SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


11 Oktober 2012

Kereta Perodua Serendah RM299 Sebulan Untuk Mahasiswa



Salam Perubahan, Salam Perpaduan & Salam 1Malaysia.

Program What’s Up oleh PERODUA
1.    Terbuka untuk pelajar tahun akhir (IPTA & IPTS)
2.    Model Viva & MyVi
3.    Serendah RM299 sebulan
4.    Tempoh: 10 Oktober 2012 -31 Mac 2013
5.    Tiada bayaran pendahuluan
6.    Kad pelajar + seorang penjamin
7.    Perlindungan insurans RM20K secara percuma
8.    Diskaun 50% untuk servis asas di pusat servis PERODUA



Kuantan: Pelajar tahun akhir institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta berpeluang membeli kereta PERODUA dengan bayaran serendah RM299 sebulan.

Tawaran itu diberikan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) yang juga pengeluar kereta nasional kedua, menerusi program pemilikan kereta terbarunya iaitu ‘What's Up Graduates’.
 
Pengarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh, berkata program itu adalah inisiatif PERODUA untuk memberi peluang kepada kumpulan pelajar tahun akhir memiliki kenderaan sendiri tanpa bayaran pendahuluan. 


Katanya, tawaran itu terbuka untuk semua model PERODUA Viva dan MyVi yang bermula semalam dan akan berakhir 31 Mac 2013.

Tunjuk kad pelajar

Beliau berkata, pelajar hanya perlu menunjukkan kad pelajar dan membawa seorang penjamin bagi memohon tawaran berkenaan ketika melaksanakan urusan jual beli kenderaan di semua cawangan PERODUA.
 
“Program ini ditawarkan kepada pelajar tahun akhir hanya untuk tempoh bayaran bulanan bagi tahun pertama saja, sebab mereka ini bakal memasuki alam pekerjaan sementara gaji pula masih kecil.

“Selepas tahun pertama, bayaran bagi tempoh seterusnya akan beransur-ansur meningkat dari tahun ke tahun sehinggalah habis tempoh pinjaman, sejajar dengan kenaikan gaji mereka,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Expoconvo 2012 Universiti Malaysia Pahang (UMP), Gambang, dekat sini, semalam.

Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMP, Prof Datuk Dr Rosli Mohd Yunus dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof Dr Badrulhisham Abdul Aziz.

Perlindungan insurans kemalangan

Selain pembelian kereta, Aminar Rashid berkata, kumpulan pelajar itu juga akan menerima perlindungan insurans kemalangan bernilai RM20,000 secara percuma, di samping diskaun 50 peratus bagi servis asas di semua pusat servis PERODUA di seluruh negara.

Dalam pada itu, Aminar Rashid yang juga Ahli Lembaga Pengarah UMP berkata, penganjuran program Expoconvo itu penting untuk mempromosikan pesta konvokesyen yang menjadi acara tahunan universiti berkenaa
n.


Sumber: Berita Harian

p/s: Tawaran yang agak menarik buat mahasiswa yang berminat untuk memiliki kenderaan sendiri. Namun, suka untuk MU ingatkan, jangan jupa tanggungjawab terhadap pinjaman pengajian... Bayar balik PTPTN ~

28 September 2012

#Bajet2013 Hadiah Untuk Mahasiswa #AspirasiMahasiswa


Salam Aspirasi, Salam Perubahan & Salam 1Malaysia.

Bertemakan Memakmur Negara Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati, pembentangan bajet oleh YAB PM pada hari ini adalah transformasi menyeluruh untuk kesejahteraan rakyat Malaysia. 

Bajet 2013 ini juga telah meletakkan 5 fokus utama:
1.    Meransang aktiviti pelaburan
2.    Memperkasa pendidikan dan latihan
3.    Membawa inovasi, meningkat produktiviti
4.    Konsolidifikasi fiskal dan mempercekap perkhidmatan awam
5.    Mensejahtera rakyat

Antara yang menarik dalam pembentangan bajet adalah bonus sebulan setengah bagi penjawat awam, pemberian BR1M 2.0 yang diperluaskan lagi kepada golongan bujang, rebat RM200 untuk pembelian telefon bimbit bagi belia 21-30 tahun, dan lain-lain lagi.

BB1M bernilai RM250
Bagi mahasiswa, pemberian Baucar Buku 1Malaysia diteruskan lagi dengan penambahan nilai meningkat menjadi RM250. Hadiah yang sangat bermakna buat mahasiswa tambahan lagi dengan kemenangan Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) yang lalu.

