SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


26 Mac 2013

AlFatihah: Perginya Ulama Besar Negara, Dr Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.
Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.
Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.
Sumber: Mynewshub

p/s: Dimaklumkan Almarhum yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah 2005 telah mula mendapatkan rawatan di hospital semenjak 4 bulan lepas akibat strok serta meninggal akibat serangan jantung. AlFatihah.

25 Mac 2013

Selamat Hari Polis #PDRM 206


'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'

Hari ini, 25 Mac 2013 merupakan sambutan Hari Polis ke 206 bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' yang telahpun dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

MU percaya dengan rentetan pelbagai isu keselamatan khususnya insiden di Lahad Datu baru-baru ini telah membuka mata dan hati rakyat Malaysia betapa besarnya jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Sungguhpun begitu, kita tidak dapat menafikan ada sekelompok manusia yang busuk hati sanggup melemparkan pelbagai tuduhan dan cercaan terhadap pihak polis. Ya, buktinya mereka dituduh dan diperlekeh sebagai 'Polis Barua UMNO', 'Polis Anjing UMNO' dan sebagainya hanya kerana mereka menjalankan tugas berhadapan dan menangani para demonstran khususnya dalam siri perhimpunan demonstrasi Bersih yang lalu.

Dalam kesempatan ini, MU dan rakan-rakan mahasiswa mengucapkan Selamat Hari Polis dan jutaan terima kasih buat pasukan PDRM khususnya yang sentiasa sedia bersedia berbakti untuk agama, bangsa dan tanah air.




Terima kasih PDRM

21 Mac 2013

SKMM Cari "Pembubar Parlimen" Palsu #PRU13

Muat turun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di SINI

Mengikut Seksyen 233 kurungan 1 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sabit kesalahan boleh didenda RM 50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.


Semalam, tanggal 20 Mac 2013, Malaysia khususnya di dunia maya gempar dengan pengumuman Parlimen telah dibubarkan. Hebahan tersebut bermula daripada sebuah sms yang disebarkan sekitar jam 12 tengahari semalam.

Berikut adalah sms yang diterima.


Berikut adalah tanskrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini.
 “ Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran Parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.” 

“ Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan Parlimen berkuatkuasa  hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.”

 “Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran Parlimen.” 

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubarkan Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.” 

“Suruhanjaya Pilihan Raya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.” 

“Semboyan dah dibunyikan. Ayuh jentera-jentera BN Kita pastikan kemenangan BN di PRU13.. Siap Siafa.. Kini Sudah Tiba Masanya…”


Kekecohan ini telah terjawab dengan pengumuman yang dibuat daripada Jabatan Perdana Menteri yang menafikan pembubaran tersebut.




"Jika didapati terdapat pihak melanggar undang-undang, mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada". - Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM


p/s: Berita Parlimen bubar bukanlah permainan meskipun ada yang mungkin menyifatkannya sebagai wake-up call.

20 Mac 2013

Gerakan Mahasewel #GM13 Terdesak Cari Undi



GM13 kini dalam siri jelajah mereka menjelajah ke beberapa buah IPTA tanah air semata-mata untuk agenda PRU13 mereka. Bersunggguh-sungguh mereka bekerja bagi memastikan undi anak muda khususnya mahasiswa adalah untuk mereka. Apatah lagi apabila mereka mereka bercita-cita besar untuk bertanding di kerusi-kerusi panas parlimen termasuklah kerusi parlimen Pekan.

Gerak kerja mereka agak kotor. Buktinya, di mana-mana ada mereka pasti ada kekecohan. Baru-baru ini sebagaimana kekecohan di UiTM dan Pekan. Meskipun tidak terima dan ditolak khususnya oleh rakan-rakan mahasiswa, mereka tetap ingin meneruskan agenda politik mereka. Buktinya? Lihatlah...






Kekecohan di UiTM angkara GM13 ini juga jelas propaganda mereka memilih UiTM sebagai salah satu destinasi jelajah. GM13 terdesak sehingga terpaksa mengaitkan Gabungan Mahasiswa UiTM SeMalaysia menyokong mereka.

Penafian oleh GAMUS


Sesi jelajah mereka di UPM juga tidak mendapat sambutan. Lihatlah, ini namanya pidato syok sendiri.



Apa mungkin mereka ini tidak tahu adab bertandang ke rumah? Apatah lagi sebagai tetamu yang tidak diundang. Tidak mustahil sama sekali. Kita kenal mereka bagaimana. Ingatkah lagi kalian pada mereka?



