SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


18 September 2012

Transformasi Mahasiswa UUM Umum Tidak Hantar Calon Untuk PRK

Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.


Transformasi Mahasiswa UUM harini mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghantar calon untuk PRK kali ini. 
  
Ibarat dalam mimpi, namun apakah motif mereka yang sebenar? Tidak menghantar calon Transformasi Mahasiswa tetapi mungkinkah atas tiket calon Pro-Mahasiswa? Nak tumpang populariti atau bagaimana?


Andaian MU, rakan-rakan Transformasi Mahasiswa sudah gentar dengan gelombang Perubahan yang membawa aspirasi mahasiswa.

p/s: Yang pergi beli borang semalam tu siapa? Propa.



Debat Edikoup VS Marwan, Konspirasi Gagal Pro-Mahasewel



Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Poster perdebatan antara Erdikoup Lakip Sediyanto, Pengerusi Pro-M UM dan Marwan Kahar, Pengerusi Penggerak Mahasiswa UM mula tersebar. Mengikut poster, debat itu akan berlangsung pada malam ini, jam 9.00 malam di Akademi Pengajian Islam (APIUM).

Pendedahan BraderJai bahawa debat yang dijadualkan pada malam ini tidak lagi mendapat persetujuan daripada Marwan, siapa nak jawab? Debat syok sendiri?


Demokrasi atau konspirasi? Kalau mengadakan debat siap dengan promosi semuanya, tapi tanpa persetujuan bersama, adakah itu demokrasi Pro-Mahasewel?

Bukankah geng-geng Pro-Mahasewel ni sibuk menjerit mahukan keadilan, ketelusan.... Tapi, kalau diri sendiri tak mampu berlaku adil dan telus, MU cadangkan agar segeralah cermin muka. Sia-sia buat konvensyen, berarak dan menyemak.

Cuba banding beza kedua-dua gambar ini dan nilaikan.


Lebih lagi gambar. <KLIK SINI>

Andaian mudah MU, atas faktor ‘sambutan hangat’ semasa di sudut pidato inilah yang membuatkan geng Pro-Mahasewel ini semakin seronok menipu.

p/s: Kita lihat kembali 6 tuntutan mereka. Benarkah kampus akan bersih dengan golongan seperti ini? Tolak Pro-M.

15 September 2012

Lebih 1000 Mahasiswa Hadir #SuaraMerdekaSiswa #AspirasiMahasiswa



Salam Aspirasi, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.

Kelab Sultan Sulaiman pada harini digegarkan oleh lebih 1000 orang mahasiswa yang berkhimpun bagi menjayakan program Suara Merdeka  Siswa. Rakan-rakan mahasiswa yang hadir ini berkongsi membawa aspirasi mahasiswa yang semuanya merupakan mahasiswa yang sayangkan keamanan negara dan kampus. Penyertaan mahasiswa ini juga telah melebihi sasaran awal penganjur.

Tolak Pro-Mawasiswa !
Program telah bermula semenjak jam 9 pagi dan telah berlangsung selama 3 jam. Rakan-rakan yang hadir telah menurunkan tandatangan di kain rentang dengan kata-kata kemerdekaan sebagai tanda sokongan menjayakan program ini. 

Wakil mahasiswa daripada Universiti Malaya yang terdiri daripada mahasiswa Melayu, Cina dan India telah diberikan peluang memberi ucapan sebagai tanda mewakili tiga kaum utama di Malaysia. Saudara Wan Ahmad Hazman, Pengerusi Majlis Perundingan Perwakilan Kebangsaan (MPPK) juga telah memberikan ucapan dengan membentangkan kejayaan yang telah Aspirasi usahakan serta mengajak mahasiswa menyokong Aspirasi.

Kelihatan juga Pro-Mahasiswa yang datang untuk memerhati dan memantau perjalanan program dari jauh.

Apa yang pasti, himpunan pada hari ini berjaya bukan sahaja kerana pengisiannya semata-mata bahkan berjaya dilangsungkan tanpa kehadiran ahli politik. Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan serta penganjur.

Mahasiswa Peneraju Masa Depan Negara.

