SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


Memaparkan catatan dengan label Khalid Ismath. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Khalid Ismath. Papar semua catatan

08 Jun 2012

Khalid Ismath: Gantung 3 Sem Anugerah Yang Diraikan


Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

Khalid Ismath bebas daripada dunia kampus. Kebebasan yang bagi beliau adalah satu anugerah untuk terus bergiat aktif dalam politik. Tahniah Khalid. Khalid ini sangat berbangga mendapat kebebasan ini. 

Maka adalah satu sia-sia apabila SMM dan penyokong-penyokong Khalid berkumpul dan berdemo semata-mata untuk membela Khalid Ismath ini. Sia-sia.
 
Jelas beliau memang merancang untuk digantung dan meletakkan dirinya mangsa penindasan dan aniaya kerana membawa suara anak muda.

3 Pertuduhan Ke Atas Khalid Ismath

Pertuduhan Pertama: Kerana tidak hadir ke kelas (Syarahan, Tutorial dan Ujian) selama 19 kali, (seperti yang dijadualkan) dan dituduh melanggar Kaedah 4, Jadual Kedua, Kaedah-Kaedah Institusi Pelajaran (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1976 Akta 174.
Pertuduhan Kedua: Kerana telah membuat komen yang berbaur pencemaran ke atas imej dan nama universiti iaitu "Saya setuju jika semua polis dibunuh" dan;
Pertuduhan Ketiga: Kerana menunjukkan perbuatan yang tidak sopan dan tidak sepatutnya pada 14 April 2012 bertempat di sekitar kawasan Dataran Merdeka dengan menggunakan kata berbentuk ganas dan ugutan. "Jika tidak, tak lama lagi akan arwahlah Najib Tun Razak"; Komen yang tidak wajar ini telah membawa nama buruk kepada UiTM.

Macam mana dengan fahaman Syiah dibawa? Pelik jika ada yang menyokong dan taksub dengan Khalid Ismath ni. Masa masih lagi bergelar pelajar dah ‘terlalu bersopan’ serta meremehkan umdang-undang, bagaimanalah rupanya bila dah memegang kuasa?

p/s: Ada kata, UiTM perlu buang sahaja daripada gantung Khalid ni. Apa kata anda?

04 Mei 2012

Sorry, Khalid Ismath. Doktrinisasi Syiah: Lawan Tetap Lawan !

Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia.

5 Mei 1996, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam mewartakan Syiah sesat dan haram diamalkan di Malaysia.

 Sumber: e-Fatwa JAKIM


Kenapa sesat, Kenapa haram?

Syiah atau Rafidhah merupakan golongan yang mendakwa Sayyidina Ali lebih utama daripada sahabat-sahabat lain dan mengkafirkan sahabat-sahabat yang lain. Mereka percaya Imam Kedua Belas, Muhammad bin Hassan al-Askari al-Mahdi telah ghaib dan akan muncul ke dalam masyarakat setelah dunia dipenuhi dengan kezaliman dan kekacauan.

Syiah di Malaysia mula berkembang sekitar tahun 1979 iaitu selepas kejayaan Revolusi Iran dan bertambah meruncing apabila terdapat pensyarah yang menyebarkan fahaman Syiah Ja’fariyah di Institut Pengajian Tinggi.

Berbalik pada kisah Khalid Ismath. Cuba kita lihat dan berkenalan.

Khalid Mohd. Ismath
Jurusan Undang-Undang, UiTM Shah Alam
Naib Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI)



Ludah muka polis? Benci sangat nampaknya saudara kita seorang ni...
Ibu tua yang dipijak dan dibelasah pihak Polis?


Kenyataan Khalid Ismath ini; jelas mencuri perhatian ramai pihak.

"Saya setuju jika semua polis dibunuh. Kerana begini caranya mereka melayan rakyat. Jadi setiap kali demo, tidak ada rundingan dengan polis lagi. Lawan tetap lawan"



TGNA tahu Khalid Ismath ni Syiah. oooooo....???

 Hero Syiah, itulah gelaran bagi MU yang terbaik buat Pak Khalid Ismath.

 ++++

Melihat pula kepada kenyataan ada mahasiswa yang jelas mempertahankan Khalid Ismath sehingga sanggup berdemonstrasi semata-mata kerana beliau, doktrinisasi Syiah itu jelas menyerlah.

Pengakuan Khalid Ismath tentang betapa hard core keluarga mereka dalam kegiatan PAS, menimbulkan persoalan bagaimana penerimaan PAS terhadap fahaman Syiah? Sedia ada kini sudah maklum pembawaan ideologi Khalid Ismath, namun bagaimana kepimpinan yang ada ‘membimbing’ anak muda seperti ini?

Bagi MU, cukup-cukuplah dongeng yang nak dipermainkan oleh Khalid Ismath ni. Konsep yang mudah sebagaimana mereka-mereka yang menyokong DSAI dan Ambiga, kepimpinan yang menyokong budaya LGBT dan Seks Bebas. Rakan-rakan yang terpengaruh dengan Khalid ni perlu dibimbing semula akidah mereka supaya kembali kepada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

p/s: Dah sedia maklum dia pejuang Syiah, takkan nak sokong atau membela lagi? Lawan tetap lawan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?