SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


31 Disember 2012

12 Tawaran #Bajet2013 Berkuat Kuasa Esok



12 Tawaran berdasarkan Bajet 2013 yang telah dibentangkan pleh YAB PM, Datuk Seri Najib Razak, September lalu.

1.    Diskaun 50% caj bayaran pemprosesan pasport bagi tempoh 5 tahun dikurangkan menjadi RM150. (Warga tua & kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
2.    Diskaun 50% caj bayaran pemprosesan pasport bagi tempoh 2 tahun dikurangkan menjadi RM80. (Warga tua & kanak-kanak 12 tahun ke bawah)
3.    Bahagian Pinjaman Perumahan akan disusun semula dan panel bank komersial akan dilantik untuk uruskan pinjaman perumahan kerajaan.
4.    Pemberian BR1M 2.0 bernilai RM500 kepada individu bujang berusia 21 tahun ke atas berpendapatan kurang RM2K sebulan atau isi rumah berpendapatan RM3K ke bawah.
5.    Rebat tunai RM10K dan subsidi 200% kepada pengusaha bas untuk pinjaman pebuh bagi menggantikan bas sekolah lama yang berusia lebih 25 tahun kepada bas baru berkapasiti 12 – 18 tempat duduk.
6.    Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian dengan had RM100K untuk tempoh 2 tahun kepada pelajar sekolah rendah dan menengah yang menggunakan bas sekolah berpermit.
7.    Bantuan persekolahan RM100 kepada semua pelajar sekolah dan menengah.
8.    Lanjutan kontrak perkhidmatan 45,000 penjawat awam.
9.    Insentif khas RM200 sebulan kepada 125, 708 pegawai dan anggota tentera.
10.   Diskaun 50% kepada pengguna feri dan pengendali pengangkutan di Sabah dan Sarawak.
11.  Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih untuk belia berusia antara 21 tahun hingga 30 tahun.
12.  Pencarum KWSP dibenarkan mengeluarkan RM3,000 untuk menunaikan haji.
Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat, Sebuah Janji Ditepati.
Selamat Tahun Baru

Terima kasih PM. Selamat memanfaatkan bajet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?