SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label dsai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dsai. Papar semua catatan

22 April 2012

EKSKLUSIF: Surat Terbuka Buat Anwar Ibrahim. 5 Permohonan Mahasiswa


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Perkongsian daripada inbox email MU.

Apakah jawapan kepada persoalan ini ?
__________________________________________
Surat terbuka kepada Anwar Ibrahim

Assalamuailaikum Dato’ Seri, saya merupakan peminat setia Dato’ Seri. Saya juga mengikuti perkembangan Dato’ Seri dari tahun 1998 sehinggalah Dato’ Seri dibebaskan.
Namun Dato’ Seri surat ini saya utuskan untuk memohon pertimbangan dari Dato’ Seri beberapa perkara.
1)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempergunakan mahasiswa untuk kepentingan politik Dato’ Seri
2)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak mempromosikan gerakan membuang masa politik Dato’ Seri kerana kawan-kawan saya perlukan masa untuk menuntut ilmu.
3)    Saya memohon agar Dato’ Seri tidak lupa yang Dato’ Seri antara insan bertanggung jawab mengenai PTPTN
4)    Saya memohon Dato’ Seri jangan membawa budaya politik lapuk dengan mendidik pemimpin mahasiswa saya berdemo tak tentu hala
5)    Saya memohon Dato’ Seri agar terus menjadi ketua Pembangkang yang terpuji dari segi akhlak dan perilaku dan tidak menjadi liabiliti kepada Malaysia

Ini adalah harapan saya seorang mahasiswa terhadap Dato’ Seri semoga Dato’ Seri dikurniakan hidayah dan taufiq menyelamatkan anak murid Dato’ Seri yang kian jauh dari masyarakat.

Saya menolak Demostrasi politik, saya menolak budaya memaki hamun pemimpin, saya sayang Malaysia. Semoga Dato’ Seri insaf dan bekerja untuk Malaysia, menerima keputusan rakyat, mempertahankan Raja-Raja Melayu.

______________
p/s: Terima kasih buat pengirim. MU dapat tahu, DSAI dikatakan memberikan pidato berdekatan dengan UUM semalam. ‘Seruan’ apalah agaknya ya? Seruan pergi berdemo?
Sama-samalah kita berpesan-pesan pada kebaikan.

15 April 2012

Berita Gembira buat ‘Mahasewel’. Tun M SOKONG PTPTN Mansuh.


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.
 
 
“... Kita boleh mansuh PTPTN, tapi orang minta mansuh sahaja yang terlibat,”.

Tun sokong PTPTN dimansuhkan? Pasti bekejar keriangan kumpulan anak muda yang ‘berjuang’ agar PTPTN dimansuhkan. Tahniah, usaha kalian membuahkan hasil. Memang tak terupaya rakan-rakan Aspirasi nak bersaing dengan geng kaki demo ni.

Sebelum mencurahkan air di tempayan, kita baca sama-sama dulu artikel bawah ni.


  +++
Perenggan ni pun menarik.

 KAH KAH KAH
SIAPA YANG KENA ???
 Berita penuh di SINI



“ Jika kita melihat orang Jepun, mereka sangat pemalu. Sekiranya mereka buat salah, ada yang sanggup bunuh diri. Tetapi orang kita kurang malu, dah keluar masuk penjara pun masih tak malu-malu,”. Tun M.

Haa.... Yang pandai berdemo tu, silalah belajar untuk MALU.


Ini MU petik apa yang disampaikan oleh Tun M. Agak-agaknya, apakah respon yang sepatutnya oleh anak muda? Duduk & Bantah ? Ataupun, kita sahut ini sebagai cabaran?

p/s: Klik SINI untuk melihat aksi-aksi anak muda yang syok sendiri.

08 April 2012

Mansuh PTPTN: Harga Undi Anak Muda


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) diperkenalkan pada 1997 bertujuan bagi memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar di IPT tempatan sama ada degan membayar separuh atau keseluruhan kos pengajian sepanjang tempoh mereka berada di institusi berkenaan. Ditubuhkan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir manakala  DS Anwar Ibrahim memegang portfolio sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan pada masa yang sama.

Baru-baru ini, Kerajaan telah meluluskan lagi peruntukan tambahan sebanyak RM6 bilion bagi tempoh dua tahun iaitu 2012 hingga 2013  sejajar peningkatan bilangan mahasiswa sebanyak 8.8 peratus atau bersamaan 202, 339 tempat pada sesi ini. Sekiranya PTPTN dimansuhkan Kerajaan perlu menanggung kos sehingga RM43 bilion. Jika dibandingkan jumlah subsidi yang ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh antara tahun 2006 sehingga 2010, jumlah subsidi yang dibayar Kerajaan paling tinggi adalah pada tahun 2008 berjumlah RM35.2 bilion. Sekiranya PTPTN mansuh, sesuatu yang kita perlu pertimbangkan bagaimana kos RM43 bilion tersebut akan ditanggung. Ramalan mudah, kadar cukai yang akan ditanggung oleh rakyat hari ini akan menjadi lebih tinggi.

