SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label revolusi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label revolusi. Papar semua catatan

04 Mei 2012

Sorry, Khalid Ismath. Doktrinisasi Syiah: Lawan Tetap Lawan !

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

5 Mei 1996, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mewartakan Syiah sesat dan haram diamalkan di Malaysia.

 Sumber: e-Fatwa JAKIM


Kenapa sesat, Kenapa haram?

Syiah atau Rafidhah merupakan golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Mereka percaya Imam Kedua Belas, Muhammad bin Hassan al-Askari al-Mahdi telah ghaib dan akan muncul ke dalam masyarakat setelah dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan.

Syiah di Malaysia mula berkembang sekitar tahun 1979 iaitu selepas kejayaan Revolusi Iran dan bertambah meruncing apabila terdapat pensyarah yang menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyah di Institut Pengajian Tinggi.

Berbalik pada kisah Khalid Ismath. Cuba kita lihat dan berkenalan.

Khalid Mohd. Ismath
Jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam
Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)



Ludah muka polis? Benci sangat nampaknya saudara kita seorang ni...
Ibu tua yang dipijak dan dibelasah pihak Polis?


Kenyataan Khalid Ismath ini; jelas mencuri perhatian ramai pihak.

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan"



TGNA tahu Khalid Ismath ni Syiah. oooooo....???

 Hero Syiah, itulah gelaran bagi MU yang terbaik buat Pak Khalid Ismath.

 ++++

Melihat pula kepada kenyataan ada mahasiswa yang jelas mempertahankan Khalid Ismath sehingga sanggup berdemonstrasi semata-mata kerana beliau, doktrinisasi Syiah itu jelas menyerlah.

Pengakuan Khalid Ismath tentang betapa hard core keluarga mereka dalam kegiatan PAS, menimbulkan persoalan bagaimana penerimaan PAS terhadap fahaman Syiah? Sedia ada kini sudah maklum pembawaan ideologi Khalid Ismath, namun bagaimana kepimpinan yang ada ‘membimbing’ anak muda seperti ini?

Bagi MU, cukup-cukuplah dongeng yang nak dipermainkan oleh Khalid Ismath ni. Konsep yang mudah sebagaimana mereka-mereka yang menyokong DSAI dan Ambiga, kepimpinan yang menyokong budaya LGBT dan Seks Bebas. Rakan-rakan yang terpengaruh dengan Khalid ni perlu dibimbing semula akidah mereka supaya kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

p/s: Dah sedia maklum dia pejuang Syiah, takkan nak sokong atau membela lagi? Lawan tetap lawan.


02 Januari 2012

ADAM ADLI; KEMATIANNYA MEMUNGKINKAN REVOLUSI TERCETUS DI MALAYSIA.

Salam perpaduan, salam keamanan dan salam 1Malaysia.

Dah sarapan ke belum kawan kawan? Mesti sekarang ada yang tengah gelabah biawak nak jawab exam petang or malam nanti kan? MU ucapkan selamat menduduki peperiksaan dan all the best :)

Apa cerita dengan revolusi segala?

Pagi pagi lagi MU dah baca artikel mengenai 'Arab Spring'. Dan hero remaja yang boleh diangkat menjadi hero majalah Mangga ambil gambar tepi swimming pool suatu hari nanti dilabelkan sebagai 'the next Arab Spring'. Siapa lagi kalau bukan abang Adam Adli kita yang baru baru ini membuat kekecohan bersama segerombolan rakan rakan lain di hadapan pintu UPSI.

MU tahu rakan rakan nie malas nak klik link link yang ada. MU pun sama jugak kadang kadang, so, MU copy jek letak kat sini. Baca dan ambil 5 minit untuk betul betul faham apa yang cuba disampaikan.

  .........................................................................................................................


‘Musim Bunga Arab’ atau ‘Arab Spring’ adalah era kebangkitan rakyat menentang kerajaan dan mewujudkan satu revolusi bagi menggulingkan rejim kerajaan yang memerintah tersebut.

Sejarah membuktikan Tunisia, Mesir, Libya, Bahrain, Syria, Yemen, Kuwait, Jordan, Iraq, terkesan dengan revolusiArab Spring ini. Ia juga merebak di sebahagian tempat seperti Lebanon, Arab Saudi dan Sudan.

Faktor yang mendorong rakyat bagi menentang rejim kerajaan itu kebiasaannya berlandaskan perkara-perkara yang bersangkut dengan masalah sosio-ekonomi rakyat.

Apabila menyebut tentang masalah sosio-ekonomi rakyat, maka tiga (3) perkara terkait rapat adalah korupsi dan rasuah, kronisma dan nepotisma. Berlandaskan tiga (3) kata kunci ini maka ia dipecahkan pula kepada kepimpinan yang tidak adil, tidak demokratik dan bersifat kuku besi. Dipendekkan, ianya jauh tersasar dari apa yang disebut sebagai demokrasi tulen.

Maka, rejim kerajaan itu digambarkan sebagai mementingkan diri kepimpinan yang ada, menjalankan pemerintahan yang zalim dengan polis dan tentera digambarkan sebagai ejen kepada kerajaan dalam menindas rakyatnya, bersikap brutal dan tidak berhati perut. Manakala mahkamah disifatkan tidak adil seadilnya. Keputusan mahkamah adalah dijangkakan bersifat memihak kepada kerajaan yang ada.

Dari segi pentadbiran pula, kakitangan awam digambarkan terlalu korup dan gagal berfungsi dengan baik dalam melaksanakan tanggung jawab mereka kepada rakyat. Rasuah berleluasa dalam perolehan kerja atau kontrak, atau apa-apa juga yang sepatutnya dinikmati secara adil dan saksama oleh rakyatnya manakala ahli politik serta kakitangan kerajaan adalah pemain utama dalam melakukan korupsi serta rasuah ini.