Syis Abdul Kadir, Pengerusi GM13 ini sendiri juga dilaporkan tidak turun bersama dalam siri jelajah. Dah nama pengerusi, takkan serah bulat-bulat kat anak buah? Tak nak turun padang?

Dalam kalangan mereka sendiri, ketaksuban politik menyebabkan status mahasiswa mereka juga tergantung. Jika semasa menjadi pelajar, pelajaran yang sepatutnya menjadi keutamaan sendiri diabaikan, tak mustahil perkara yang sama berlaku apabila mereka menjadi pemimpin.



@NajibRazak Bentang Laporan Program #Transformasi #JanjiDitepati


Sebelum melihat ringkasan pembentangan Laporan Program Transformasi, tahukah rakan-rakan mengenai Government Transformation Programme (GTP) dan Economic Transformation Programme (ETP)? 

Sebagai rakyat Malaysia khususnya golongan mahasiswa intelektual, menjadi tanggungjawab kita untuk mengambil tahu dan peduli akan dasar-dasar Kerajaan agar kita dapat bersama-sama menjayakan aspirasi Kerajaan. Untuk pembacaan umum, rakan-rakan bolehlah rujuk di SINI & SINI

Muat turun laporan penuh,  DI SINI


KUALA LUMPUR 19 Mac - Berikut intipati daripada Laporan Program Transformasi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Angkasapuri, di sini malam ini.



1. Jumlah Pendapatan Negara Kasar (PNK) perkapita negara telah meningkat kepada AS$9,970 iaitu peningkatan sebanyak 4,000 peratus dalam tempoh lima dekad.

2. Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (PPIR) negara menunjukkan peningkatan kepada RM5,000 tahun lalu berbanding hanya RM4,025 pada 2009.

3. Kadar kemiskinan negara menurun daripada 3.8 peratus pada 2009 kepada hanya 1.7 peratus tahun lalu.

4. Kadar Inflasi Negara kekal rendah pada kadar 1.2 peratus setakat Januari 2013.

5. Sebanyak RM2.34 bilion telah diperuntukkan untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

6. Lebih RM524 juta diperuntukkan untuk bantuan persekolahan.

7. Sebanyak RM97.5 juta diperuntukkan untuk Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

8. Sebanyak RM22.3 bilion disediakan untuk subsidi, RM873.5 juta untuk insentif manakala RM14.6 bilion lagi untuk bantuan.

9. Program 1Azam telah berjaya membantu seramai 106,967 rakyat berpendapatan rendah.

10. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Syarikat Perumahan Negara Berhad telah menawarkan lebih 100,000 unit kediaman mampu milik.

11. Lebih 3,300 kilometer jalan raya telah dibina di kawasan luar bandar.

12. Lebih 1.4 juta isi rumah di kawasan luar bandar telah mendapat bekalan air bersih.

13. Lebih 470,000 isi rumah di kawasan luar bandar kini telah mendapat akses elektrik.

14. Sebanyak 53,000 unit rumah penduduk miskin luar bandar telah dibina dan dibaik pulih.

15. Mengeluarkan 164 buah sekolah berprestasi rendah kepada jaluran yang lebih baik.

16. Sektor pelancongan telah berjaya menyumbang RM100 bilion PNK dengan kehadiran 50 juta pelancong ke negara ini.

17. Greater KL telah menawarkan projek MRT yang berjumlah RM19.8 bilion.

18. Kandungan dan infrastruktur komunikasi telah berjaya mengeksport hasil kreatif berjumlah RM547 juta.

19. Program TUKAR telah beri manfaat kepada 1,087 pemilik kedai runcit.

20. Sumbangan PNK negara pada 2020 dijangka mencecah RM135.64 bilion dan mewujudkan 408,443 peluang pekerjaan.

21. Malaysia negara ketiga terbaik dalam senarai destinasi perkhidmatan luar.

22. Kuala Lumpur adalah destinasi membeli-belah keempat terbaik dunia selepas New York, Tokyo dan London.

23. Sejak ETP & GTP diperkenalkan, negara telah mengecapi pelbagai kejayaan berdasarkan pengumuman program transformasi sebentar tadi.

24. BR1M akan diteruskan dan dijadikan inisiatif tahunan.

Sumber: UTUSAN


p/s: Janji PM Janji Ditepati... Terima kasih PM. Terima kasih Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?