SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Baucar Buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Baucar Buku. Papar semua catatan

28 September 2012

#Bajet2013 Hadiah Untuk Mahasiswa #AspirasiMahasiswa


Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.

Bertemakan Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, pembentangan bajet oleh YAB PM pada hari ini adalah transformasi menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Bajet 2013 ini juga telah meletakkan 5 fokus utama:
1.    Meransang aktiviti pelaburan
2.    Memperkasa pendidikan dan latihan
3.    Membawa inovasi, meningkat produktiviti
4.    Konsolidifikasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
5.    Mensejahtera rakyat

Antara yang menarik dalam pembentangan bajet adalah bonus sebulan setengah bagi penjawat awam, pemberian BR1M 2.0 yang diperluaskan lagi kepada golongan bujang, rebat RM200 untuk pembelian telefon bimbit bagi belia 21-30 tahun, dan lain-lain lagi.

BB1M bernilai RM250
Bagi mahasiswa, pemberian Baucar Buku 1Malaysia diteruskan lagi dengan penambahan nilai meningkat menjadi RM250. Hadiah yang sangat bermakna buat mahasiswa tambahan lagi dengan kemenangan Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu.

Bagi rakan-rakan yang mendapat pinjaman PTPTN pula, diskaun 20% akan diberikan sekiranya pembayaran secara penuh dijelaskan sebelum 1 Oktober 2013 manakala diskaun 10% diberikan sekiranya bayaran dijelaskan secara ‘on time’.

Dengan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion, semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.

Terima kasih PM.
We Love PM.

p/s: Jangan jual baucar tu lagi ye…Untungnya jadi mahasiswa. Syukur.

26 Mac 2012

BB1M: Lanjut Hingga 30 April


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pengumuman yang sepastinya menggembirakan mahasiswa seluruh Malaysia. Masih simpan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M)? Atau sudah habis baucar RM200 tersebut?



BB1M dilanjutkan sebulan lagi sehingga 30 April 2012

Terima kasih DS Khaled Nordin

Meskipun DS Khaled Nordin dihadiahkan dengan batu nisan oleh Pro-Mahasiswa pada 23 Mac yang lalu, masih ada hadiah yang bermakna buat seluruh mahasiswa.

p/s: Ada lagi yang masih simpan baucar? Jangan terburu-buru. Gunalah baucar sebaiknya ya.

19 Februari 2012

Pakat Mai pi Pesta Buku Utara 2012


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Mula-mula sekali, MU nak ucapkan
Selamat Kembali ke Kampus
Buat rakan-rakan mahasiswa di seluruh tanah air.

Permulaan semester baru ini, MU nak war-warkan mengenai pesta buku yang baru sahaja bermula pada hari ini khususnya buat rakan-rakan IPT Zon Utara.
     
Pesta Buku Utara 2012
Bermula 19 hingga 23 Februari 2012
Bertempat di Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyyah, Universiti Utara Malaysia



Buat rakan-rakan yang masih lagi mempunyai Baucar Buku1Malaysia, inilah masanya  untuk membelanjakan baucar anda.


