SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


12 Jun 2012

Pendidikan Percuma: Bulat Sudah Hati Anak Muda



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Hari ini, kerajaan Buku Jingga sudah boleh tidur lena dibuai mimpi indah apabila PTPTN menarik balik keputusan pembekuan PTPTN bagi pelajar-pelajar UNISEL. Tidak perlu lagi mencanangkan ketulusan mereka menggadaikan tanah yang ada semata-mata bagi memberi pendidikan percuma bagi hampir 1000 pelajar baru UNISEL.

Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR dan Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor sudah mula menghela nafas lega. Benarkah?

Apabila PTPTN menarik pinjaman PTPTN pelajar-pelajar UNISEL, bahkan sehingga dilabel tindakan membalas dendam, seharusnya pembangkang menjadikan ini sebagai peluang bagi membuktikan janji mereka menawarkan pendidikan percuma. Lihat sebagai cabaran dan peluang, tapi sekali lagi isu pendidikan dipolitikkan. MU melihat mereka termelatah lagi dengan tindakan mereka. 

Jika bagi menawarkan pendidikan percuma bagi sekumpulan kecil pelajar ini sudah kelam kabut sehingga perlu menjual tanah, bagaimana pula jika hendak menawarkan pendidikan percuma kepada seluruh rakyat Malaysia? Mungkinkah satu-satunya tanah merdeka bernama Malaysia ini akan digadai dan tergadai?

Cuba difikirkan sejenak di tempat rakan-rakan UNISEL. Bagaimana penerimaan mereka terhadap isu ini? Sebagai propaganda ataupun lebih membuka mata mereka? Namun MU percaya, mereka seharusnya perlu bersyukur diberi ruang mendapatkan pinjaman bagi melanjutkan pengajian mereka di institut pengajian tinggi. Pesan MU, gunakanlah peluang ini sebaiknya.

Masih ingat entry MU sebelum ini, #Mansuh PTPTN: Harga Undi Anak Muda. Jika belum, ambillah masa untuk membaca entry ini.

Persoalan buat rakan-rakan yang menyokong mansuh PTPTN, setelah apa yang berlaku ini, masihkah kalian akan memberi undi untuk Buku Jingga?

Memetik kembali kata-kata Tun Mahathir, “Tak perlu revolusi, tak perlu perang saudara, tak perlu Arab Spring. Hanya dengan satu undi, kerajaan akan jatuh atau dipilih semula berdasarkan kehendak rakyat,”.

Bukakanlah mata kalian wahai anak muda. Benarkah pendidikan percuma ini adalah harga undi kalian? Bukan kerana mentaliti subsidi semata-mata, namun ubahlah sikap mementingkan diri. Ayuh bangun bersama-sama bangunkan negara bangsa.

p/s: Berapa harga undi anak muda?

08 Jun 2012

Khalid Ismath: Gantung 3 Sem Anugerah Yang Diraikan


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Khalid Ismath bebas daripada dunia kampus. Kebebasan yang bagi beliau adalah satu anugerah untuk terus bergiat aktif dalam politik. Tahniah Khalid. Khalid ini sangat berbangga mendapat kebebasan ini. 

Maka adalah satu sia-sia apabila SMM dan penyokong-penyokong Khalid berkumpul dan berdemo semata-mata untuk membela Khalid Ismath ini. Sia-sia.
 
Jelas beliau memang merancang untuk digantung dan meletakkan dirinya mangsa penindasan dan aniaya kerana membawa suara anak muda.

