SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


31 Mac 2012

#AmanKampus II: Siswa Prihatin Aspirasi Mahasiswa


 Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1 Malaysia.

Semalam, usai sesi Aman Kampus di UUM, rombongan jelajah Aspirasi Mahasiswa ini meneruskan jelajah dengan menghulurkan bantuan kepada warga emas serta mereka yang kurang bernasib baik.

Destinasi yang dituju adalah di Kampung Changkat Setoi yang terletak lebih kurang 15 minit daripada kampus UUM, Sintok. Barisan kepimpinan MPPUUM dan rakan-rakan siswa UUM juga turut bersama-sama menyertai rakan-rakan Aman Kampus hingga ke kampung ini. 

Aspirasi Mahasiswa bukan sekadar membawa suara mahasiswa semata-mata bahkan turut prihatin bersama masyarakat. Nilai siswa prihatin yang perlu diterapkan dalam diri setiap mahasiswa.

Moga sumbangan barang keperluan dan wang saku yang diberikan sedikit sebanyak membantu meringankan beban. 

Wang saku buat belanja nenek.
Sedikit sumbangan barangan keperluan harian.


++++

Rezeki jangan ditolak. Alhamdulillah, penduduk Kg turut mengalukan kehadiran kami.
Suasana Kampung. Berbeza sungguh dengan hutan batu di kota.
Kenalan baru MU dari Uzbekistan turut bersama-sama dalam Jelajah Aman Kampus ini.

Part ni, MU pun tergelak gak. Nenekni memang sporting
Bergambar kenangan di Masjid Kg Changkat Setoi
 
Bila kita hendak mengeluh akan nasib kita, fikirlah tentang mereka yang 
lebih malang daripada kita. Mereka yang lebih memerlukan kita 
sebagai perintis masa depan 
Agama, Bangsa dan Tanah Air.


p/s: Bila cerita tentang nikmat dan kemudahan yang kita terima sebagai mahasiswa, kita jauh lebih baik daripada rakan-rakan kita di negara lain. Malaysia, Bumi bertuah.
  

#AmanKampus II: Ini Suara Mahasiswa UUM


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.


SEBELUM ini, kita telah dengar daripada YDP MPPUUM. Kita ushar pula rakan-rakan lain. 
Jom !

Ini kata-kata dari rakan-rakan mahasiswa/i
Universiti Utara Malaysia

 
Apa pula kata ANDA?

Agak-agaknya, adakah Pro-Mahasiswa aka Transformasi Mahasiswa UUM
MAMPU Berhujah seperti mereka ?

TAHNIAH. Moga terus membawa ASPIRASI MAHASISWA

Ingin kenal Transformasi Mahasiswa UUM? Klik SINI

#AMANKAMPUS II: Jelajah Riang-Ria Aspirasi Mahasiswa di UUM


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Ada apa dengan Aman Kampus di UUM? Kita sedia maklum antara modul Aman Kampus adalah dengan mengadakan Info Siswa, Siswa Prihatin, Damping Kampus, Siswa Cergas, dan lain-lain lagi. Namun, MU terkejut apabila ini pula yang berlaku di UUM.

Ish Ish Ish, apa sudah jadi?

Tuu Diiaaaa. oops~


Riang Ria =)
 
Haha, seronok bila MU melihat pelbagai gelagat rakan-rakan siswa. Nasib MU terselamat.

  Corat-carit program,

TERBAIK. Gimik perasmian Jelajah Aman Kampus di UUM. We Love PM
 
Rakan-rakan siswi di meja pendaftaran.
Ini reaksi bila dah lama tak bersuka-ria
Presiden Alumni Aspirasi, Saudara Shahar & S/U Agung MPPUUM, Saudara Syafiq turut bersuka ria
Persembahan seni silat.
AMAN KAMPUS ! UUM Kampus Aman !
  
Berkongsi ASPIRASI MAHASISWA dengan lebih santai sebenarnya.


Lagi aksi suka-ria di SINI & SINI


Ini untuk Kismis Minda

Dalam kekalutan Pro-Mahasiswa ‘mengugut’ agar PRKampus diawalkan, ini pula maklum balas YDP MPPUUM, Saudara Amer Izzuddin.



