Isu
#listen, #listen, #Listen membentuk satu gelombang baru. Gelombang yang
dicetuskan oleh seorang proaksi pembangkang di dalam kampus Universiti Utara
Malaysia. Proaksi Pembangkang ini mula mendapatkan tempat apabila berjaya
melancarkan provokasi terhadap pihak penganjur program forum Seiringkah
Mahasiswa dan Politik’ anjuran Suara Wanita 1 Malaysia. MU terbaca satu post yang dikongsi oleh YDP MPP USM Saudara Muhammad ‘Ammar Mohd Aziz.
Jom
kita baca kecaman mahasiswa pro pembangkang;
Inilah
yang MU simpulkan sebagai pertembungan idealism mahasiswa PRO M (Pro
Pembangkang) dan pejuang sejati mahasiswa Aspirasi Mahasiswa. Mahasiswa Pro M
akan terus menerus dengan komentar yang bersifat populis dan melulu serta zalim
kepada pihak yang satu lagi. Mengapa? Ia mudah, MU bersetuju dengan pandangan
YDP Aspirasi Mahasiswa, kedua-dua buah pihak harus tampil untuk membuat
kenyataan mengapa tragedi itu boleh terjadi.
Hamburan
demi hamburan kepada YDP yang tidak menyebelahi kem pembangkang dilihat sebagai
tidak menjaga kebajikan mahasiswa. Apakah tindakan sehinggakan pemimpin
Aspirasi Mahasiswa ini dituduh tidak menyebelahi kebajikan serta suara? MU
bersetuju bahawa Presiden SW1M dan Bawani
perlu tampil untuk membuat penjelasan. Kita harus menunaikan hak untuk
bersuara kepada Presiden SW1M untuk menjelaskan perkara ini. Mudah. Berilah perluang untuk memahami keadaan yang berlaku. Jom lihat kenyataan mahasiswa Aspirasi Mahasiswa;
Itu
mungkin ‘dosa’pertama pemimpin serta pengikut mahasiswa pembangkang. Yang kedua
ialah figura figura hebat dibelakang Bawani melambangkan Bawani ini dilindungi
oleh pemimpin-pemimpin pembangkang tidak seperti pemimpin Aspirasi Mahasiswa
yang mengeluarkan kenyataan berdasarkan prinsip yang rasional lagi intelektual.
Bawani dipertahankan oleh pembangkang yang dijaja satu Malaysia sebagai hak
mereka dicabuli. Namun begitu, apabila kegiatan biadap yang dilakukan oleh Bawani terhadap
penganjur, dalam program penganjur. Agak-agak seandainya seorang mahasiswa di
tempat program anjuran pembangkang bolehkah dia sebebasnya berperwatakan
seperti Bawani? Aspirasi Mahasiswa tidak akan mengkhianati intelektual dan tidak akan melacurkan nama mahasiswa dengan tindakan tidak rasional serta biadap.
MU tertarik dengan pendedahan serta analisis Keris7Lok mengenai isu #Listen di UUM. Aspirasi Mahasiswa terus diperlukan dalam melambangkan tindak tanduk yang rasional, tenang dan adil.
Tepuk
dada tanya Iman. Kita mahu menyelesaikan masalah yang meruncing ini. Biarlah
Presiden SW1M membuat kenyataan dan kita nilai, begitu juga dengan Bawani. Kita
dengar serta nilai dengan akal dan bukan emosi.
Pendirian Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia dalam perihal
video ini adalah seperti tetapan berikut;
1) MPP UUM mendukung prinsip kebebasan
bersuara harus didukung tanpa menafikan hak mana-mana individu. Kebebasan ini
termasuk juga untuk berhujah berdasarkan fakta yang sebenar dan tulen.
2) MPP UUM juga bersetuju bahawa sesi
interaksi panel dan penonton telah diberikan oleh moderator serta panel
menjawab persoalan yang dibangkitkan.
3) MPP UUM juga bersetuju bahawa hak
kebebasan bersuara mesti dilaksanakan dalam tertib dan penuh beradab.
4) MPPUUM dalam perkara ini berpendapat
kedua-kedua pihak dalam video iaitu mahasiswi UUM serta panel mempunyai sebab
tersendiri mengapa kejadian sedemikian berlaku serta berharap kedua-dua buah
pihak boleh menjelaskan kepada orang ramai.
5) MPPUUM juga ingin menegaskan kehadiran
YDP MPP UUM hanyalah memenuhi jemputan pihak penganjur program dan bukan
bertindak sebagai penganjur atau penganjur bersama.
6) MPPUUM juga berpendirian bahawa
ketika mahasiswi UUM berkenaan mencelah, forum telah diserahkan dari moderator
kepada pihak penganjur.
7) MPP UUM percaya yang wajar memberi
pencerahan adalah pihak yang terlibat.
8) MPP UUM juga meminta supaya siaran
video penuh di terbitkan untuk tatapan penonton supaya mengetahui pucuk pangkal
program forum ini.
9) MPP UUM berharap isu ini dapat
diselesaikan dengan cara berhemah dan harmoni.
Apabila
mahasiswa yang dilihat menjadi mangsa, sepastinya lebih mudah mendapat raih
simpati. Mahasiswa lebih lantang, berani bersuara. Inilah generasi anak muda
sekarang.
Peristiwa
8 Disember 2012 mula mendapat perhatian hanya dalam 1 malam. #justice4bawani
#salutebawani #weareallbawani. Forum bertajuk Suara Mahasiswa: Seiringkah
Mahasiswa dan Politik bertempat di Dewan Muadzam Syah, Universiti Utara
Malaysia mencatatkan sejarah tersendiri buat Bawani.