3 Pertuduhan Ke Atas Khalid Ismath

Pertuduhan Pertama: Kerana tidak hadir ke kelas (Syarahan, Tutorial dan Ujian) selama 19 kali, (seperti yang dijadualkan) dan dituduh melanggar Kaedah 4, Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174.
Pertuduhan Kedua: Kerana telah membuat komen yang berbaur pencemaran ke atas imej dan nama universiti iaitu "Saya setuju jika semua polis dibunuh" dan;
Pertuduhan Ketiga: Kerana menunjukkan perbuatan yang tidak sopan dan tidak sepatutnya pada 14 April 2012 bertempat di sekitar kawasan Dataran Merdeka dengan menggunakan kata berbentuk ganas dan ugutan. "Jika tidak, tak lama lagi akan arwahlah Najib Tun Razak"; Komen yang tidak wajar ini telah membawa nama buruk kepada UiTM.

Macam mana dengan fahaman Syiah dibawa? Pelik jika ada yang menyokong dan taksub dengan Khalid Ismath ni. Masa masih lagi bergelar pelajar dah ‘terlalu bersopan’ serta meremehkan umdang-undang, bagaimanalah rupanya bila dah memegang kuasa?

p/s: Ada kata, UiTM perlu buang sahaja daripada gantung Khalid ni. Apa kata anda?

07 Jun 2012

#unisel4free: KJ Perjuangkan Nasib Pelajar UNISEL?

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

SHAH ALAM - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tidak wajar menyekat penuntut Universiti Selangor (Unisel) daripada terus menikmati kemudahan pinjaman agensi itu walaupun pembangkang berpendirian ia patut dimansuhkan, kata Khairy Jamaluddin hari ini.

Ketua Pemuda Umno menegaskan, para penuntut tidak seharusnya menjadi mangsa dalam perbalahan antara PTPTN dan Kerajaan Selangor.
"Walaupun terbukti Kerajaan Selangor gagal untuk memberikan pendidikan percuma kepada negeri yang ditadbir oleh mereka, perkara sebegini tidak seharusnya berlaku kerana keutamaan harus diberi kepada pelajar.

"Mereka ini datang daripada pelbagai kelompok, bukan semua berkemampuan untuk membayar yuran pengajian.

"Oleh itu PTPTN harus mengambil kira perkara tersebut sebelum membuat sebarang keputusan mengenai pembekuan itu," kata beliau dalam satu kenyataan SMS hari ini.
Semalam, pemimpin-pemimpin PKR termasuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengecam tindakan PTPTN menyekat kemudahan pinjaman kepada pelajar Unisel.
Unisel terletak di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Mereka mendakwa PTPTN mengambil tindakan itu atas arahan Khaled.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa Khaled menyekat kemudahan PTPTN kepada penuntut-penuntut Unisel.
"Saya mencabar Datuk Seri Khaled Nordin untuk menjelaskan kepada rakyat sama ada tindakan menyekat pinjaman PTPTN kepada pelajar Unisel ini adalah arahan beliau sendiri?
"Jika itu benar, tindakan itu perlu dikutuk dan beliau wajar meletakkan jawatan kerana mengamalkan politik berdendam yang tidak lagi sesuai dengan arus politik mutakhir," kata beliau.
Selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri semalam, Khalid berkata, Kerajaan Persekutuan tidak ada hak untuk menyekat permohonan pinjaman Perbadanan PTPTN pelajar-pelajar baru yang akan mendaftar di Unisel.
Sehubungan itu tegas Menteri Besar, tidak wajar mengheret pelajar yang tidak bersalah ke kancah politik.
________________________________

Terbayang-bayang masa debat antara KJ dan Rafizi tempoh hari. Kedua-duanya berbicara tentang pendidikan. Namun yang jelasnya, KJ lebih berperikemanusiaan berbanding Rafizi yang lebih gemar menabur janji.

Jika hampir 1000 lebih pelajar baru ini gagal mendapat pengajian percuma di UNISEL, maka tidak mustahil 1000 undi anak muda ini telah hilang buat PR. Oleh kerana hal inilah kelihatan kerajaan Selangor mula berbicara tentang aset tanah 500 ekar milik UNISEL.

Dengan kebijaksanaan DS Anwar Ibrahim, pasti ini bukan masalah.