31 Januari 2012

BB1M: UUM Kesal Tindakan Pelajar



SINTOK: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan memanggil 113 pelajarnya yang disyaki terbabit dengan kes penjualan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada sepasang suami isteri untuk siasatan sebelum mengambil tindakan sewajarnya. 
Naib Canselor UUM, Datuk Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak, berkata semua pelajar terbabit yang sudah dikenal pasti identitinya itu akan dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak universiti sejurus semester baru bermula pada 18 Februari ini. 
Beliau berkata, UUM kesal dengan tindakan pelajar terbabit yang menyalahgunakan baucar diberikan kerajaan untuk meringankan beban pelajar membeli buku akademik, dengan menjualnya kepada pihak lain. 
“Justeru, kita akan panggil semua yang terbabit yang mana majoritinya pelajar lelaki sejurus tamat cuti semester ini, untuk memberi penjelasan berhubung kes berkenaan dan akan mengambil tindakan jika perlu. 
“Bagaimanapun, kesalahan ini tidak boleh diletakkan di atas bahu pelajar semata-mata kerana ia tidak akan berlaku jika tidak ada pihak yang menawarkan perkhidmatan membeli baucar buku berkenaan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di UUM, semalam. 
Beliau mengulas kes penjualan BB1M membabitkan 113 pelajar UUM kepada pasangan suami isteri dengan harga RM180 sebagai pertukaran bagi baucar bernilai RM200, dengan RM20 adalah keuntungan suspek. 
Pasangan berkenaan berusia lewat 30-an yang dikatakan memiliki kedai buku di ibu negara ditahan polis malam kelmarin selepas siasatan mendapati mereka mendalangi kegiatan yang didedahkan media sebelum ini.  
Mengulas mengenai tangkapan itu, Mohamed Mustafa berkata, pihak pengurusan UUM mengesan mengenai kegiatan pasangan terbabit pada 9 Januari lalu, selepas suspek dikatakan menampal poster iklan berhubung perkhidmatan pembelian baucar berkenaan di sekitar kampus sebelum menjalankan siasatan. 
Katanya, pasangan suami isteri itu dikatakan menyewa di sebuah apartmen milik UUM untuk memudahkan urus niaga penjualan baucar itu dengan pelajar universiti terbabit. 
“Kita sudah bertindak awal dengan melaporkan kes ini kepada bahagian keselamatan UUM untuk siasatan sebelum berjaya memberkas pasangan berkenaan dan diserahkan kepada polis,” katanya. 
Sementara itu, Mohamed Mustafa, berkata pihaknya menyifatkan ia adalah kes terpencil memandangkan jumlah pelajar UUM yang terbabit dengan kes berkenaan adalah terlalu kecil iaitu 113 orang, berbanding 30,000 pelajar universiti itu yang mendapat BB1M.
“Saya percaya semua pelajar terbabit menyesal dengan perbuatan mereka selepas terpedaya dengan tawaran diberikan individu yang tidak bertanggungjawab itu,” katanya. 
Difahamkan, pasangan suami isteri berkenaan ditahan bahagian keselamatan UUM pada 15 Januari lalu kira-kira jam 3 petang di dalam apartmen yang disewa mereka. 

Sumber: Berita Harian
++++

MU petik daripada seorang Pengetua DPP di UUM.
 Pengetua sakit hati dan suruh pindah DPP?
Alahai, rasanya bukan Pengetua sahaja yang sakit hati.
Kalau disabit salah, kena penjara lagi sia-sia.

=====

Semoga siasatan ini mampu membuka mata semua untuk lebih prihatin baik mahasiswa mahupun mereka yang ingin mengambil peluang ke atas mahasiswa.

Sebagai mahasiswa, MU boleh faham rasanya dengan rakan-rakan semua. Harap 113 rakan-rakan siswa yang dipanggil dapat memberikan kerjasama sebaiknya.

Agak-agak, bagaimana pula kisah rakan-rakan yang lelong kat mudah.my ya? Belum lagi kedai-kedai buku yang lain.


Selamat menggunakan BB1M dengan sebaiknya !

23 Januari 2012

Salahguna BB1M: KPT Rampas Baucar Pelajar ?


Salam perpaduan,  Salam keamanan & Salam 1 Malaysia.

 
Artikel sebelum ini MU ada menulis mengenai Salahguna Baucar Buku oleh segelintir mahasiswa yang tidak bertanggungjawab.

Sekali lagi MU menulis artikel BB1M kerana terbaca bahawa ada ramai lagi rakan mahasiswa yang ingin menjual baucar berkenan. Jadi, biarlah ada yang bosan membaca tapi dapat hadam apa MU cuba sampaikan.

Istilah ‘salahguna’ digunakan kerana ia tidak digunakan dengan betul.


