SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


17 Disember 2011

Tahniah: UiTM Shah Alam, UUM juarai PROMED

Salam 1 Malaysia rakan-rakan siswa.
 
PROMED di UiTM Perlis


KANGAR 13 Dis. - Kumpulan Yogi Bear dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Kumpulan jahART dari Universiti Utara Malaysia (UUM) muncul johan Pertandingan Pengaturcaraan Komputer dan Reka Bentuk Multimedia Peringkat Kebangsaan 1Malaysian Green 1Malaysia Clean (PROMED@CS'11 1MG 1MC).
Pertandingan itu berlangsung di UiTM Perlis selama dua hari bermula 2 Disember lalu.

UiTM Shah Alam memenangi kategori Pengaturcaraan Komputer manakala Kumpulan jahART UUM memenangi kategori Reka Bentuk Multimedia dengan masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM700 dan sijil. Naib johan kategori Pengaturcaraan Komputer dimenangi oleh Kumpulan Aroma dari UiTM Melaka manakala tempat ketiga dimenangi oleh Kumpulan Motion Core dari UiTM Shah Alam. Naib johan kategori Reka Bentuk Multimedia dimenangi Kumpulan noob2.0 dari UiTM Perlis dan tempat ketiga oleh Kumpulan Debug dari UiTM Shah Alam.

Buat pertama kali, ia dibuka kepada semua kampus UiTM, institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta dengan UiTM Perlis dipilih sebagai tuan rumah.

Sementara itu, pada majlis penyampaian hadiah, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, program sedemikian perlu direbut oleh para pelajar untuk mengetengahkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan pakej multimedia yang menarik serta kebolehan menyelesaikan masalah yang sukar.

"Ledakan teknologi ICT hendaklah digunakan oleh pelajar untuk meneroka bidang baru agar banyak lagi inovasi atau produk perisian dihasilkan sekali gus dapat menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah hab ICT terunggul di rantau Asia," katanya.

Sementara itu, Rektor UiTM Perlis, Prof. Khudzir Ismail menasihatkan pelajar menggunakan landasan tersebut untuk mewujudkan rangkaian ilmu dan kerjasama.

Sumber: Utusan Malaysia, 14 Disember 2011.

p/s: Meskipun agak sedikit terlewat, Mahasiswa Utara ingin mengambilkan kesempatan ini mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kumpulan jahART dari Universiti Utara Malaysia (UUM). Bangga ni, dari zon Utara. Syabas juga kepada tuan rumah, UiTM Perlis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?