SAHABAT MAHASISWA UTARA

HALAMAN


26 Mac 2013

#Listen 3X: Mahasiswa Mahukan Pendidikan Percuma


Dahulu, MU sudah beberapa kali berceloteh tentang tuntutan pendidikan percuma oleh sekumpulan mahasewel yang percaya tuntutan mereka ini akan dilaksanakan sebagaimana di dalam Buku Jingga. Antaranya, di SINI  dan SINI. Mereka percaya menjadi hak mereka untuk mendapat pendidikan percuma dan itulah harga undi anak muda.

Baru-baru ini, Adam Adli & the geng dilaporkan telah mengadakan forum pendidikan percuma bertempat di Universiti Sains Malaysia (USM). Cuba untuk menyebarkan fahaman mengenai pendidikan percuma, tanggungjawab mereka sebagai agen-agen PKR, DAP, PAS, SUARAM dan SOSIALIS. The Geng ini termasuklah Karthic, Haris dan Ong Jin Cheng yang hadir bersama-sama sebagai panelis forum.

Tokoh Listen, Listen, Listen Bawani KS daripada UUM juga dilaporkan turut hadir bersama-sama bagi menyatakan sokongan beliau terhadap agenda pendidikan percuma.

Siapa yang tak suka apabila semuanya percuma, namun layakkah kita untuk pendidikan percuma sebagaimana yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara lain di dunia? Bagaimana sebenarnya Kerajaan caturkan peruntukan untuk pendidikan?

Moga perkongsian daripada 1Aspirasi mampu membuka mata dan hati. Baca dan cakna…  


Klik SINI
p/s: Mereka akan terus melalak mengenai pendidikan percuma, menuntut agar PTPTN dimansuhkan. Yang pasti, MU percaya mahasiswa intelek pasti boleh menilai mana satu yang realiti dan fantasi.

Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC) Untuk Orang Ramai



Pusat Latihan 1Malaysia atau 1Malaysia Training Centre (1MTC) adalah inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau National Blue Ocean Strategy (NBOS).


Projek 1MTC membolehkan penggunaan fasiliti sedia ada di Institut Latihan Awam dikongsi secara menyeluruh dan penggunaannya dapat dioptimakan oleh pelbagai pihak. Dalam masa yang sama, projek ini juga menawarkan kemudahan carian dan permohonan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Projek ini dilaksanakan untuk memenuhi kehendak rakyat yang menginginkan perkhidmatan yang pantas dan meluas. Tidak lagi terhad kepada penjawat awam, 1MTC kini dibuka kepada orang ramai untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam.

Inisiatif ini diterajui oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dan Unit Perancang Ekonomi bersama rakan-rakan strategik iaitu Kementerian Kewangan, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perkhidmatan Awam, Kementerian Pertahanan, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan dan One Malaysia For Youth (1M4U). Pelaksanaan Projek 1MTC adalah contoh terbaik kolaborasi strategik agensi-agensi Perkhidmatan Awam pelbagai Kementerian dan jabatan untuk merealisasikan projek ini. Ianya bukanlah terbina hasil usaha sebuah agensi sahaja, malah ia merupakan hasil kerjasama pelbagai agensi Perkhidmatan Awam yang berganding bahu dalam semangat yang sama iaitu mengangkat kepentingan rakyat sebagai keutamaan pentadbiran Kerajaan. Majlis soft launch fasa pertama Projek 1MTC telah diadakan di Institut Penilaian Negara (INSPEN) pada 17 Disember 2012.


Portal 1MTC adalah merupakan gerbang (gateway) elektronik yang memberi maklumat kursus dan fasiliti yang ditawarkan oleh Institut-institut Latihan Awam. Portal ini akan memudahkan penjawat awam, sektor swasta, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam untuk mendapatkan maklumat dan membuat tempahan fasiliti dan kursus yang ditawarkan oleh Institut Latihan Awam. Portal ini juga menyediakan kemudahan pembayaran secara atas talian. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.1mtc.gov.my

AlFatihah: Perginya Ulama Besar Negara, Dr Uthman El-Muhammady

KUALA LUMPUR – Negara kehilangan ulama besar bila Dr Muhammad Uthman El-Muhammady meninggal dunia ketika sedang membaca di kediamannya di ISTAC, Taman Duta di sini petang tadi.

