SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


01 Disember 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

gaji sbpa 2012 Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!! Apa Kata Semua Penjawat Awam?

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Antara perkongsian maklumat yang kami terima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :

1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.

Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.

2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :

  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana

Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.

Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.

3) Skim SBPA Gaji Baru 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam

Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :

  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru : Sistem Gaji Baru

Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

P/S : Jikalau ada maklumat yang ingin dikongsikan berkenaan dengan Sistem Gaji SBPA (Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam) 2012 yang baru ini, dipersilakan untuk dibincangkan bersama.

PP/S : Ada maklumat tidak rasmi yang kami perolehi, ada yang maklumat yang sudah hampir pasti akan dilaksanakan. Walaubagaimanapun, setakat ini, apa pandangan anda “cakap-cakap” berkenaan dengan skim gaji SBPA 2012 yang baru ini?

PPP/S: Sumber maklumat dari beritasemasa.com


2 ulasan:

  1. satu transformasi y amat2 membanggakan kami rakyat Malaysia..

    BalasPadam
  2. Salam Aidil fitri dan salam kemerdekaan.....Bgus jgk sistm gji baru yg dicdgkn tu...tpi yang byk tidak baiknya adalah jwtn rendah2...manakala jwtn tggi goyang kaki je...tau arah....org bwhn...mcmana ni???? sptutnya org atas turun bwh tgok org bwh ni....ikut saranan KSU baru2 ni....rasa2nya sistm yang ada skrg ni pun sdh ckup baik....baik sebaiknya...dan di akui sendiri oleh PM kita...ngapa lagi diubah2..cma tambah baik je...klu 75 % mrkh dah dibuang kerja....mka akan ramai lah yang akan dibuang kerja....sbb.angka 75% tu lah yang membangunkan negara sebenarnya....bkn yg Pngkt JUSA, Propesional, dan Premier ni....mrk ni tau ckp je...tak tau kerja pun...malah klu disuruh buang sampah dlm pejabat pun blm tentu mau...yalah pangkat tinggi .....dan yang akan kena buang tu lah yb banyak tau apa yang berlaku dikawasan2,kampung2 dan lain2 tempat....sbb mrk hari2 jmpa org kampung,ketua kampung, JKKK dll..Manada pengarah yang sanggup mandi lumpur klu di ajak memajak sawah..manada pegawai Pertanian yg sggup panjat pokok kelapa untuk petik buah kelapa..manada Timb.Pangarah yg sanggup buka tayar kereta klu tyr kereta jabatan pancut tgh jalan....takda pun yg mereka buat.....yang buat semua tu adalah kuli yang diarah oleh mereka bila tak buat buang kerja saja......brengsekkkk semua ini.....mrk tau duduk dlm ekon sejuk memikir gaji tinggi sebulan...memikir bila nak oversea....bila nak berbini 2,3,4....yang nyatanya kakitangan berjawatan rendah itulah buat semua kerja sihingga sanggup gadaikan masa untuk anak2 dan keluarga.sanggup lapar dibendang kerana takut dibuang kerja....fikir-fikirkan lah kata2 ini banyak juga lojiknya...Apa lagi kalau yang berjawatan tinggi tu wanita...tumit kasut kotor pun nak dilapkan...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?