SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


27 November 2011

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA BUKTI BAJET RAKYAT


Salam rakan siswa.

Pembentangan Bajet 2012 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada Oktober 2011 yang lalu bukan sekadar janji langit sebagaimana yang dilontarkan oleh Tony Phua. KR1M memberi kesan kerana kitalah rakyat, kitalah pengguna. Tuduhan demi tuduhan dilontar semata-mata untuk mengkaburi masyarakat. Mahasiswa yang matang seharusnya tidak mudah dipengaruhi dengan hujah songsang.

Tuduhan 1:  Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

“Di mana perginya (wang itu)? Bagaimanakah ia dibelanjakan? Tujuan utama Kedai 1Malaysia adalah untuk meringankan kos serta mengurangkan beban rakyat dengan 250 produk 1Malaysia sehingga 40% lebih murah.


Tuduhan 2: Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua.

“Kenapa PM kita menjanjikan ‘langit’ kepada rakyat yang kononnya harga barang lebih murah tapi sebaliknya?




Sejauh manakah kebenaran? Bersamalah kita membuka mata. 
 =================
Apa kata mereka?

Noor Fadzilah Zakaria (25), mahasiswa:

Pembukaan KR1M dapat membantu rakyat terutama penuntut IPT berjimat dalam membeli barangan keperluan dapur. “ Saya dan rakan-rakan selalu membeli barangan keperluan di KR1M. Saya tidak bersetuju dengan dakwaan yang dilemparkan terhadap kedai ini. Sepatutnya KR1M perlu dibuka lebih banyak kerana rakyat mendapat manfaat besar daripadanya,”. (Berita Harian, 26 November 2011).

Kamaliah Abdul Kadir (37), pengguna:
“Ini kunjungan pertama saya ke KR1M. Saya dapati barangan jenama 1Malaysia yang dijual jauh lebih murah berbanding harga pasaran. Contohnya, setin ikan sardin 155 gram di kedai lain dijual pada harga RM 2.90 tetapi di sini(KR1M) hanya RM 1.05,”. (Berita Harian, 26 November 2011).


===============================
Tinjau-tinjau pihak bertanggungjawab:

    Datuk Rohani Abdul Karim, Timb. Menteri Perdagangan Dalam    
     Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK):
Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) mula memberi tekanan kepada pasar raya besar dan peruncit-peruncit untuk menurunkan harga barangan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan:
    Rakyat dapat berjimat sehingga 30 dan 50 peratus jika berbelanja di KR1M. 
    (Utusan Malaysia, 14 November 2011).

Datuk N. Marimuthu, Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), 

Usaha murni itu perlu disokong kerana Kedai Rakyat 1Malaysia diwujudkan bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barang keperluan akibat ketidaktentuan ekonomi global. (Utusan Malaysia, 12 November 2011).


Apa pula kata anda, wahai rakan-rakan mahasiswa?
Buka mata, lapangkan dada. Slogan, “Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” bukanlah slogan semata-mata. Berbelanjalah di KR1M hari ini dan buatlah penilaian.


Anda Yakin, Kami Percaya...!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?