#unisel4free: Menteri Balas Dendam Beku PTPTN ?


KENYATAAN AKHBAR
BERKAITAN ISU PEMBEKUAN
PERBADANAN TABUNG PENDIDIKAN TINGGI NASIONAL (PTPTN)
7 JUN 2012


1. Sejak akhir-akhir ini, terdapat suara dan desakan supaya pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

2. PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandangkan berat cadangan dan desakan tersebut, terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor, PTPTN beranggapan bahawa IPT yang dikuasai oleh kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bersedia dan komited untuk memberikan pendidikan percuma kepada para pelajarnya sekaligus menolak pinjaman PTPTN.

3. PTPTN percaya ada kesungguhan kerajaan negeri untuk melaksanakan pendidikan percuma dan dengan demikian, pinjaman PTPTN untuk para pelajar tidak diperlukan. PTPTN telah menimbang perkembangan ini dan membuat keputusan untuk menangguhkan pinjaman PTPTN kepada para pelajar Universiti Industri Selangor (UNISEL) buat sementara waktu. Keputusan ini telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

4.  Tambahan pula, terdapat kenyataan yang dibuat oleh Penasihat Ekonomi Selangor, Dato’ Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggesa agar peminjam tidak membayar PTPTN, akan menjejaskan keupayaan pembiayaan PTPTN di mana dana bayaran balik ini akan digunakan untuk membiayai pinjaman bagi pelajar yang sedang mengikuti pengajian termasuk di UNISEL.

5.  Dalam situasi begini, PTPTN perlu mengambil masa untuk mengkaji implikasi kewangan yang bakal ditanggung apabila peminjam tidak membayar balik dan sudah tentulah akan menjejaskan kemampuan PTPTN memberi pinjaman kepada pelajar baharu. Seterusnya, PTPTN akan membuat keputusan muktamad selepas berpuas hati mengenai pendirian dan jaminan UNISEL dalam perkara ini.

p/s: PTPTN dah beri ruang bagi PR laksanakan Dasar Pendidikan Percuma Buku Jingga. Tunggu apa lagi? Bermulalah di negeri sendiri dahulu. Anak-anak muda negeri lain khususnya kami di Utara ni ternanti-nanti. Jangan sekadar Occupy UNISEL sudahlah.

RON 97: Ia Lebih Dari Sekadar 10 Sen


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Berkuat kuasa harini, 7 Jun 2012 harga RON 97 dikurangkan daripada RM2.90 kepada RM2.80. Meskipun jumlah ini mungkin dilihat kecil, namun besar sebenarnya. 

Menurut Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Menteri Kewangan Kedua penurunan berikut disebabkan oleh penurunan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012. Tambahan pula, perubahan harga berlaku kerana harga runcit petrol RON97 ditetapkan secara apung terurus serta ditetapkan mengikut harga pasaran.

Sekiranya penurunan ini melibatkan RON 95 adalah lebih menggembirakan. Namun, jika tidak kerana subsidi Kerajaan, harga RON 95 bukanlah RM1.90 seliter tetapi RM2.93 seliter. Jimat hampir RM1.00 bagi setiap liter.

Bagi pelajar yang berkenderaan, majoriti menggunakan RON 95. Oleh itu, penjimatan nilai RM1.00 bagi setiap liter itu sangat besar bagi pelajar yang bergantung pada pinjaman mahupun biasiswa. MU percaya ramai lagi di luar sana yang menggunakan RON95.

Kerajaan jelas tepati janji dengan konsep Negara Berkebajikan. Buktinya dengan peningkatan subsidi petrol, diesel dan gas LPG sebanyak RM17 bilion tahun ini berbanding RM15 bilion sebelum ini. Bagaimana janji-janji yang ditagih daripada Pembangkang?

Paling mudah, janji untuk pendidikan percuma lagi-lagi di Unisel apa cerita? 

p/s: Terima kasih Kerajaan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?