SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


20 Mac 2012

#AmanPalestin UUM: Hari ini, Hari terakhir.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Syabas & Tahniah atas keprihatinan barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia atas keprihatinan terhadap isu di Palestin.

Sahabat MU yang berada di UUM juga telah berkunjung ke kempen Aman Palestin di Universiti Utara Malaysia yang telah bermula pada 18hb Mac yang lepas dan kemuncaknya pada malam ini.


Banner ini ditandatangani oleh kebanyakan pelajar lelaki setelah selesai solat Jumaat pada 16hb Mac yang lalu.
Tanda sokongan kepada Aman Palestin.
Sebahagian daripada bahan pameran yang disediakan.


Dan, ini hadiah dari MU buat rakan-rakan mahasiswa Universiti Utara Malaysia =)



Moga Malaysia Sentiasa Aman

Hari ini, 20 Mac 2012 hari terakhir program Aman Palestin di Universiti Utara Malaysia. Antara aktiviti-aktiviti pada hari terakhir program adalah seperti berikut:


Tayangan Filem "Tears of Gaza"
Tempat: Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni (PBS)
Masa: 2 petang

Malam Tangisan Gaza
Tempat: Dewan Budi Siswa, Pusat Budaya dan Seni (PBS)
Masa:8.30 malam - 11 malam.


Masuk adalah percuma dan SIRA disediakan untuk pelajar UUM. Kutipan derma Aman Palestin juga akan diteruskan sepanjang program hari ini.


Dengan berakhirnya program Aman Palestin pada hari ini, tidak bermakna sampai sini sahaja sokongan kita yang cintakan keamanan. Oleh itu, teruskan menyokong program ini sehingga ke akhirnya dan bersama sama kita mendoakan keamanan buat rakyat Palestin. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dari-Nya dan Malaysia terus aman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?