Ustaz Yusnaidi dah pesan, jangan jadi keldai; keldai binatang paling bodoh. Kerana kita sebagai mahasiswa ditingkat tinggi. Bila dibandingkan lagi dengan monyet, lagilah tak seronok kan? Selamat menjadi MAHASISWA dan BUKANNYA MAHASISA. PEACE CAMPUS!

p/s: Tahniah dan terima kasih buat rakan-rakan tuan rumah, kepimpinan MPPUUM dan Perubahan UUM serta rakan mahasiswa yang turut bersama-sama dalam jelajah kami di UUM.

30 Mac 2012

#AmanKampus + Siswa UUM Bercinta


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Rombongan Aman Kampus tiba di Bumi Sintok lewat sedikit daripada yang dijadualkan. Namun itu bukan alasan untuk tidak bersama-sama dalam slot yang dijadualkan. Lagi-lagi baru sahaja tiba dari perjalanan yang hampir memakan masa selama 7 jam. Mantap  membawa Aspirasi Mahasiswa.

Aman Kampus bersama-sama Ad Hoc Anak Kelatan serta mahasiswa UUM bersama-sama menyulam cinta dalam slot ceramah Halwa Cinta yang telah disampaikan oleh Ustaz Yusnaidi, Pegawai daripada Pusat Islam UUM. Halwa Cinta? Cinta kepada Allah S.W.T. Sungguh besar maknanya.

UUM; 29 - 30 Mac 2012| Aspirasi, MPPUUM + Perubahan UUM

Sebahagian rakan siswa yang hadir

Khusyuk benar abang-abang kita ni..
Saudara Amer Izzuddin, YDP MPPUUM turut bersama-sama
 
Rakan siswi yang bangkit dan berkongsi Halwa Cinta.
                                                                                        
Berpeganglah dengan
3A: Agama, Akhlak dan Akademik
A.P.I; Agama, Patriotisme dan Ilmu
 - Datuk TNC HEPA UUM -


<Iklan Komersial>

Jeng Jeng Jeng

Ya, ada gaya yang berbicara.
Ya, khusyuk dan sangat fokus gaya yang mendengar.
 Ya, mereka
BUKAN ASPIRASI MAHASISWA


Banding & Beza
Realiti Cinta Aman Kampus di UUM 

 Semarak Cinta UUM
KAMPUS AMAN


p/s: Benar mereka bercinta, tetapi bercinta kepada yang Maha Esa. Cinta kepada keamanan. Jauh sekali budaya LGBT atau yang sewaktu dengannya. Peace Campus !

29 Mac 2012

#AmanKampus Fasa II: Kembali Menjelajah Utara


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

29 Mac hingga 1 April ini, Jelajah Aman Kampus kembali meneruskan misi mereka di utara, di Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti Sains Malaysia (USM) setelah bersama rakan-rakan siswa Selatan di Universiti Teknikal Malaysia (Utem), Kolej Yayasan Melaka dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada minggu lepas. 

Pendedahan yang dibuat sewaktu Jelajah Aman Kampus di UTM memberi impak kepada pergerakan Pro-Mahasiswa a.k.a Pro-Pembangkang. Ingat lagi? Perkongsian ini juga telah menyebabkan Saudara Khairul Nizam ini 'diserang'. Suatu tindakan yang agak kurang matang apabila We Love PM juga menjadi modal. Ish Ish Ish.

Sesi jelajah Utara Fasa II ini telah dimulakan di Kolej Mara Kuala Nerang dengan pengisian bersama adik-adik serta masyarakat di samping info siswa di sekitar Alor Star. Ikuti sedikit coretan yang lalu di SINI dan SINI.

Agak-agaknya bagaimana ya respon dan sambutan daripada rakan-rakan siswa di utara? Kita tunggu dan lihat.


Buat rakan-rakan MU di
UUM, UniMAP dan USM,
jom bersama rakan-rakan Aman Kampus.

p/s: Ada rezeki MU akan turut bersama-sama di lokasi & update dengan rakan-rakan ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?