Salam Perpaduan, Salam
Keamanan & Salam 1Malaysia.
Pembiayaan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenalkan pada 1997 bertujuan bagi
memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar di IPT tempatan sama ada degan
membayar separuh atau keseluruhan kos pengajian sepanjang tempoh mereka berada di
institusi berkenaan. Ditubuhkan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir manakala DS Anwar Ibrahim memegang portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada masa yang sama.
Baru-baru ini, Kerajaan
telah meluluskan lagi peruntukan tambahan sebanyak RM6 bilion bagi tempoh dua
tahun iaitu 2012 hingga 2013 sejajar
peningkatan bilangan mahasiswa sebanyak 8.8 peratus atau bersamaan 202, 339
tempat pada sesi ini. Sekiranya PTPTN dimansuhkan Kerajaan perlu menanggung kos
sehingga RM43 bilion. Jika dibandingkan jumlah subsidi yang ditanggung oleh
Kerajaan bagi tempoh antara tahun 2006 sehingga 2010, jumlah subsidi yang
dibayar Kerajaan paling tinggi adalah pada tahun 2008 berjumlah RM35.2 bilion. Sekiranya
PTPTN mansuh, sesuatu yang kita perlu pertimbangkan bagaimana kos RM43 bilion
tersebut akan ditanggung. Ramalan mudah, kadar cukai yang akan ditanggung oleh
rakyat hari ini akan menjadi lebih tinggi.
Malaysia telah diiktiraf di
peringkat global apabila menduduki tempat kedua dalam keutamaan dalam bidang
pendidikan di peringkat ASEAN setelah Singapura dan tempat ke-14 di peringkat
keseluruhannya. Ini yang terkandung dalam Laporan Daya Saing Global 2011/2012
yang dikeluarkan oleh Forum Eknomi Dunia (WEF).
Tahukah kita, sehingga 20
Februari lalu, 1.9 juta peminjam sudah pun menerima RM43.6 bilion pembiayaan
PTPTN. Jumlah yang sangat besar. Jika dilihat dari aspek bantuan pendidikan,pula,
purata bantuan yang diterima oleh seorang murid sekolah rendah setahun ialah
RM6,354.50 manakala RM 6,941.00 bagi sekolah menengah.
Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan peruntukan RM260 juta kepada hampir
1.3 juta pelajar juga hadiah yang bermakna daripada Kerajaan. Belum lagi perbelanjaan lain-lain Kerajaan semata-mata untuk pendidikan.
Satu penemuan yang agak
menarik apabila ditemui bahawa idea untuk mansuhkan PTPTN ini datang dari
seorang mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada tahun 2010 dan bukan asalnya dari pihak pembangkang. Dikatakan 90% daripada undi anak muda akan jadi milik Pakatan Rakyat sekiranya PTPTN berjaya dimansuhkan. Kini apabila semboyan PRU 13 hampir tiba,
mereka mula memetik idea ini. Menjaja seolah-olah ia milik mereka
sebagaimana yang dijanjikan oleh DS Anwar Ibrahim pada 22 Mac lalu di Lukut,
Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Tak mustahil juga, si pencadang kini sudah
berada dalam kepimpinan yang sama.
Sekiranya diimbau kembali
pada tahun 2007, isu pemansuhan caj pentadbiran pinjaman PTPTN juga agak panas
diperdebatkan. Caj 3 peratus pada setiap tahun pinjaman membuatkan mahasiswa merasakan
diri mereka terbeban. Hinggalah diperkenalkan pula sistem Ujrah di mana
peminjam ditawarkan tukaran pinjaman sedia ada 3% atau 5% menjadi 1%.
PTPTN tidak sepatutnya
menjadi isu ketidakprihatinan Kerajaan terhadap mahasiswa sebaliknya isu ini muncul
akibat kerisauan mereka tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Isu
kebolehpasaran mahasiswa sendiri pula muncul. Saban tahun, beribu-ribu
mahasiswa akan bergraduasi, namun bagaimana pula dengan peluang pekerjaan untuk
mereka? Kebimbangan mereka ini memberi ruang kepada pembangkang untuk mencuri
hati anak muda, untuk bangkit dan protes. Mungkin juga anak muda ini tidak tahu
peluang-peluang pekerjaan yang dijanjikan Kerajaan di samping program-program
latihan yang dilaksanakan seperti GEMS dan sebagainya.
Oh ya, bagaimana kita ingin
menjadi mahasiswa yang berdaya saing dan produktif sekiranya pencapaian
akademik tidak seberapa di samping lemah dengan kemahiran soft-skill? Persoalan yang harus dipertimbangkan dan direnungkan.
