SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


25 April 2013

#Siswa4U Zon Utara: Mahasiswa yakini @Barisanasional ! @Siswa_4U @TunFaisal #undiBN #BetterNation

Salam perubahan, salam perpaduan dan salam 1Malaysia.

Tahniah mahasiswa kerana terus bersuara. Setelah beberapa siri sidang media yang dilakukan oleh mahasiswa di zon tengah dan selatan serta pelancaran sukarelawan mahasiswa sebagai jentera Barisan Nasional, kini mahasiswa zon utara pula bersuara.

Tahniah diucapkan kepada rakan-rakan mahasiswa kerana berani menyuarakan pendapat, mengetengahkan suara anak muda menggunakan medium yang betul, secara bersopan santun, tidak memalukan pentadbiran universiti masing-masing serta terhormat.

Inilah beza mahasiswa dan mahasewel. Semoga melalui pendekatan seperti ini, rakyat mampu menilai, yang mana kaca yang mana permata. 

Berikut adalah kenyataan media Siswa4U zon utara:




Kenyataan media Siswa4u zon utara,24 April 2013
Atas kesedaran dan peluang yang diberikan dalam peruntukkan undang-undang yang dipinda dalam Perkara 15 (2) (c) Akta Universiti Kolej Universiti (Pindaan) 2012 atau lebih dikenali dengan AUKU, kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia dan kumpulan mahasiswa Kedah telah bertekad untuk bergerak bersama Siswa4U.
Penyertaaan dan sokongan terhadap Siswa4U dibuat kerana kami percaya pada ‘AkuJanji’ Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan rakyat. Selain itu, kami golongan mahasiswa inginkan suasana politik yang matang, harmoni, berintergriti dan mendukung prinsip undang-undang. Kami, Siswa4U peka dengan perkembangan isu-isu semasa dan kami sedar akan tanggungjawab mahasiswa untuk mencorak masa depan Negara. Justeru, dengan kebebasan yang diberikan oleh AUKU, kami bergiat secara aktif dalam arena politik di luar kampus.
Kami bukan sekadar ‘turun padang’ untuk berjumpa dengan rakyat Kedah, untuk berkongsi pandangan, memberi khidmat masyarakat dan mengedar flyers, malah kami turut memberi ceramah di atas pentas politik Barisan Nasional. Setinggi-tinggi terima kasih kami ucapkan kepada kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Nasional, Negeri Kedah dan Bahagian kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada kami untuk turut serta secara proaktif dan membina. Inilah yang dimaksudkan oleh Transformasi yang didokong oleh YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak yang amat kami kasihi. Kami berharap agar sekalian mahasiswa dapat bersama-sama memberikan sokongan yang padu kepada pasukan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dan kami juga mengalu-alukan penyertaan lebih ramai rakan-rakan mahasiswa dalam gerakan Siswa4U.
Sesungguhnya terdapat dua isu utama yang melanda negeri Kedah yang menyebabkan kami terpanggil untuk menyumbang akal fikiran, tenaga dan masa untuk memenangkan Barisan Nasional. Isu yang pertama amat dekat dengan kami, iaitu isu pendidikan yang melibatkan mahasiswa di Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) dan isu yang kedua adalah isu pembalakan di kawasan hutan utama Kedah. Kami mendapati bahawa kegagalan kerajaan Pas untuk menguruskan KUIN dan balak dengan baik mencerminkan kepincangan dalam pentadbiran negeri secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, adalah lebih bijak untuk rakyat memberikan mandat kepada calon-calon pilihan YAB Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak di negeri Kedah dan di seluruh negara berdasarkan pencapaian atau track record pentadbiran kerajaan Barisan Nasional yang lebih cemerlang.
Kami yakin, masalah yang berlaku di KUIN akan diselesaikan dengan pantas sekiranya kerajaan Barisan Nasional mentadbir Kedah. Kami amat marah apabila mengetahui bahawa mahasiswa KUIN telah dipindahkan ke Kuala Ketil walaupun lokasi tersebut tidak mempunyai kelengkapan keperluan yang mencukupi. Bagaimanakah pengurusan KUIN yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Kedah boleh membiarkan Kampus Kuala Ketil beroperasi tanpa asrama dan masjid untuk mahasiswa? Malah, mahasiswa perlu berpindah-randah ke dari satu asrama tumpangan ke asrama tumpangan lain hanya untuk tidur !
