ketika dikurung di dalam penjara Zionis, seperti pejuang Khader Adnan dan Hana Al-Shalabi.
Lagi di SINI
 ----------------------------------------------
 
Dapatkah kita nilai apa yang sebenarnya cuba disampaikan oleh rakan MU ini?

 
by changing PROFILE PIC to the CURRENT ISSUE, hope we act CARE bout those people n bukan sbb TREND ; ask yourself. TREND disappear after days,weeks,months but CARE n LOVE stay forever.



ASPIRASI MAHASISWA
PENCINTA AMAN & KEADILAN

p/s: Ada yang sanggup berlapar? Sama-sama kita kongsi agar rakan-rakan kita bukan sekadar menukar DP mereka menjadi gelombang coklat ini semata-mata, bahkan faham apa yang sedang dikongsi sebenarnya.
Inilah namanya hak manusia dan kebebasan yang sebenar.

Lebih info di sini:

10 Mei 2012

KARISMA Bersihkan Imej Mahasiswa Demonstran


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.


Tahniah KARISMA
 Kelab Rakan Siswa Malaysia

Hari ini, 10 Mei 2012 sekitar jam 1.30 petang, seramai lebih 800 mahasiswa daripada 18 buah IPT awam dan swasta telah berhimpun membantah keganasan Bersih dan menyokong profesionalisme polis. Peserta-peserta ini telah berhimpun di Dataran JPA. Satu deklarasi juga telah diserahkan oleh peserta perhimpunan yang jelas nyata mencintai keamanan.

Daripada duduk dan bantah, berkhemah di dataran dan berlaku kurang sopan, tabik hormat buat rakan-rakan mahasiswa ini.

Suara Mahasiswa

Mahasiswa TOLAK Demonstran
Jangan Perjudikan Keamanan Negara

p/s: Malaysia itu hanya ada satu di dunia & tidak akan ada yang kedua dan seterusnya. Kalau bukan kita yang menjaga dan memelihara keamanan, siapa lagi?



04 Mei 2012

Sorry, Khalid Ismath. Doktrinisasi Syiah: Lawan Tetap Lawan !

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

5 Mei 1996, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mewartakan Syiah sesat dan haram diamalkan di Malaysia.

 Sumber: e-Fatwa JAKIM


Kenapa sesat, Kenapa haram?

Syiah atau Rafidhah merupakan golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Mereka percaya Imam Kedua Belas, Muhammad bin Hassan al-Askari al-Mahdi telah ghaib dan akan muncul ke dalam masyarakat setelah dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan.

Syiah di Malaysia mula berkembang sekitar tahun 1979 iaitu selepas kejayaan Revolusi Iran dan bertambah meruncing apabila terdapat pensyarah yang menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyah di Institut Pengajian Tinggi.

Berbalik pada kisah Khalid Ismath. Cuba kita lihat dan berkenalan.

Khalid Mohd. Ismath
Jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam
Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)



Ludah muka polis? Benci sangat nampaknya saudara kita seorang ni...
Ibu tua yang dipijak dan dibelasah pihak Polis?


Kenyataan Khalid Ismath ini; jelas mencuri perhatian ramai pihak.

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan"



TGNA tahu Khalid Ismath ni Syiah. oooooo....???

 Hero Syiah, itulah gelaran bagi MU yang terbaik buat Pak Khalid Ismath.

 ++++

Melihat pula kepada kenyataan ada mahasiswa yang jelas mempertahankan Khalid Ismath sehingga sanggup berdemonstrasi semata-mata kerana beliau, doktrinisasi Syiah itu jelas menyerlah.

Pengakuan Khalid Ismath tentang betapa hard core keluarga mereka dalam kegiatan PAS, menimbulkan persoalan bagaimana penerimaan PAS terhadap fahaman Syiah? Sedia ada kini sudah maklum pembawaan ideologi Khalid Ismath, namun bagaimana kepimpinan yang ada ‘membimbing’ anak muda seperti ini?

Bagi MU, cukup-cukuplah dongeng yang nak dipermainkan oleh Khalid Ismath ni. Konsep yang mudah sebagaimana mereka-mereka yang menyokong DSAI dan Ambiga, kepimpinan yang menyokong budaya LGBT dan Seks Bebas. Rakan-rakan yang terpengaruh dengan Khalid ni perlu dibimbing semula akidah mereka supaya kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

p/s: Dah sedia maklum dia pejuang Syiah, takkan nak sokong atau membela lagi? Lawan tetap lawan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?