Printcreen di mudah.my
mudah.my| antara contoh yang ada

Membelanjakan baucar berkenaan untuk perkara-perkara yang tidak wajar bagi MU sudah memalukan. Inikan pula tindakan menjual dan melelong baucar berkenaan secara terbuka di internet.

Kepada:

1.    Mahasiswa yang tidak memerlukan BB1M berkenaan, anda sendiri seharusnya tidak perlu ambil baucar tersebut. Mungkin juga kepada kaki protes yang tidak kenal erti bersyukur.

2.    Mahasiswa yang suka-suka atau saja-saja nak menjual BB1M, fikirkan bagaimana anda telah membelanjankan baik biasiswa mahupun pinjaman PTPTN anda sebelum ini. Berapa banyak telah anda peruntukan untuk membeli bahan-bahan ilmiah berbanding kehendak duniawi?

3.    Mahasiswa yang benar-benar terdesak nak menjual BB1M, adakah anda benar-benar terdesak untuk menjual?

4.    Mahasiswa yang tak tahu nak buat apa dengan BB1M,  (senior-senior) sebenarnya kalau tak ambil pun tak mengapa rasanya. Tapi daripada tak tahu nak buat apa, ada beberapa cadangan untuk anda:
a)    Berikan kepada junior-junior yang lebih memerlukan.
b)    Tambahkan koleksi bahan ilmiah untuk ahli keluarga baik ibu, ayah, kakak, abang dan adik-adik. (Macam-macam material)
c)    Sebagai hadiah untuk diri anda. (Ikut minat pembacaan, tak pun buku-buku mengenai peluang kerjaya seperti menghadiri temu duga, panduan menulis resume, ilmu pengetahuan am dll).
d)    Paling tidak belanjakan untuk 1 buku ilmiah untuk anda selebihnya untuk orang-orang disekeliling anda.
e)    Alat tulis pun boleh kan?


MU petik dari maklum balas DS Khaled Nordin berhubung jualan baucar.

"Namun, agak sukar kita memantau kes seumpama ini kerana bilangan yang melakukan kesalahan terbabit adalah kecil berbanding 1.3 juta yang layak menerima insentif berkenaan. Bagaimanapun, jika dapat kesan mereka, kita akan rampas baucar kerana tidak dimanfaatkan untuk tujuan yang dimaksudkan." 
–DS Khaled Nordin

Mungkin ada yang rasa entry ini sedikit kebudak-budakkan. Maaf, MU cuba nak ajak rakan-rakan berfikir. 

Sejauhmana berhakkah kita ke atas baucar berkenaan sehingga kita berhak untuk salahgunakan baucar sesuka hati kita?

Berhakkah kita sehingga kita memberitahu dunia yang kita
sudah salahguna dengan menjual baucar yang diamanahkan?

Malu la hai…

Beli buku, tambah ilmu. Satu pelaburan yang tak susut nilai.
Tak rugi sebaliknya menguntungkan.

Tahniah bagi rakan mahasiswa yang menggunakan baucar berkenaan dengan baik.

+++ Dalam Akhbar:



p/s: Belanjakan baucar baik-baik. Tambah tolak ada tempoh 2 bulan lagi. Takut tak pasal-pasal, kena rampas balik lak?  Ooopss. 

# Ambil kesempatan ucapkan Selamat Tahun Baru Cina buat rakan-rakan Tiong Hua. Gong Xi Fa Cai.


12 Januari 2012

SALAHGUNA Baucar Buku RM200 ?


Salam perpaduan & Salam 1 Malaysia.


Baru-baru ni, pengagihan Baucar Buku 1 Malaysia merupakan hadiah yang bermakna bagi mahasiswa. Mana tidak, sekurang-kurangnya dapatlah juga buat tambahan membeli buku-buku khususnya buku pengajian. Tidak kurang juga, ada juga telah siap buat senarai buku yang hendak dibeli. Nikmat jauh lebih baik berbanding koleksi nota-nota dan buku-buku fotostat.