Malaysia telah diiktiraf di peringkat global apabila menduduki tempat kedua dalam keutamaan dalam bidang pendidikan di peringkat ASEAN setelah Singapura dan tempat ke-14 di peringkat keseluruhannya. Ini yang terkandung dalam Laporan Daya Saing Global 2011/2012 yang dikeluarkan oleh Forum Eknomi Dunia (WEF). 

Tahukah kita, sehingga 20 Februari lalu, 1.9 juta peminjam sudah pun menerima RM43.6 bilion pembiayaan PTPTN. Jumlah yang sangat besar. Jika dilihat dari aspek bantuan pendidikan,pula, purata bantuan yang diterima oleh seorang murid sekolah rendah setahun ialah RM6,354.50 manakala RM 6,941.00 bagi sekolah menengah. Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) dengan peruntukan RM260 juta kepada hampir 1.3 juta pelajar juga hadiah yang bermakna daripada Kerajaan. Belum lagi perbelanjaan lain-lain Kerajaan semata-mata untuk pendidikan.
Satu penemuan yang agak menarik apabila ditemui bahawa idea untuk mansuhkan PTPTN ini datang dari seorang mahasiswa Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) pada tahun 2010 dan bukan asalnya dari pihak pembangkang. Dikatakan 90% daripada undi anak muda akan jadi milik Pakatan Rakyat sekiranya PTPTN berjaya dimansuhkan. Kini apabila semboyan PRU 13 hampir tiba, mereka mula memetik idea ini. Menjaja seolah-olah ia milik mereka sebagaimana yang dijanjikan oleh DS Anwar Ibrahim pada 22 Mac lalu di Lukut, Negeri Sembilan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Tak mustahil juga, si pencadang kini sudah berada dalam kepimpinan yang sama.

Sekiranya diimbau kembali pada tahun 2007, isu pemansuhan caj pentadbiran pinjaman PTPTN juga agak panas diperdebatkan. Caj 3 peratus pada setiap tahun pinjaman membuatkan mahasiswa merasakan diri mereka terbeban. Hinggalah diperkenalkan pula sistem Ujrah di mana peminjam ditawarkan tukaran pinjaman sedia ada 3% atau 5% menjadi 1%.

PTPTN tidak sepatutnya menjadi isu ketidakprihatinan Kerajaan terhadap mahasiswa sebaliknya isu ini muncul akibat kerisauan mereka tidak mampu untuk membayar balik pinjaman. Isu kebolehpasaran mahasiswa sendiri pula muncul. Saban tahun, beribu-ribu mahasiswa akan bergraduasi, namun bagaimana pula dengan peluang pekerjaan untuk mereka? Kebimbangan mereka ini memberi ruang kepada pembangkang untuk mencuri hati anak muda, untuk bangkit dan protes. Mungkin juga anak muda ini tidak tahu peluang-peluang pekerjaan yang dijanjikan Kerajaan di samping program-program latihan yang dilaksanakan seperti GEMS dan sebagainya.

Oh ya, bagaimana kita ingin menjadi mahasiswa yang berdaya saing dan produktif sekiranya pencapaian akademik tidak seberapa di samping lemah dengan kemahiran soft-skill? Persoalan yang harus dipertimbangkan dan direnungkan. Kita sedar dan sedia maklum dunia semakin mencabar, tetapi apa pula usaha kita dalam mendepani arus globalisasi? Jangan mudah tunding jari seandainya silap itu datang dari kita sendiri.

Hutang tidak mampu dilangsaikan sehingga di blacklist,adakah salah Kerajaan juga? Malu hendak kata, setiap kali semester baru bermula, persoalan biasa ditujukan ‘bila duit PTPTN masuk?’. Belum lagi terima, senarai barang yang hendak dibeli sudah berjela-jela. Mungkin juga, untuk perbelanjaan lain yang menjadi kehendak yang melebihi keperluan. Duit untuk yuran terus ditolak, baki hampir ¾ daripadanya adalah untuk belanja harian.Tiada hak untuk  mempersoalkan bagaimana pinjaman dibelanjakan.