Ini tidak termasuk kes di mana 7 orang mahasiswa KUIN yang menamatkan pelajaran mereka dengan ijazah Al-Quran, tidak mendapat pengiktirafan akreditasi oleh Malaysians Qualifications Agency atau dikenali sebagai MQA. Bagaimana nasib mereka sekarang? Adakah masa yang telah mereka habiskan untuk belajar di KUIN hanya sia-sia? Apakah mereka mendapat pembelaan daripada Kerajaan Negeri Kedah? Itu nasib 7 orang rakan sebaya kami yang terbukti tidak terbela, jadi bagaimana pula dengan mahasiswa yang sedang mengikuti kursus yang sama sekarang ni?
Kami bertegas bahawa kebajikan mahasiswa harus diberi perhatian dengan serius. Mahasiswa tidak wajar menjadi mangsa kezaliman politik dan ketidakupayaan kumpulan pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan negeri untuk mentadbir dengan baik.
Berkaitan denga isu pembalakan oleh Kerajaan Negeri Kedah dibawah program ‘Ladang Rakyat, Ladang Sejahtera’, kami mahasiswa sangat prihatin terhadap permasalahan yang telah berlaku dan  kami berpandangan bahawa ia amat merugikan rakyat negeri Kedah.
Di Gunung Inas, lebih 2000 hektar tanah yang sarat dengan pokok-pokok balak diteroka sejak 5 tahun lepas. Sepanjang 5 tahun ini, kerajaan negeri telah berjanji untuk mengusahakan Ladang Sejahtera, namun begitu hasilnya sungguh mengecewakan. Setelah kerajaan negeri mengaut hasil keuntungan yang melimpah-ruah daripada projek pembalakan, sehingga hari ini, masih tiada sebarang usaha untuk menanam semula pokok balak getah di bawah projek yang dinamakan Ladang Sejahtera. Yang ada, hanyalah pemusnahan alam sekitar, pencemaran sumber air sungai dan pemusnahan sektor pelancongan. Rakyat Kedah hanya menjadi mangsa hasil kerakusan Kerajaan Pas untuk mengaut keuntungan tetapi hasilnya tidak sedikit pun digunakan untuk menjaga kebajikan rakan-rakan kami di KUIN.
Keadaan sama berlaku di Pedu di mana lebih 500 hektar tanah balak diterokai. Lokasi pembalakan yang berhampiran dengan tempat simpanan air iaitu Empangan Pedu amat merisaukan kami. Di sini, Kerajaan Pas menabur janji untuk membuat kebun buah-buahan di tapak yang telah digondolkan oleh kontraktor balak. Malangnya, janji yang dibuat oleh Kerajaan Negeri Kedah tidak boleh dipercayai, sama seperti Manifesto Bukan Janji Pakatan Rakyat. Janji di masa lepas belum pun ditunaikan, mereka berani berjanji lagi!
Anak muda tidak nampak sebarang perubahan yang signifikan sejak pentadbiran kerajaan negeri Kedah dipegang oleh Pakatan Rakyat. Lebih teruk lagi, kerajaan negeri ini tiada wawasan untuk membangunakan negeri Kedah. Sebaliknya, rakyat disajikan dengan pelbagai perbalahan dalaman yang mengekang kerjasama untuk memajukan negeri Kedah. Pakatan Rakyat Kedah yang tidak berani untuk mengeluarkan manifesto membuktikan bahawa mereka tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa untuk rakyat Kedah, apa lagi generasi muda Kedah.
Jelas, Barisan Nasional bukan sahaja berani mengemukakan manifesto untuk negeri Kedah, malah rakyat yakin bahawa ia pasti ditunaikan. Manifesto atau AkuJanji Barisan Nasional negeri Kedah yang berteraskan Hal Ehwal Agama, Transformasi Ekonomi dan Transformasi Sosial merupakan pilihan terbaik untuk rakyat negeri Kedah. Manisfesto Barisan Nasional realistik memandangkan ia melibatkan pelaksanaan dalam aspek membangunkan negeri Kedah. Pelbagai pelan tindakan seperti membangunkan pusat industri minyak dan gas di Yan dan Bandar Getah bertaraf antarabangsa di Padang Terap mampu menawarkan 13 ribu peluang pekerjaan. Selain itu, kami mahasiswa Siswa4U juga menyokong usaha memperkasakan pengajian pondok dan tahfiz selari dengan iltizam untuk membangunkan masyarakat yang berilmu.
Tambahan pula, kami mewakili seluruh mahasiswa ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang memberikan Baucer Buku 1Malaysia serta rebat telefon pintar. Kami juga terharu apabila kehendak mahasiswa dipertimbangkan dalam penyediaan AkuJanji Barisan Nasional.yang membuktikan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional dalam memelihara kebajikan mahasiswa.
Kepada rakyat Malaysia, pilihlah kerajaan yang terbukti menjaga kebajikan dan menjamin kemakmuran negara. A #BetterNation untuk hari ni dan masa hadapan
Oleh : Azri Norfikri Aziz (Pengerusi Siswa4U Zon Utara juga TImbalan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia)


