SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Aspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aspirasi. Papar semua catatan

16 November 2012

#save4gaza: Tangisan Palestin bergema lagi.

Assalamualaikum. Salam perubahan, salam aspirasi dan salam maal hijrah.

Di saat umat Islam di seluruh dunia menyambut kedatangan tahun baru 1434Hijrah, saudara Islam di bumi Palestin diratah dengan kejam oleh tentera Israel. 

Jam 0200 a.m saya terjaga dari tidur, dan sebagai remaja yang masih sibuk bergelumang dengan dunia media sosial, saya membaca tweet mengenai serangan Zionis laknatullah terhadap umat Islam di Gaza. Tiada apa yang saya mampu lakukan, sekadar berdoa kepada Allah, Tuhan Yang Satu, Yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani dengan linangan air mata kesedihan. Semoga kesengsaraan mereka di sana berakhir dengan segera, semoga mereka terus bertahan di bumi Gaza, semoga Allah merahmati mereka sentiasa. Amin Ya Rabbalalamin.

Entah di mana silapnya, kekejaman Israel ini dibiarkan berterusan. Entah sampai bila agaknya darah akan sentiasa melimpahi bumi. Entah bila mereka yang mempunyai suara suara besar, dipandang dunia akan turut sama mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan ini. Ujian untuk umat Islam, bukan hanya di bumi Gaza, tetapi di seluruh dunia. Bila umat Islam akan bersatu keseluruhannya? Sedangkan di Malaysia yang kecil ini, kita masih saling menuding jari, membantah sesama sendiri. 

Saya terpanggil untuk berkongsi pandangan mahasiswa dari Universiti Utara Malaysia yang saya terima melalui broadcast message BBM hari ini:

Kenyataan rasmi MPP UUM 
ISU: SERANGAN ISRAEL KE ATAS GAZA

1)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan serta bedilan roket yang dilepaskan oleh Israel terhadap negara Palestin. 

2)Serangan  ini secara terang mencabul hak kedaulatan negara Palestin.

3)Kami mahasiswa Universiti Utara Malaysia tanpa mengira latar belakang agama dan bangsa, melahirkan kecaman terhadap kezaliman tentera ZIONIS dalam isu ini.

4)Kami mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan Israel yang telah meragut nyawa orang awam.

5)Kami menyokong penglibatan aktif Malaysia di dalam OIC serta negara ISLAM dan badan dunia lain untuk menzahirkan kecaman terhadap kekejaman ISRAEL.

6)Kami menyeru kesepakatan negara liga Arab, negara ASEAN, serta negara-negara Islam yang lain untuk bersatu padu menzahirkan kecaman terhadap ISRAEL.

7)Kami mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap kebiadapan dan jenayah perang Israel yang dilakukan keatas rakyat Palestin.

Sekian.

Mewakili mahasiswa Universiti Utara Malaysia,
Ku Amirul Faiz Ku Seman
Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Utara Malaysia

019-4953489
Semoga usaha murni mereka diberkati. Dan marilah kita terus berdoa semoga serangan dihentikan dan umat Islam di sana selamat :')


28 September 2012

#Bajet2013 Hadiah Untuk Mahasiswa #AspirasiMahasiswa


Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.

Bertemakan Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, pembentangan bajet oleh YAB PM pada hari ini adalah transformasi menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Bajet 2013 ini juga telah meletakkan 5 fokus utama:
1.    Meransang aktiviti pelaburan
2.    Memperkasa pendidikan dan latihan
3.    Membawa inovasi, meningkat produktiviti
4.    Konsolidifikasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
5.    Mensejahtera rakyat

Antara yang menarik dalam pembentangan bajet adalah bonus sebulan setengah bagi penjawat awam, pemberian BR1M 2.0 yang diperluaskan lagi kepada golongan bujang, rebat RM200 untuk pembelian telefon bimbit bagi belia 21-30 tahun, dan lain-lain lagi.

BB1M bernilai RM250
Bagi mahasiswa, pemberian Baucar Buku 1Malaysia diteruskan lagi dengan penambahan nilai meningkat menjadi RM250. Hadiah yang sangat bermakna buat mahasiswa tambahan lagi dengan kemenangan Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu.

Bagi rakan-rakan yang mendapat pinjaman PTPTN pula, diskaun 20% akan diberikan sekiranya pembayaran secara penuh dijelaskan sebelum 1 Oktober 2013 manakala diskaun 10% diberikan sekiranya bayaran dijelaskan secara ‘on time’.

Dengan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion, semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.

Terima kasih PM.
We Love PM.

p/s: Jangan jual baucar tu lagi ye…Untungnya jadi mahasiswa. Syukur.

25 September 2012

Masa Untuk Saya Pilih #AspirasiMahasiswa

Salam Perpaduan, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Setelah membuat pemerhatian dalam tempoh berkempen ini, MU tertarik dan bersetuju dengan manifesto rakan-rakan ini. Jelas dan menyeluruh.

