Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
Sedia maklum PR Kampus masih jauh lagi, namun
bahang-bahang PR Kampus seolah-olah terkena tempias PR Umum. Kerana tempias ini
juga Adam Adli menjadi ‘selebriti’ tambahan pula insiden di Kampung Kerinchi.
UUMleaks yang baru aktif pada 30 Mac 2012 |
EKSKLUSIF dari Utara, MU cuba dapatkan respon daripada barisan kepimpinan MPPUUM. MU bawakan temu bual ringkas
bersama Saudara Ku Amirul Faiz Ku Seman, Timbalan Yang DiPertua MPPUUM rentetan
tuduhan-tuduhan yang dilontarkan oleh sebuah blog kepada barisan kepimpinan
MPPUUM.
+++
MU highlight
isi-isi perbualan yang menarik;
MU:
Dikatakan suasana politik kampus UUM mula panas di mana MPP UUM khususnya MPP
Perubahan mula ‘diserang’. Sejauhmana kebenaran ‘serangan’ yang ditujukan ?
Ku Amirul: Sebenarnya isu politik kampus ini hanya bagi
saya satu isu politik sempit dengan menyerang MPP Perubahan. Hal ini bermula
dengan kisah Aman Kampus di mana MPP UUM sendiri memberikan lampu hijau untuk Aman Kampus dijalankan. Kami menerima program
ini dilaksanakan kerana pengisian program tersebut bukan kerana anjuran
Aspirasi semata-mata. Sebaliknya objektif program yang baik, kita sokong.
MU:
Bagaimana dengan tuduhan-tuduhan yang dilontarkan bukan sahaja terhadap barisan
kepimpinan MPP bahkan pihak universiti?
Ku Amirul: Inilah wajah sebenar pihak ‘tertentu’. Kita
tahu siapa mereka. Tuduhan yang tanpa bukti bukan sahaja pada universiti bahkan
kepada Parlimen Mahasiswa UUM sendiri. Saya melihat, mereka khuatir sebenarnya
dengan harapan mereka untuk menguasai UUM. Anda baru sahaja memfitnah ketua kami, YDP MPPUUM.
Teruskan fitnah anda dan mungkin saya akan menjadi fitnah anda yang seterusnya.
Cuma ingat Allah itu asa dan Dia sebaik-baikNya.
Ku Amirul, juga merupakan pelajar jurusan undang-undang |
MU:
MPPUUM juga dikatakan tidak pernah buat sebarang kenyataan rasmi tentang isu
semasa. Katanya, serik diperbodohkan seperti dalam isu tanah dan cukai UUM.
Benarkah?
Ku Amirul: Keutamaan MPPUUM yang utama adalah memberi
fokus kepada kebajikan mahasiswa semasa. Banyak lagi isu mahasiswa semasa yang
perlu diberi perhatian. Andainya menjadi isu apabila tidak memberikan respon
terhadap isu nasional menjadi kayu ukur kepada MPP itu sendiri, bagaimana pula
dengan artikel yang telah diutuskan oleh saya sendiri mengenai kekurangan
perlaksanaan dasar perintah serta respond spontan yang diberikan oleh MPP UUM,
saudara YDP, SU Agong dan beberapa lagi MPPUUM dalam perjumpaan bersama
menteri-menteri untuk menyampaikan buah fikiran kita sebagai mahasiswa?
MU:
Bagaimana pula harapan saudara terhadap
tuan empunya blog serta rakan-rakan mahasiswa UUM?
Ku Amirul: Harapan saya mudah, andai hendak melemparkan
tomahan, dakwaan, anda merupakan sabahat terdekat YDP, Saudara Amer. Duduk dan
berbincanglah dengan YDP, semua yang YDP buat ada justifikasinya. Kepada
sahabat mahasiswa UUM, anda kenal siapa YDP anda, MPP-MPP anda, tidak perlu
termakan dengan tomahan serta lakonan pihak tertentu.
“Andai
mahasiswa beremosi, bermegah di alam maya,
berpencak
tanpa ilmu pencak, berhujah tanpa ilmu,
maka
malanglah masyarakat melaburkan sejumlah wang keringat
untuk
melahirkan pemimpin mereka.” – Ku Amirul
Klik SINI untuk lihat maklum balas dari Perubahan UUM. Kami bersama Amer Izzuddin.
p/s: Berhujahlah sebagai mahasiswa. Gunakan nikmat intelektual dan tatasusila sebaiknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan