SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


17 Disember 2011

Usaha-usaha dalam Pengajian Tinggi Negara

Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi, Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi (DUF) & Baucar Buku 1Malaysia.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Pagi 16 Disember 2011 saya telah melancarkan Pusat Kecemerlangan (CoE) Berpotensi dan penyerahan baucar buku 1Malaysia sebanyak RM200 untuk setiap pelajar yang layak. Ia suatu perkembangan yang positif dalam perkembangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) masa kini.
  1. Seperti yang saya sebutkan dalam ucapan pelancaran tersebut bahawa IPT tidak hanya berperanan sebagai sebuah pusat pembelajaran dan pengajaran, sebaliknya menjadi hab penjanaan ilmu baru melalui penyelidikan fundamental yang akan menjadi pemangkin kepada penghasilan produk baharu yang berteknologi tinggi dan inovatif.

  1. Sehingga hari ini, terdapat sebanyak 297 Pusat Kecemerlangan (CoE) di IPT dalam pelbagai bidang kepakaran telah diwujudkan dan Kementerian telah menaiktaraf 6 CoE sebagai Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi atau HICoE pada tahun 2010 dengan agenda penting untuk menjadi peneraju bidang (nic) masing-masing ke peringkat serantau dan antarabangsa dalam tempoh tiga tahun.

  1. Setiap daripada CoE Berpotensi yang diumumkan sebentar tadi, akan diberi dana insentif one-off berjumlah 2 juta ringgit sebagai tanda sokongan kementerian untuk melonjakkan keupayaan dan pencapaian CoE Berpotensi dalam bidang tujahan masing-masing dengan mulanya di platform nasional.

  1. Kerajaan juga telah bersetuju mewujudkan Skim Perkhidmatan Pensyarah Farmasi (DUF). Ia bersamaan dengan Skim Perkhidmatan Pensyarah Universiti di mana gaji permulaan bagi Pensyarah Farmasi di bawah SBPA adalah pada tangga gaji DUF 1-3 dan kenaikan pangkat adalah sehingga ke Gred Khas Turus I dengan menggunakan kriteria kenaikan pangkat yang sama dengan Pensyarah Universiti.

  1. Melalui SBPA, gred lantikan permulaan bagi pensyarah Perubatan dan Pergigian tidak lagi di Gred DU/DUG 45, tetapi dinaikkan kepada Gred DU/DUG 51. Saya percaya, penambahbaikan ini akan menarik lebih ramai graduan menceburi kerjaya Pensyarah Perubatan dan Pergigian selain memastikan pensyarah sedia ada terus kekal berkhidmat di IPTA.

  1. Mengenai pemberian baucar buku 1Malaysia yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa Bajet 2012 lalu, semua pelajar warga negara Malaysia yang berdaftar sebagai pelajar aktif pada tempoh Januari hingga Mac 2012 di IPTA, IPTS dan Politeknik mengikuti pengajian pada peringkat matrikulasi/asasi, pengajian persediaan, pelajar di Tingkatan 6 (di sekolah) Diploma, Sarjana Muda, Sarjana dan Ph.D sama ada secara sepenuh masa dan separuh masa di institusi pengajian tinggi dalam negeri layak mendapat baucar buku sekali sahaja bernilai RM200 seorang.

  1. Pelajar–pelajar dikehendaki hadir sendiri semasa mengambil baucar tersebut daripada institusi masing-masing dan membeli buku. Untuk pengetahuan, tempoh sah laku baucar ini ialah antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2012.


Mohamed Khaled Nordin
Putrajaya

sumber: www.khalednordin.com

p/s: Di saat kita melihat banyak bentuk bantuan yang diberikan, apa kata kita renungkan sejenak... apakah sumbangan kita kepada negara? Orang berbudi, kita berbahasa... Apapun, syukur kerana nikmatnya kita juga yang akan rasa. 
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?