(gambar: Mohamed Bouazizi – di Tunisia, keperwiraannya diabadikan dalam bentuk setem)

Dari segi hak kebebasan pula, rejim kerajaan itu digambarkan tidak memberi ruang langsung untuk rakyat menzahirkan perasaan mereka. Hak kebebasan bersuara dan menulis disekat. Kebebasan memperolehi pendidikan serta akademik juga digambarkan disekat. Ruang untuk mengadakan tunjuk perasaan juga disekat. Rakyat tidak langsung boleh menyanggah kepimpinan kerajaan yang ada. Justeru, ia turut memberi efek kepada proses pendemokrasian yang paling penting bagi sesebuah negara itu, iaitu – pilihanraya umum!

Piilihanraya umum digambarkan sebagai tidak telus dan adil. Bahawasanya rejim kerajaan sedia ada telah memanipulasikan setiap perkara dalam memastikan kemenangan yang besar dan gah kepada mereka. Rakyat hanya kononnya menurut sahaja apa yang rejim kerajaan laksanakan. Jika ada barisan pembangkang pun, kononnya barisan pembangkang ini juga tidak mampu berbuat apa-apa.

Sekali imbas, mungkin anda semua seperti mendapat bayangan apa yang sebenarnya berlaku di Malaysia. Trendserta skrip Arab Spring yang dipakai seolah-olah sama seperti apa yang mahu dituntut oleh mereka yang mengaku aktivis kebebasan hak asasi manusia. Mereka yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen yang kononnya gagal diperolehi dalam negara kita.

Satu persatu gerakan yang sama dilakukan sewaktu Arab Spring kini telah digerakkan di Malaysia. Berbagai nama bagi menjustifikasikan gerakan serta tuntutan mereka telah diadakan seperti gerakan Bersih dan Bersih 2.0, gerakan Lesbian Gay Bisexual & Transgender (LGBT), gerakan BEBAS serta berbagai-bagai lagi gerakan yang seumpamanya.


(Gambar: Basel Sayed – Syria)

Namun di Malaysia, berbeza dengan apa yang berlaku di negara-negara Arab, tiada ikon yang dapat diwujudkan bagi menjustifikasikan kezaliman kerajaan. Di sana (negara-negara tanah Arab), Mohamed Bouazizi yang membakar dirinya sehingga mati mampu meraih simpati dan kemarahan rakyat seterusnya meledakkan revolusi yang menggulingkan rejim kerajaan Tunisia. Atau Basil Sayed yang sempat merakamkan kematiannya sendiri akibat ditembak oleh tentera dan membangkitkan kemarahan rakyat Syria. Atau Neda Afgha-Soltan yang kematiannya akibat ditembak oleh pihak yang tidak dikenali di Iran dan berita kematiannya mendapat liputan meluas seluruh dunia terutama CNN News.

Di Malaysia, ketua barisan pembangkang iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah seorang yang kena tuduh dan dibicarakan atas perbuatan jenayah yang tertakluk pada Kanun Acara Jenayah dan Kanun Keseksaan walaupun sekuat mana beliau cuba memberitahu dunia bahawa dirinya adalah mangsa konspirasi politik. Rakyat Malaysia hanya menantikan apakah keputusan yang akan diberikan oleh mahkamah pada 9 Januari nanti.

Manakala provokasi yang dimainkan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan dalam menuntut hak kebebasan seksualiti malahan ditolak olah majoriti rakyat termasuk parti yang pernah menyokongnya dalam tuntutan Bersih dan Bersih 2.0 iaitu PAS, namun tidaklah hingga membuatkannya terbunuh hingga mampu membangkitkan perasaan amarah keterlaluan rakyat.


(Gambar: Neda Afgha-Soltan – di Iran, kematiannya yang dimuat turun melalui Youtube mendapat perhatian dunia)

Kini, kita seluruh rakyat Malaysia yang bijak menilai sedang memandang seorang ikon yang entah dari mana datangnya dicipta bagi membuat huru-hara dengan beberapa provokasi tertentu termasuklah menurunkan bendera Perdana Menteri Malaysia dan mengusung keranda serta potret Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau yang dimaksudkan adalah Adam Adli, seorang mahasiswa yang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Adakah beliau bakal terbunuh hingga mampu mencetuskan ‘Arab Spring’ di Malaysia? Semoga dijauhkan, mudah-mudahan.

Apa yang pasti, pihak-pihak yang mempergunakan ‘ikon baru’ ini adalah pihak yang tidak bertanggung jawab kerana bukan sahaja mengancam masa hadapan beliau yang dipergunakan ini bahkan nyawanya sendiri. Provokasi yang dilakukan mampu mengundang kemarahan melampau dan menyebabkan nyawa terancam.

Mungkin dalam hati pihak yang menajanya berkata “lebih baik dia mati untuk memudahkan revolusi berlaku di Malaysia!”



.........................................................................................................................

Adakah perkara seperti ini yang kita mahukan? Oh, tolonglah rakan rakan mahasiswa, kita berpijak di bumi yang nyata dan berkongsi langit yang sama. Kita sedih dengan apa yang berlaku di Mesir, kita bawa pulang keluarga kita dari sana, dan tiba tiba, kita lakukan perkara yang sama di Malaysia? Mana kita nak lari? Mana kita nak pergi?

Keamanan milik semua, untuk kita, ibu bapa dan generasi akan datang juga. Orait?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?