Bagi rakan-rakan yang mendapat pinjaman PTPTN pula, diskaun 20% akan diberikan sekiranya pembayaran secara penuh dijelaskan sebelum 1 Oktober 2013 manakala diskaun 10% diberikan sekiranya bayaran dijelaskan secara ‘on time’.

Dengan peruntukan berjumlah RM251.6 bilion, semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh kita semua.

Terima kasih PM.
We Love PM.

p/s: Jangan jual baucar tu lagi ye…Untungnya jadi mahasiswa. Syukur.

25 September 2012

Calon-Calon Perubahan UUM Pro-Aspirasi Mahasiswa yang Terbaik Di Pasaran!! #AspirasiMahasiswa #MediaSiswaUUM

Video di bawah ini merupakan calon dari no 1 sehingga no 8 yang patut di pilih dalam Kerusi UMUM, Pilihan Raya Kampus UUM , bertonggakan aspirasi mahasiswa yang akan memperjuangkan hak mahasiswa melalui saluran yang sebenar.

Pada hari ini bermula jam 9.00 pagi sehingga ke pukul 12.00 tengahari bermulalah pengundian bagi memilih calon yang layak memperjuangkan nasib golongan mahasiswa UUM



Dari maklumat yang Pisau Kedah perolehi, Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) yang bertanggungjawap memperjuangkan nasib mahasiswa sehinggakan atas daya usahanya itu, Kerajaan Malaysia telah membuat satu inisiatif membantu mahasiswa di dalam menghadapi permasalah kos sara hidup yang kian meningkat dengan penyediaan Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KAD S1M) , sebenarnya merupakan MPP perubahan (Aspirasi Mahasiswa) 2011 UUM, Ku Amirul Faiz B Ku Seman.

Kepada yang tidak mengetahui apa itu Kad Diskaun Siswi 1 Malaysia (KADS1M) sila klik di sini untuk mengetahi maklumat KADS1M.

Bagi tahun ini, Ku Amirul Faiz yang merupakan IKON Mahasiswa telah bertanding di kerusi UMUM yang memegang calon umum no 5 di antara calon umum no 1sehingga no8 aspirasi mahasiswa bagi merebut 8 kerusi UMUM untuk menjadi MPP UUM tahun 2012/2013.

Antara agenda utama di dalam manifestor aspirasi mahasiswa adalah memperjuangkan 10 perkara membabitkan mahasiswa UUM.

Dalam manifestor aspirasi mahasiswa, sepuluh agenda utama yang akan di perjuangkan adalah.

1) Memperkasa dan memperkemas infratruktur dan kemudahan dalam UUM.

2) Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi keboleh pasaran mahasiswa .

3) Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa.

4) Keberkesanan penyampaian informasi yang muktahir. 

5) Pembangunan sukan yang mampan dan menyeluruh.

6) Pembudayaan semangat kesukarelawanan dan kemasyarakatan.

7) Melestari kampus hijau mesra alam.

8) Pemantapan sistem praktikum menerusi jarinagn luar yang berkesan.

9) Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat.

10) Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar.


Masa Untuk Saya Pilih #AspirasiMahasiswa

Salam Perpaduan, Salam Perubahan & Salam Perpaduan.

Setelah membuat pemerhatian dalam tempoh berkempen ini, MU tertarik dan bersetuju dengan manifesto rakan-rakan ini. Jelas dan menyeluruh.

1.    Keutamaan menjaga kebajikan mahasiswa
2.    Pembangunan kecemerlangan akademik dan kemahiran insaniah dalam mempertingkatkan lagi kebolehpasaran mahasiswa.
3.    Keberkesanan penyampaian informasi yang mutakhir
4.    Memperkasa dan menambahbaik infrastruktur dan kemudahan
5.    Pembudayaan semangat kesukarelawanan & kemasyarakatan
6.    Melestari kampus hijau mesra alam
7.    Pemantapan sistem praktikum menerusi jaringan luar yang berkesan
8.    Keterbukaan keintelektualan aspirasi mahasiswa serta amalan budaya korporat
9.    Pembangunan sukan yang mapan dan menyeluruh
10. Mempromosi amalan tadbir urus korporat di semua jabatan serta pelajar
 

Kepada rakan-rakan, mahasiswa-mahasiswi UUM, jalankanlah tanggungjawab anda.


 Waktu mengundi:
9.00 pagi hingga 12.00 tengahari

Tempat:
DPP masing-masing (Pelajar berdaftar dengan DPP)
Pusat Kegiatan Pelajar, SAC (Pelajar tinggal di luar kampus)


MU Pilih


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?