Sumber: Siswa4U

06 April 2013

Pendidikan Percuma : Fakta atau Auta? #manifestobukanjanji #GE13

Salam perpaduan, selamat pagi dan salam 1Malaysia.

Isu pendidikan percuma sangat ditekankan oleh Pakatan Rakyat kerana dewasa ini hakikat bahawa golongan mahasiswa menjadi aset bernilai buat negara semakin diterima umum.

Tiada seorang manusia yang akan membantah jika benar pendidikan percuma boleh diberikan tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada ekonomi negara atau membebankan orang lain.

Video ini, sebenarnya menunjukkan fakta tentang situasi sebenar. Rafizi berkata, purata yuran yang perlu dibayar oleh pelajar IPTA adalah sebanyak RM1700 setahun. RM1700 setahun adalah selepas subsidi kerajaan diberikan. Betul? Jadi,berapakah kos yang telah ditanggung kerajaan sebenarnya?

Dah lah. Malas cerita banyak.Tengok je video nie.


03 April 2013

Saya Pilih Malaysia. Anda? #PRU13 #siswa4peace

Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia.

A picture tells thousands words.


Rakyat bijak menilai, terpulang kepada terjemahan masing masing :))

#SISWA4U Nekad Bantu @barisanasional Dalam #PRU13 #GE13

Sumber: MyMahasiswa

KUALA LUMPUR, 3 April – Menyedari semakin ramai yang berpandangan serong terhadap golongan mahasiswa yang dilihat sejak kebelakangan ini begitu cenderung melakukan perkara yang menjatuhkan imej mahasiswa, maka sekumpulan mahasiswa yang mewakili suara mahasiswa dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara mewujudkan SISWA4U.
 
Pengerusi SISWA4U, Mohd Hafiz Ariffin berkata, penggerak entiti ini adalah terdiri daripada pemimpin-pemimpin mahasiswa dan pelbagai persatuan dan organisasi mahasiswa di dalam kampus dan di luar kampus.
 