Cuma, baru-baru ni juga, terkejut MU bila terjumpa post ini.

Ada yang tukar jadi baucar tunai?
Benarkah?

Desas-desus ini juga turut diakui oleh TNC HEP Unimas, Prof Mohd Fadzil Abd Rahman. <Klik sini>

 MU terjumpa pula post ini,

 
++++
MU kagum dengan keprihatinan barisan kepimpinan MPPUUM mungkin hanya sekadar memo di FB. Tahniah.!!!
+++++++
Belek-belek fb, MU terjumpa pula gambar ni.


Kepada rakan-rakan MU, gunakan baucar ini sebaiknya. Rasanya tak sukar untuk terapkan nilai syukur tu. Mesti ada sebab kita dapat baucar dan bukannya cash kan? Mungkin kalau dalam bentuk cash, baucar buku tu takkan jadi buku.

Ada lagi yang UPDATE..MU terjumpa lagi...info dari KPT




Tahukah rakan-rakan?
Kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM260 juta untuk BB1M untuk kira-kira 1.3 juta mahasiswa.

p/s: Pesanan untuk rakan-rakan MU dan peringatan untuk MU sendiri. Jangan ralat sangat nak tunaikan atau belanja habis baucar, kerana kita boleh guna vaucar ni sampai sampai 31 Mac 2012. Gunakan secara berhemah. Kalau ada rasa yang tak nak baucar tu, hulur-hulurkanlah kepada yang berminat. Baucar tu datangnya dari duit rakyat yang sering kali dilaungkan. Oleh itu, MU harap Mahasiswa semua dapat gunakan amanat yang diberi dengan sebaikknya. Manfaat buku tidak ada penghujungnya..Tunai akan habis dalam sekelip mata jika tidak digunakan sebaik mungkin.

# Terima kasih Kerajaan untuk baucar ni.

17 Disember 2011

Baucar Buku 1Malaysia: NO NO Plagiat.

Salam 1 Malaysia rakan-rakan siswa.
 
Penyerahan replika Baucar Buku 1Malaysia.
 
Baucar buku RM200 yang bakal diterima kelak sepastinya berita gembira buat kita sebagai mahasiswa. Boleh dianggap sebagai hadiah peransang di samping menjimatkan lagi duit poket kita.

Baucar buku RM200 ini LAYAK DITERIMA oleh semua warga Malaysia berdaftar sebagai pelajar aktif di IPT awam (IPTA), IPT swasta (IPTS) dan politeknik serta mengikuti pengajian peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD), matrikulasi/asasi dan pengajian persediaan, termasuk pelajar Tingkatan Enam, secara sepenuh masa dan separuh masa di IPT dalam negara.

"Duit pun orang boleh cetak sendiri inikan pula baucar," Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi. 

Baucar buku RM200 yang akan diagihkan kepada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) akan dilengkapi ciri keselamatan bagi memastikannya tidak disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Baucar RM50 setiap satu yang dicetak Percetakan Nasional Berhad itu dilengkapi beberapa ciri keselamatan seperti nombor siri, reka bentuk Guilloche cetakan terbalik serta menggunakan kertas keselamatan.

Kerajaan memperuntukkan RM260 JUTA bagi baucar ini yang akan diterima oleh 1.3 juta pelajar IPT di seluruh negara dengan tempoh sah laku selama 3 bulan bermula 1 Januari hingga 31 Mac 2012.

p/s: Mahasiswa Utara percaya rakyat Malaysia khususnya kita sebagai mahasiswa merupakan golongan yang bertanggungjawab. Gunakanlah 4 keping baucar RM50 itu secara berhemah ya!

Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan. oops... teringat kes pemalsuan borang BR1M.
Sumber & diolah semula dari Bharian & Metro, 17 Disember 2011.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?