Sekitar perjalanan program,

Rakan-rakan menurunkan tandatangan pada kain rentang

Mengibarkan Jalur Gemilang dengan semangatnya

Menjiwai lagu Warisan

p/s: Tiada sebarang aksi ‘melampau’ kerana mereka semua patriotis serta selayaknya bergelar mahasiswa.

14 September 2012

Permulaan Baik Aspirasi UniMAP. #AspirasiMahasiswa


Salam Aspirasi, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.


Syabas dan tahniah buat rakan-rakan Aspirasi di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Permulaan dan petanda yang baik bagi Aspirasi apabila pada hari ini, Penamaan Calon di UniMAP telahpun didominasi oleh calon-calon Aspirasi.

Usai penamaan calon hari ini,  9 kerusi umum bakal menjadi rebutan oleh 13 calon Aspirasi manakala bagi peringkat fakulti pula 6 kerusi bakal menjadi rebutan 12 calon Aspirasi setelah 16 kerusi telahpun dimenangi tanpa bertanding oleh calon Aspirasi.

Buat rakan-rakan mahasiswa di UniMAP, teruskan sokongan bersama Aspirasi dan buktikannya dengan memilih calon-calon Aspirasi pada hari membuang undi 20 September nanti.


p/s: Oh ya, mana perginya calon Pro-Mahasiswa?

Gangnam Di IPTA?



Salam Perpaduan, Salam Keamanan & Salam 1Malaysia



Minggu Suai Kenal seharusnya menjadi kenangan yang indah khususnya buat pelajar-pelajar yang baru mendaftar serta ahli jawatankuasa (AJK) yang menjadi sekretariat menjayakan minggu berkenaan. Namun begitu, lain pula jadinya apabila malam penutup minggu berkenaan mula dijadikan isu.

IPTA Gangnam Style menjadi jolokan baru yang diberikan serta memberi tanggapan negatif bukan sahaja kepada universiti bahkan rakan-rakan mahasiswa di sana. Malam Aspresiasi Seni berkenaan telah melibatkan persembahan pelajar-pelajar baru daripada semua kolej kediaman atau dikenali sebagai DPP serta telah turut dihadiri oleh Pengarah HEP.

Menurut rakan-rakan MU yang turut berada di sana, mereka tidak merasakan bahawa persembahan tersebut sebagaimana yang digambarkan oleh mereka yang langsung tidak berada di sana. Kumpulan pelajar-pelajar baru berkenaan telah menari pelbagai jenis tarian termasuklah tarian tradisional dan diakhiri dengan tarian yang diwar-warkan dalam masa kurang daripada 2 minit. Terdapat juga persembahan-persembahan lain seperti nasyid, dikir dan sebagainya.

Sudah menjadi budaya apabila kita akan menjadi sensitif apabila melibatkan agama dan budaya. MU dimaklumkan juga bahawa barisan MPP tidak terlibat dalam mengelolakan malam tersebut serta mereka sangat mengambil berat terhadap isu yang berbangkit ini.


Namun yang menjadi persoalannya, mengapa barisan kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang dipersalahkan? Adakah MPP yang menetapkan bentuk persembahan dan melatih? Adalah tidak adil untuk terus menunding jari sedangkan mereka juga turut prihatin dengan isu ini. Jika benar pihak yang telah 'upload' video ini tidak mempunyai sebarang niat, kenapa tidak dikongsikan bersama rakaman 13 buah lagi persembahan-persembahan yang lain? Kenapa bercerita tentang keburukan tetapi tidak mengenai kebaikan?

MU melihat ini sebagai permulaan kepada provokasi. Provokasi sebagai cubaan untuk memalukan dan menjatuhkan oleh pihak tertentu. Mana tidak, yang merakam pasti berada di tempat kejadian dan lebih jelas bagaimana keadaan sebenar. Mungkinkah kerana PRK yang menjelang tiba? Lihat pula bagaimana cubaan provokasi mereka di sebuah group untuk pelajar-pelajar baru.



  
Ini pula respon daripada Saudara Ku Amirul, TYDP MPP.


p/s: Penangan musim gangnam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?