Kita sedar dan sedia maklum dunia semakin mencabar, tetapi apa pula usaha kita
dalam mendepani arus globalisasi? Jangan mudah tunding jari seandainya silap
itu datang dari kita sendiri.
Hutang tidak mampu
dilangsaikan sehingga di blacklist,adakah salah Kerajaan juga? Malu hendak kata, setiap kali semester baru
bermula, persoalan biasa ditujukan ‘bila duit PTPTN masuk?’. Belum lagi terima,
senarai barang yang hendak dibeli sudah berjela-jela. Mungkin juga, untuk
perbelanjaan lain yang menjadi kehendak yang melebihi keperluan. Duit untuk yuran
terus ditolak, baki hampir ¾ daripadanya adalah untuk belanja harian.Tiada hak untuk mempersoalkan bagaimana pinjaman dibelanjakan.
Kita juga tahu, seandainya
keputusan kita cemerlang, pinjaman PTPTN akan bertukar menjadi biasiswa. Kenapa
tidak rebut peluang seperti itu? Kalau benar susah, kenapa tiada usaha dan
anggap sebagai cabaran? Tidak mudah untuk senang. Duit-duit itu juga hak
rakyat. Adakah layak kita terima biasiswa seandainya pelajaran kita sendiri
entah ke mana? Dan sekiranya kita sebagai pembayar cukai, mahukah kita menaja
mereka yang gagal? Jangan kita lupa, duit yang kita terima itu juga hak mereka.
Persoalan demi persoalan
timbul. Sekiranya Kerajaan baru dibentuk bermanifestasikan Buku Jingga, adakah
semua yang terkandung dalam buku tersebut akan dikotakan? Salah satu daripada
item dalam Buku Jingga adalah untuk merombak subsidi negara dengan mengurangkan
subsidi swasta dan salurkan kepada rakyat. Subsidi kepada pihak swasta tidak
patut dilihat sebagai penghalang kerana subsidi seperti ini yang mampu
merancakkan ekonomi negara. Jika diletakkan kebergantungan yang tinggi pada
Petronas semata-mata, adakah ia cukup? Mungkin ya,
tapi hanyalah untuk satu tempoh.
Mansuh PTPTN yang
dicanangkan seolah-olah tidak jelas bagaimana perlaksanaannya. Melihat kepada contoh
perkiraan yang diberikan Pakatan Rakyat, seolah-olah hanya mahu memberikan
pendidikan percuma di IPTA sahaja. Bagaimana pula dengan peminjam PTPTN yang
belajar di IPTS? Ataupun, akan tiada lagi IPTS di Malaysia? Perkiraan juga
hanya menggambarkan hanya untuk menjelaskan yuran pengajian semata-mata.
Bagaimana pula untuk wang saku dan perbelanjaan lain? Seharusnya, penjelasan
yang lebih jelas diperlukan.
Apabila mengetahui ada
sekumpulan rakan siswa yang akan berhimpun bagi memansuhkan PTPTN, andaian yang
dibuat adalah mereka hipokrit dan mementingkan diri mereka semata-mata.
Siapa yang tak suka, pinjaman termansuh hanya dengan menunjukkan protes kepada Kerajaan? Memberikan
satu undi dan hutang termansuh? Itulah harga undi anak muda untuk masa depan
Agama, Bangsa dan Negara. Jika dinilai, Kerajaan telah lama melaksanakan konsep
negara berkebajikan dan bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan. Namun begitu, rentetan isu seperti ini, Kerajaan dilihat perlu segera mencuri hati anak muda sebaiknya.
Berjuang
untuk mansuhkan PTPTN, ternyata tindakan pentingkan diri.
Rujukan:
Rujukan:
2.
Laporan Kedudukan Daya Saing Malaysia 2011-2012, SINI
3.
Subsidi di Malaysia, SINI
4.
Surat mansuh PTPTN, SINI
5.
Intipati Bajet 2012, SINI
_____________
p/s: Benarkah Kerajaan
Malaysia pada hari ini tidak peka dengan kebajikan mahasiswa atau mahasiswa
sendiri sebenarnya tidak peka dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan?
Maafkan MU andai entry ini seolah-olah tidak menyebelahi rakan-rakan, cumanya MU
hanya ingin mengajak rakan-rakan berfikir dan menilai.
Janji penggerak undi. Cakap DSAI langsung takboleh percaya.
BalasPadam