Salam Perpaduan, Salam
Keamanan & Salam 1Malaysia.
Aman Kampus telah memulakan
fasa 2. Pasti ada yang tertanya-tanya sejauhmana perkembangan dan dapatan
kajian rakan-rakan Aman Kampus. Bagi menjawab persoalan tersebut, MU kongsikan
laporan yang sepastinya eksklusif.
Bagi MU sendiri, maklum
balas daripada masyarakat itu yang menjadikan jelajah Aman Kampus ini lebih
bermakna di samping objektif-objektif lain penganjuran Aman Kampus. Usaha murni bagi kita khususnya mahasiswa mendapatkan respon secara langsung
daripada masyarakat atas keprihatinan isu-isu semasa. Oleh itu, MU kongsikan di sini maklum balas daripada 6,492 responden yang
terdiri daripada pelbagai bangsa, agama, sosio-ekonomi serta lapisan umur.
Antara dapatan kajian penting
meliputi:
1.
Persepsi negatif terhadap suasana kampus
2.
Gagasan 1Malaysia diterima baik oleh
masyarakat
3.
Kenaikan harga barang
4.
Kemudahan infrastruktur
5.
Kemiskinan rakyat
6.
Fahaman politik
7.
Birokrasi agensi Kerajaan
8.
Tuntutan anak muda
9.
Projek Lynas (Malaysia) Bhd
MAKLUM BALAS RAKYAT
Persepsi
Negatif Terhadap Suasana Kampus
–Wujud kegusaran dikalangan ibubapa mengenai suasana kampus yang
digambarkan oleh media seolah-olah berada dalam keadaan huru hara berdasarkan
beberapa insiden yang dicetuskan oleh kelompok minoriti mahasiswa yang
bertindak diluar batasan. Isu ‘Mahasiswa Pelampau’ menjadi topik popular dan
kerap kali disoal oleh masyarakat mengenai kesahihannya.
Gagasan
1Malaysia Diterima Baik oleh Masyarakat
–Berdasarkan soal selidik yang diedarkan, 85% daripada responden menyokong
gagasan 1Malaysia.
Kenaikan
Harga Barang
–Rata-rata masyarakat yang tinggal diluar bandar mahupun dibandaraya amat
sukar untuk menerima isu kenaikan harga barang walaupun isu ini telah
dijelaskan oleh pelbagai agensi kerajaan. Rakyat masih tetap enggan
menerimanya. Inisiatif Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) yang belum meluas
keseluruhan lokasi menyebabkan wujudnya rungutan dikalangan masyarakat mengenai
aspek keadilan pengagihan kemudahan.
Kemudahan
Infrastruktur
–Masih ada lagi kawasan diluar bandar yang mengalami masalah kerap kali
berlaku putus bekalan elektrik. Terdapat juga beberapa kemudahan yang telah
dijanjikan oleh kerajaan yang masih belum ditunaikan, antaranya Benteng Sungai
Pulau Ketam dan Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Masalah jalan rosak dan
longkang tersumbat adalah dapatan yang popular bagi setiap lokasi.
Kemiskinan
Rakyat
–Perlaksanaan Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan Program Mesra Rakyat
secara lansung telah membantu menyelesaikan masalah kemiskinan dikalangan
masyarakat luar bandar dan kota raya. Kecekapan pengagihan bantuan oleh jentera
kerajaan juga menerima rungutan daripada masyarakat. Masalah harga perumahan
yang sangat mahal juga ditimbulkan oleh masyarakat terutama mereka yang tinggal
di bandaraya (Pulau Pinang, Selangor dan Johor).
Fahaman
Politik
–Secara majoriti masyarakat yang ditemui menolak fahaman politik yang ganas
dan tidak mengutamakan keharmonian dan perpaduan sesama masyarakat. Selain itu
juga, mereka juga menolak demonstari jalanan yang dianggap sebagai tindakan
tidak bermoral dan hanya mementingkan perjuangan individu
semata-mata.
Birokrasi
Agensi Kerajaan
–Sebahagian besar masyarakat yang didekati telah menyatakan masalah
birokrasi yang mereka hadapi semasa berurusan dengan agensi kerajaan.
Masyarakat mengharapkan agensi kerajaan dapat mempercepatkan dan mempermudahkan
urusan mereka. Kadang-kadang kala permintaan sebahagian agensi tidak dapat
difahami dan dipenuhi oleh mereka diatas kebatasan ilmu pengetahuan yang
dimiliki.
Tuntutan
Anak Muda
–Isu penghijrahan anak muda ke bandar dilihat sebagai masalah kritikal yang
wujudkan dikalangan masyarakat luar bandar. Dikampung sudah kurang tenaga muda
yang akan mewarisi sosio budaya setempat. Isu ketiadaan pekerjaan yang menjamin
pendapatan yang mencukupi menjadi penyebab utama penghijrahan tersebut.
Terdapat juga rungutan mengenai pelanjutan umur persaraan penjawat awam kepada
60 tahun sebagai meningkatkan lagi masalah pengangguran dikalangan anak muda
sama ada graduan atau sebaliknya. Aktiviti kemasyarakatan atau sosial semakin
berkurangan di kawasan luar bandar kerana kurangnya tenaga muda. Manakala, di
kota juga menghadapi masalah yang sama kerana anak muda juga sibuk
bekerja.
Projek
Lynas (Malaysia) Berhad
–Secara keseluruhan masyarakat masih tidak mengetahui perkara sebenar
mengenai isu Lynas dan sebahagian mereka menerima maklumat hanya daripada
dakyah pembangkang melalui ceramah politik, kain rentang, flyers dan media
baru. Strategi yang kreatif dan pro aktif harus digerakkan untuk membuktikan
keselamatan dan kebaikan projek Lynas ini kepada negara terutamanya masyarakat
tempatan. Contohnya, ribuan peluang pekerjaan yang disediakan oleh pihak Lynas.
Siri penerangan ini juga perlu diadakan secara santai di pusat pengajian tinggi
agar golongan cerdik pandai ini diberi permahaman yang jelas agar mereka tidak
hanya bergantung kepada persepsi semata-mata. Akhirnya, mereka menyampai pula
kepada rakyat maklumat yang tidak benar.
< Laporan penuh di Harapan Esok >
p/s: Inilah suara dan hasil usaha
anak muda yang cintakan keamanan. Tahniah Aman Kampus. Selamat berjuang untuk
Fasa 2 pula.
Yakin dan pasti, mahasiswa #AmanKampus tidak akan seperti mereka di
bawah ini.
Ish
Ish Ish
Tiada ulasan:
Catat Ulasan