Kita juga tahu, seandainya keputusan kita cemerlang, pinjaman PTPTN akan bertukar menjadi biasiswa. Kenapa tidak rebut peluang seperti itu? Kalau benar susah, kenapa tiada usaha dan anggap sebagai cabaran? Tidak mudah untuk senang. Duit-duit itu juga hak rakyat. Adakah layak kita terima biasiswa seandainya pelajaran kita sendiri entah ke mana? Dan sekiranya kita sebagai pembayar cukai, mahukah kita menaja mereka yang gagal? Jangan kita lupa, duit yang kita terima itu juga hak mereka.

Persoalan demi persoalan timbul. Sekiranya Kerajaan baru dibentuk bermanifestasikan Buku Jingga, adakah semua yang terkandung dalam buku tersebut akan dikotakan? Salah satu daripada item dalam Buku Jingga adalah untuk merombak subsidi negara dengan mengurangkan subsidi swasta dan salurkan kepada rakyat. Subsidi kepada pihak swasta tidak patut dilihat sebagai penghalang kerana subsidi seperti ini yang mampu merancakkan ekonomi negara. Jika diletakkan kebergantungan yang tinggi pada Petronas semata-mata, adakah ia cukup? Mungkin ya, tapi hanyalah untuk satu tempoh.

Mansuh PTPTN yang dicanangkan seolah-olah tidak jelas bagaimana perlaksanaannya. Melihat kepada contoh perkiraan yang diberikan Pakatan Rakyat, seolah-olah hanya mahu memberikan pendidikan percuma di IPTA sahaja. Bagaimana pula dengan peminjam PTPTN yang belajar di IPTS? Ataupun, akan tiada lagi IPTS di Malaysia? Perkiraan juga hanya menggambarkan hanya untuk menjelaskan yuran pengajian semata-mata. Bagaimana pula untuk wang saku dan perbelanjaan lain? Seharusnya, penjelasan yang lebih jelas diperlukan.

Apabila mengetahui ada sekumpulan rakan siswa yang akan berhimpun bagi memansuhkan PTPTN, andaian yang dibuat adalah mereka hipokrit dan mementingkan diri mereka semata-mata. Siapa  yang tak suka, pinjaman  termansuh hanya dengan menunjukkan protes kepada Kerajaan? Memberikan satu undi dan hutang termansuh? Itulah harga undi anak muda untuk masa depan Agama, Bangsa dan Negara. Jika dinilai, Kerajaan telah lama melaksanakan konsep negara berkebajikan dan bidang pendidikan sentiasa menjadi keutamaan. Namun begitu, rentetan isu seperti ini, Kerajaan dilihat perlu  segera mencuri hati anak muda sebaiknya.

Berjuang untuk mansuhkan PTPTN, ternyata tindakan pentingkan diri.

Rujukan:

1.    Hansard Parlimen, SINI & SINI
2.    Laporan Kedudukan Daya Saing Malaysia 2011-2012, SINI
3.    Subsidi di Malaysia, SINI
4.    Surat mansuh PTPTN, SINI
5.    Intipati Bajet 2012, SINI

_____________
p/s: Benarkah Kerajaan Malaysia pada hari ini tidak peka dengan kebajikan mahasiswa atau mahasiswa sendiri sebenarnya tidak peka dengan apa yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan?

Maafkan MU andai entry ini seolah-olah tidak menyebelahi rakan-rakan, cumanya MU hanya ingin mengajak rakan-rakan berfikir dan menilai.

07 April 2012

Mahasiswa TOLAK Demonstrasi. Kenapa PETIK kami lagi?


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Ini lagi cerita dongeng,



Bagi MU, mungkin ada yang terlupa
MAHASISWA TOLAK DEMONSTRASI.
MAHASISWA TOLAK BERSIH 3.0


Ini antara suara kami, Mesej kami sama.


 Adakah perlu untuk mahasiswa ke jalan raya sebelum pilihan raya berlagak seperti hantu raya?


p/s: Bagi MU, kalau ada mahasiswa yang turun, 24 April kelak, bukanlah semata-mata kerana faham dengan tuntutan pilihan raya sebaliknya lebih berminat akan gula-gula yang dijanjikan PR. Klik SINI & SINI

02 April 2012

Mansuh PTPTN Gula-Gula Untuk 'Mahasewel'



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Pelbagai reaksi muncul apabila DSAI melontarkan janjinya untuk memansuhkan PTPTN baik dari kalangan mahasiswa dan masyarakat. Ada yang terlalu taksub sehingga sekali lagi ingin menganjurkan perhimpunan katanya. Bagi MU, ini jelas membuktikan DSAI semakin dahagakan undi pengundi muda.
Bermula semenjak kita dihantar menuntut ABC, Alif Ba Ta, sedar atau tidak kita sebenarnya telah menikmati nikmat pendidikan yang diberikan. Melangkah dari satu zaman ke zaman; sekolah rendah, sekolah menengah, pra-universiti, matrikulasi dan institusi pengajian tinggi. Diberi bantuan skim pinjaman buku teks (SPBT), bantuan rancangan makanan tambahan (RMT), serta prasarana sekolah yang sentiasa ditambah baik di samping para guru-guru terlatih. Masih ingat?