Trend
yang sama juga dilihat sama dengan situasi apabila Adam Adli, Safwan Anang
hendak menjadi popular. Cuma berbezanya apabila yang hendak dinaikkan ini
merupakan ‘heroin’. Percaturannya sepastinya berbeza.
Siapa dia?
Bawani a/p Kaniapan dilahirkan di Perak merupakan pelajar undang-undang semester 3,
akan berusia 28 tahun pada 5 September ini dan pernah bertanding
kerusi umum
dalam PRK yang lepas. Bawani juga turut aktif di luar.
“With
my great comrade & ayahanda Dr Nasir Nashim. Always inspiring his thought”
Mesyuarat
May Day di office PSM pada tahun 2010?
Pelajar UUM
Usah
terlepas pandang dan hanya memberikan keadilan kepada gadis ini semata-mata.
Lihat pula komentar daripada pelajar UUM sendiri. Peristiwa yang berlaku ini
dilihat sama sebagaimana peristiwa di UPSI dahulu. Kerana tindakan individu
tertentu, rakan-rakan mahasiswa daripada universiti yang sama mendapat tempiasnya.
Bawani
muncul dan memulakan provokasi setelah tamat sesi Q&A dan majlis hampir
tamat. Bukannya semasa sesi dibuka.
Penggunaan
kalimah ALLAH bagi orang bukan Islam bukanlah untuk dipermainkan, memenuhi
kehendak politik semata-mata. Bukan juga kerana keselamatan bahkan isu akidah,
tauhid kita dalam menjaga kesucian agama Islam.
Isu
ini timbul apabila GOD dalam Bible yang hendak diterjemahkan dalam Bahasa
Melayu sebagai ALLAH.
Dalam
Bible sendiri tidak menggunakan kalimah ALLAH bahkan menggunakan perkataan
GOD.Dalam teks bahasa Greek yang juga
bahasa asal penulisan Bible pun tidak menggunakan kalimah ALLAH sebaliknya
‘Theos’ yang bermaksud Tuhan.
Penggunaan
kalimah ALLAH, Baitullah, Solat dan Kaabah telah diwartakan eksklusif buat umat
Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN S.59//3/6/A
bertarikh 5 Disember 1986. Jemaah Menteri yang telah bermesyuarat pada 3
Januari 2008 juga telah memutuskan perkara yang sama.
5 Alasan
utama Gereja Katolik menuntut menggunakan Kalimah ALLAH sebagaimana yang
terdapat dalam laporan bertajuk Church leaders
explain use of Allah dalam akhbar The Sun (24 Disember 2007)
1.Mendakwa
mereka mengikut Bible. Bible dalam Bahasa Melayu menggunakan kalimah ALLAH
sebagai terjemahan istilah God dan Tuhan sebagai terjemahan istilah Lord.
2.Mendakwa
mulai awal ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah memiliki buku-buku doa
dalam Bahasa Melayu dan kalimah Allah telah digunakan sebagai terjemahan
istilah God.
3.Mendakwa
ayat-ayat suci Al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam
telah menggunakan lafaz Allah.
4.Mendakwa
bahawa segmen terjemahan dalam Bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi
kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud
dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.
5.Mendakwa
kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dalaman gereja
berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3) A Perlembagaan Persekutuan.
Tuntutan
mereka ini (bukan beragama Islam) yang ingin menggunakan kalimah Allah jelas
telahpun ditolak dan dilarang sama sekali. Jelas dalam fatwa-fatwa yang telah
dikeluarkan serta dilindungi penggunaannya yang eksklusif untuk umat Islam.
Namun,
sekali lagi penggunaan kalimah ALLAH ini sengaja hendak dimainkan menjadi isu.
Lim Guan Eng dilihat sengaja membangkitkan isu ini menuntut agar Kerajaan Pusat
membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi Bahasa Melayu. Menjadi
bertambah kartun lagi apabila ada pemimpin yang beragama Islam pula menyokong
tindakan penggunaan kalimah ALLAH dan salah seorangnya Nik Aziz, yang diangkat
sebagai Tuan Guru.
Percanggahan
pendapat dalam penggunaan kalimah ALLAH ini di kalangan kepimpinan PAS sedikit
menimbulkan kekeliruan, tanda tanya. Apakah sebenarnya pendirian PAS? Dalam isu
agama, janganlah sampai menyesatkan akidah.
Moga
terbuka hati apabila mendengar hujah ini.
Lihat,
ini antara anak muda yang kononnya menjadi hero.
Sanggup
bersembahyang di tokong Cina?
Jika bukan yang beragama
Islam menjaga kesucian agama ini, adakah anda berharap mereka yang bukan Islam untuk
menjaga dan memelihara agama Islam?
Tiada lagi had ditetapkan ke atas rebat smartphone RM 200
berbanding dahulu hanya dihadkan maksimum RM500 sahaja. Bermakna lebih banyak pilihan untuk belia.
Bagi yang berminat, sila buat sedikit checklist di bawah
ini.
1.Belia: 21 – 30 tahun
2.Pendapatan: RM3K ke bawah
3.Pakej Komunikasi Belia
(PKB)
4.Libatkan 7 syarikat
komunikasi:
Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile
& YTL Communications.
"Saya
mewakili MPPK amat berterima kasih kepada kepimpinan YAB Perdana Menteri kerana
sudi mempertimbangkan cadangan daripada kami" – Pengerusi MPPK, Hafiz
Ariffin.