SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


17 Disember 2012

Pengiktirafan PM Kepada Golongan Muda: Aset Bukannya Liabiliti



Salam Perpaduan, Salam 1Malaysia.

 
KUALA LUMPUR: Negara Islam perlu memahami dengan baik kehendak golongan muda dengan cara mengambil tahu dan mengerti perubahan demografi dan teknologi yang menyelubungi dan menjejaskan kehidupan mereka, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, dunia Islam sedang mengalami "kebanjiran golongan muda". Pada 2010, golongan di bawah umur 30 adalah kira-kira 60 peratus populasi di negara yang majoriti penduduknya Islam. "Populasi lebih muda bermakna tenaga kerja lebih banyak. Pelaburan dan modal lebih besar diperlukan untuk memenuhi keperluan kapasiti ini.

"Perubahan demografik yang besar boleh memberi impak kepada dasar fiskal untuk beberapa dekad, sepertimana dialami negara-negara "yang mencatatkan kadar kelahiran bayi tinggi". Daripada segi sosial, impak jangka pendeknya boleh menjadi lebih besar.

"Kebanjiran golongan belia memperkenalkan tenaga pendam kepada ekonomi dan masyarakat sesebuah negara. Jika dibiarkan, ia boleh menjadi tenaga penyahstabilan," kata Najib dalam artikel beliau bertajuk 'The Challenge of Muslim Youth' (Cabaran Belia Islam) yang diterbitkan dalam New York Times/International Herald Tribune, hari ini. 

Najib berkata, perubahan besar sedang berlaku di Timur Tengah dan Afrika Utara. 
"Masih terlalu awal untuk memuktamadkan puncanya, tetapi saya percaya 
faktornya adalah serupa: golongan muda dalam masyarakat Islam berdepan masalah kekurangan peluang. 

Beliau berkata, kebangkitan di negara Arab diterajui oleh golongan muda, dipacu teknologi dan disemarakkan oleh keinginan terhadap perubahan politik.  Dalam mendambakan sebuah masyarakat terbuka dan kerajaan yang lebih reponsif, beliau berkata, golongan muda Arab mempamerkan keinginan terhadap demokrasi. Tetapi mereka juga memperlihatkan rasa kehilangan yang amat ketara-bukan saja daripada segi kebebasan peribadi atau politik tetapi juga peluang. 

Najib berkata, pemberontakan yang berlaku adalah disebabkan pengagihan sumber secara tidak sekata.Bukannya sumber asli atau modal tetapi rakyat. 
"Kurangnya penyertaan golongan muda dalam ekonomi mewujudkan keadaan di mana ketegangan boleh memuncak - ketegangan yang disemarakkan oleh kurangnya pembaharuan politik. 

"Dengan pelucutan hak secara politik dan ekonomi, golongan muda mencari kepuasan kengan cara protes," katanya. 

 
<full artikel, klik sini>
  ++++++

Ini pengiktirafan yang bermakna daripada PM kepada golongan muda. Terima kasih PM.

Dalam artikel yang agak panjang ini, poin ini agak menarik buat MU.


Golongan muda dikaitkan dengan kekurangan peluang khususnya politik dan ekonomi sehinggakan menyebabkan golongan muda memprotes sebagai menunjukkan ketidakpuasan.
 &
 Kebanjiran golongan muda (tenaga pendam) yang dibiarkan mampu menjadi tenaga penyahstabilan.


Apa pendapat rakan-rakan? Setuju?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?