SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


18 Mac 2012

#AmanKampus Fasa II: Dekati Rakyat Kedah


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

MU kembali untuk berkongsi coretan hari ini sekitar Aman Kampus. Harini, rakan-rakan Aman Kampus telah bersama-sama melaksanakan Info Siswa serta Modul Motivasi Dalam Kumpulan dan Siswa Cergas  bersama adik-adik penuntut Kolej Mara Kuala Nerang (KMKN). Bersejarah juga buat Aman Kampus kerana di KMKN inilah 2 modul baru diperkenalkan; Modul Siswa Taqwa dan Siswa Budaya.

Hampir 3 jam, antara jam 9 hingga 12 tengah hari,  rakan-rakan Aman Kampus telah bersama-sama mendapatkan info-info dan maklum balas rakyat Kedah di sekitar Pekan Rabu. Apa sebenarnya suara rakyat Kedah dikorek oleh rakan-rakan MU ini? MU sendiri tertanya-tanya. Mana tidak, suara rakyat di tanah utara kan?

Info Siswa di sekitar Pekan Rabu, Alor Star
Sesi petang, rakan-rakan Aman Kampus mendekati pula adik-adik KMKN dengan sesi LDK serta Siswa Cergas. Adik-adik di kolej ini antara pelajar cemerlang kerana belum lagi mendapat keputusan rasmi SPM tetapi sudah mendapat peluang di bawah Skim Pelajar Cemerlang (SPC).

Snap, snap, snap Bersama adik-adik KMKN.
 
Inilah barisan kita... Proses pembahagian kumpulan

Bersungguh-sungguh Abang Fasi.... 

Agak-agak, siapa yang kena? Haha... adik-adik KMKN vs abang-abang Fasi 

MU ambil peluang doakan yang terbaik untuk adik-adik. InsyAllah, 21 Mac 2012 kelak akan menjadi tarikh yang bermakna untuk adik-adik.

Sebelum undur diri, ole-ole MU untuk rakan-rakan pembaca.


Dunia Si Junior dan Dunia Si Veteran

Dunia si kecil itu adalah masa lepas kita
manakala
Dunia si tua itu mungkin masa depan kita.

p/s: 18 Mac; hari akhir Aman Kampus di KMKN. Moga semua berjalan lancar. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?