SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


26 Mac 2013

Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) Untuk Orang Ramai



Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).


Projek 1MTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, 1MTC kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan One Malaysia For Youth (1M4U). Pelaksanaan Projek 1MTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan. Majlis soft launch fasa pertama Projek 1MTC telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 17 Disember 2012.


Portal 1MTC adalah merupakan gerbang (gateway) elektronik yang memberi maklumat kursus dan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut-institut Latihan Awam. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Portal ini juga menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.1mtc.gov.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?