1.    Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa
2.    Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi kebolehpasaran mahasiswa.
3.    Keberkesanan penyampaian informasi yang mutakhir
4.    Memperkasa dan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan
5.    Pembudayaan semangat kesukarelawanan & kemasyarakatan
6.    Melestari kampus hijau mesra alam
7.    Pemantapan sistem praktikum menerusi jaringan luar yang berkesan
8.    Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat
9.    Pembangunan sukan yang mapan dan menyeluruh
10. Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar
 

Kepada rakan-rakan, mahasiswa-mahasiswi UUM, jalankanlah tanggungjawab anda.


 Waktu mengundi:
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:
DPP masing-masing (Pelajar berdaftar dengan DPP)
Pusat Kegiatan Pelajar, SAC (Pelajar tinggal di luar kampus)


MU Pilih


21 September 2012

Penamaan Calon MPPUUM, Perubahan Bakal Menang Besar #AspirasiMahasiswa



Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Penamaan calon bagi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UUM telahpun selesai semalam. Satu kejayaan besar bagi calon-calon Perubahan apabila gempar Transformasi Mahasiswa tidak menghantar calon untuk bertanding sebagaimana yang dimaklumkan sebelum INI. Saingan dilihat hanya berlaku antara calon-calon Perubahan dan calon-calon yang bertanding atas tiket bebas.

22 Calon telah pun menang tanpa bertanding bagi kawasan pemilihan mengikut kolej di mana pertandingan 3 penjuru hanya melibatkan 3 daripada 14 pusat pengajian yang terdapat di UUM. Bagi kawasan umum, 12 calon bertanding akan merebut 8 kerusi yang dipertandingkan. 

Berdasarkan pemerhatian MU, jelas ini juga salah satu bentuk pengkhianatan oleh Transformasi Mahasiswa aka Pro-Mahasiswa. Pengkhianat perjuangan dan harapan mahasiswa. Sepatutnya, peluang bertanding menjadi perwakilan pelajar inilah yang diambil sebagai ruang menjadi wakil mahasiswa. Dah terang-terang mereka ini hanya tin kosong yang hanya pandai berkata-kata atau lebih tepat “keyboard transformers”.


Permulaan yang baik buat calon-calon aspirasi mahasiswa dengan majoriti 2/3 telahpun dicapai. Semoga 36 kerusi yang dipertandingkan disapu bersih.

Tahniah juga buat rakan-rakan Aspirasi yang kekal unggul di UniMAP dan semoga berjaya buat rakan-rakan Aspirasi USM untuk penamaan calon yang akan berlangsung pada hari ini.

Ayuh kita sambut momentum kejayaan Aspirasi di UiTM, UniMAP, UTeM, UnisZa dan UTHM.

Lebih lagi sekitar hari penamaan calon semalam di UUM, klik SINI


p/s: Mahasiswa pilih pilihan raya dan bukannya jalan raya.

 

18 September 2012

Transformasi Mahasiswa UUM Umum Tidak Hantar Calon Untuk PRK

Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.


Transformasi Mahasiswa UUM harini mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar calon untuk PRK kali ini. 
  
Ibarat dalam mimpi, namun apakah motif mereka yang sebenar? Tidak menghantar calon Transformasi Mahasiswa tetapi mungkinkah atas tiket calon Pro-Mahasiswa? Nak tumpang populariti atau bagaimana?


Andaian MU, rakan-rakan Transformasi Mahasiswa sudah gentar dengan gelombang Perubahan yang membawa aspirasi mahasiswa.

p/s: Yang pergi beli borang semalam tu siapa? Propa.



Debat Edikoup VS Marwan, Konspirasi Gagal Pro-Mahasewel



Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Poster perdebatan antara Erdikoup Lakip Sediyanto, Pengerusi Pro-M UM dan Marwan Kahar, Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM mula tersebar. Mengikut poster, debat itu akan berlangsung pada malam ini, jam 9.00 malam di Akademi Pengajian Islam (APIUM).

Pendedahan BraderJai bahawa debat yang dijadualkan pada malam ini tidak lagi mendapat persetujuan daripada Marwan, siapa nak jawab? Debat syok sendiri?


Demokrasi atau konspirasi? Kalau mengadakan debat siap dengan promosi semuanya, tapi tanpa persetujuan bersama, adakah itu demokrasi Pro-Mahasewel?

Bukankah geng-geng Pro-Mahasewel ni sibuk menjerit mahukan keadilan, ketelusan.... Tapi, kalau diri sendiri tak mampu berlaku adil dan telus, MU cadangkan agar segeralah cermin muka. Sia-sia buat konvensyen, berarak dan menyemak.

Cuba banding beza kedua-dua gambar ini dan nilaikan.


Lebih lagi gambar. <KLIK SINI>

Andaian mudah MU, atas faktor ‘sambutan hangat’ semasa di sudut pidato inilah yang membuatkan geng Pro-Mahasewel ini semakin seronok menipu.

p/s: Kita lihat kembali 6 tuntutan mereka. Benarkah kampus akan bersih dengan golongan seperti ini? Tolak Pro-M.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?