Mahasiswa didefinisikan sebagai pelajar yang belajar di universiti. Bermula daripada Diploma, Sarjana muda, Sarjana dan hinggalah ke peringkat Doktor Falsafah baik secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Benda ini pun, MU percaya kita sedia maklum.

Katakanlah apa yang dijanjikan pemilik Buku Jingga ini dilaksanakan, tidak mustahil semua rakyat Malaysia ini akan menyambung pengajian. Pada saat itu, adakah kerajaan Buku Jingga mampu mengotakan janji mereka? Ya, mereka boleh sepastinya kos itu semua akan ditanggung oleh rakyat semula dengan pengenaan cukai yang lebih tinggi sebagaimana Sweeden, Norway dan Denmark yang memberikan pendidikan percuma namun cukai yang lebih tinggi kepada rakyatnya.

Mungkin juga nikmat subsidi yang diperoleh kini akan ditarik sedikit demi sedikit. Tiada yang mustahil. Subsidi bahan keperluan asas seperti gula, minyak, tepung dan lain-lain lagi yang dinikmati semua rakyat perlulah diambil kira. Kita sendiri sebagai mahasiswa tidak boleh menolak bahawa itulah subsidi- subsidi ini telah lama ditanggung oleh Kerajaan. Telah lama dilaksanakan konsep Negara Berkebajikan.

PTPTN diberikan sebagai pilihan dan bukannya paksaan. Jumlah yang diberikan pula ¼ daripadanya adalah untuk pembayaran yuran manakala selebihnya adalah untuk sara hidup dan perbelanjaan kita. Cubalah dibayangkan seandainya tanpa mendapat pinjaman seperti ini, mampukah kita sebagai mahasiswa untuk memberi tumpuan pada pengajian, mendapat keputusan yang cemerlang sekiranya pada masa yang sama terpaksa bekerja sampingan? Bukankah dengan pinjaman yang diberikan memberi peluang untuk kita lebih fokus pada pelajaran dan sebagai imbal-balik keputusan cemerlang, pinjaman akan bertukar menjadi biasiswa?

Adakah wajar untuk kita meminjam tetapi tidak bayar semula? PTPTN ibarat satu konsep tabung yang sentiasa berpusing. Kita diberi pinjaman, dan membayar pinjaman semula agar adik-adik kita kelak akan mengulangi kitaran yang sama. Jika tidak, bagaimana nasib generasi akan datang untuk mendapat pendidikan? Tundingan jari kepada Kerajaan kerana gagal memberikan pendidikan kepada rakyat.

Kalaulah ada yang rasa terbeban perlu membayar pinjaman, merasakan diri mereka teraniaya mendapat PTPTN, MU percaya anda sebenarnya lebih teraniaya dengan janji-janji DSAI. Sebagai mahasiswa, cubalah berfikir rasional. Apa yang dijanji memanglah berita baik untuk mahasiswa cumanya adakah ia yang terbaik untuk semua kelak? Kalau benar kita sebagai mahasiswa, berfikirlah secara kolektif dan untuk jangka masa panjang.

Jika Kerajaan tidak mengambil berat isu Pendidikan, apa mungkin peruntukan sebanyak RM50.1 bilion iaitu bersamaan 21.6% daripada keseluruhan Belanjawan 2012 adalah semata-mata untuk pendidikan dan pembangunan modal insan? Belanjawan 2012 Klik SINI. Tambahan dana RM6 biliion untuk PTPTN bagi 2012-2013 juga telah diumumkan.
  
Benar, ILMU itu hak semua rakyat. ILMU itu bukan bahan dagangan.
Tetapi sedar atau tidak, ILMU juga BUKAN untuk DIPOLITIKKAN.

 +++
 
Sebelum terus melalak pada 14 April 2012 kelak,
Adakah anda benar-benar terbeban atau menambah beban anda?
Adakah anda sendiri sebagai beban?
++
Apa pula sumbangan anda kepada Agama, Bangsa & Negara ?




p/s: Manalah tak seronok kalau PR memerintah, semua masuk Universiti bersuka-ria. Tak payah nak risau kalau gagal, kan? Hurm, #AmanKampus sibuk buat tour bawa Aspirasi Mahasiswa, Pro-M ajak buat demo... Haha..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?