“Matlamat SISWA4U adalah untuk mengerakkan seluruh suara dan tenaga mahasiswa untuk terlibat di dalam proses demokrasi, politik baru dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 secara sihat, rasional, matang, berilmu, berintegriti dan bermaruah sesuai dengan kedudukan mahasiswa sebagai salah satu entiti penting dalam kelompok generasi muda dan sebagai generasi pewaris yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara di masa hadapan.
 
“Selain itu kami juga menolak sikap segelintir mahasiswa yang menzahirkan pandangan dan idealogi mereka secara tidak betul dan ganas. SISWA4U pula mengambil pendekatan yang berbeza yang jauh lebih harmoni dan menggambarkan imej mahasiswa yang lebih terpelajar dan bermaruah,” ujarnya dalam sidang media khas bagi menyatakan sokongan padu mereka kepada kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini.
 
Tambah Hafiz, sesuai dengan keterbukaan kerajaan yang telah meminda perkara 15(2) AUKU, aktivis SISWA4U dengan ini menyatakan kesediaan sepenuhnya untuk berpartisipasi dalam proses demokrasi dalam PRU-13 secara sihat malah turut bersedia sekiranya diperlukan untuk membantu kempen pilihan raya.
 
Ujarnya lagi, SISWA4U bukan menyatakan sokongan secara membuta tuli dan tiada asas tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan terhadap setiap transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri maka telah terbukti hanya Barisan Nasional yang paling layak diberi mandat untuk terus menjadi pucuk pimpinan negara.
 
“Kami akan terus bergerak untuk membantu kerajaan mendekati anak muda. Sebagaimanan Perdana Menteri bersungguh mendekati anak muda dan menjiwai denyut nadi anak muda melalui pelbagai pendekatan termasuk melalui media sosial, begitu juga kami SISWA4U.
 
“Kami mewakili suara anak muda yang cintakan negara dan mahu negara ini terus aman, maju dan makmur, maka kami barisan SISWA4U dengan ini berikrar akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Perdana Menteri untuk terus membantu beliau menyakinkan rakyat Malaysia khususnya anak muda agar BN terus diberi mandat menerajui negara ini,” ujarnya lagi. – MediaUMNO

02 April 2013

Polis tahan tiga mahasiswa pro-pembangkang!

Salam.

Penat kan tengok onar-onar yang dilakukan oleh mahasiswa pro-pembangkang sekarang nie? Semakin menjadi-jadi pulak sikap biadap mereka. Terbaru, dengarnya mereka mengganggu ketenteraman awam dengan cuba membuat huru-hara di hadapan kediaman Perdana Menteri kita. Dengan alas an mahu menghantar memorandum tentang isu pendidikan Negara.

Niat dah bagus dik, tapi cara kurang beradab lah. Mereka diberi peluang untuk berucap, sepuluh minit, tanpa menggunakan mikrofon. Betapa tegarnya mereka ini tetap berkeras mahu menggunakan mikrofon. Diberi betis, nak peha. Cukup diplomatik rasanya pilihan yang diberikan. Guna 10 biji mikrofon pun, takdenye dengar sampai ke dalam kediaman tu. Haih. Suka sungguh buat kerja sia sia. Zzzzz sangat!


PUTRAJAYA - Polis menahan tiga mahasiswa berusia 20-an di depan kediaman rasmi Perdana Menteri di sini lewat petang tadi selepas didapati sengaja menimbulkan masalah dan mengganggu ketenteraman awam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden Mak Pak Chuai berkata mahasiswa berkenaan, yang mengetuai kira-kira 100 pelajar lain, cuba menghantar memorandum berhubung isu pendidikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

 
"Mereka semua datang kira-kira jam 6 petang, kononnya untuk menghantar memorandum kepada Perdana Menteri mengenai isu pendidikan. Kita beri peluang mahasiswa terbabit berucap selama 10 minit tanpa menggunakan mikrofon, tetapi mereka berdegil dan tetap meneruskan ucapan menggunakan mikrofon.



Baca sini untuk lebih lanjut: Politik Harian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?