Dilahirkan pada 9 Feb 1943 di Kelantan, Dr Muhammad Uthman ialah tokoh yang tidak asing khususnya dalam dunia intelektual Islam dan telah menghasilkan ratusan penulisan berkaitan ketamadunan Islam amnya.
Memasuki Universiti Malaya Kuala Lumpur dan mendapat B.A. dalam Pengajian Islam; menjadi tutor dan mendapat M.A; dikurniakan Ijazah Doktor Persuratan Kehormat (D.Litt.), Universiti Sains Malaysia (USM); dikurniakan ijazah kehormat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Utara Malaysia.
Dilantik sebagai Fellow Kehormat Institut Kefahaman Islam Malaysia Kuala Lumpur sejak 1995 hingga 2008. Kemudian dilantik semula hingga 2010.
Kini beliau adalah Felo Amat Utama Akademik ISTAC IIUM, dan ahli lembaga pemegang amanah Yayasan karyawan, juga pensyarah sambilan peringkat ijazah sarjana dalam perbandingan agama UiTM.
Dr. Uthman juga adalah mantan Profesor Adjung Pengajian Islam Universiti Petronas.
Allahyarham meninggalkan balu, Mariam Hussein, 65, serta 12 anak berusia antara 20 hingga 40-an.
Jenazah beliau akan disembahyangkan di Masjid Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Gombak dan dijangka dikebumikan selepas solat zuhur di Tanah Perkuburan Islam UIA hari ini.
Sumber: Mynewshub

p/s: Dimaklumkan Almarhum yang juga merupakan Tokoh Maal Hijrah 2005 telah mula mendapatkan rawatan di hospital semenjak 4 bulan lepas akibat strok serta meninggal akibat serangan jantung. AlFatihah.

25 Mac 2013

Selamat Hari Polis #PDRM 206


'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'

Hari ini, 25 Mac 2013 merupakan sambutan Hari Polis ke 206 bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami' yang telahpun dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.

MU percaya dengan rentetan pelbagai isu keselamatan khususnya insiden di Lahad Datu baru-baru ini telah membuka mata dan hati rakyat Malaysia betapa besarnya jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita dalam mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.

Sungguhpun begitu, kita tidak dapat menafikan ada sekelompok manusia yang busuk hati sanggup melemparkan pelbagai tuduhan dan cercaan terhadap pihak polis. Ya, buktinya mereka dituduh dan diperlekeh sebagai 'Polis Barua UMNO', 'Polis Anjing UMNO' dan sebagainya hanya kerana mereka menjalankan tugas berhadapan dan menangani para demonstran khususnya dalam siri perhimpunan demonstrasi Bersih yang lalu.

Dalam kesempatan ini, MU dan rakan-rakan mahasiswa mengucapkan Selamat Hari Polis dan jutaan terima kasih buat pasukan PDRM khususnya yang sentiasa sedia bersedia berbakti untuk agama, bangsa dan tanah air.




Terima kasih PDRM

21 Mac 2013

SKMM Cari "Pembubar Parlimen" Palsu #PRU13

Muat turun Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 di SINI

Mengikut Seksyen 233 kurungan 1 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, sabit kesalahan boleh didenda RM 50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya sekali.


Semalam, tanggal 20 Mac 2013, Malaysia khususnya di dunia maya gempar dengan pengumuman Parlimen telah dibubarkan. Hebahan tersebut bermula daripada sebuah sms yang disebarkan sekitar jam 12 tengahari semalam.

Berikut adalah sms yang diterima.


Berikut adalah tanskrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini.
 “ Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran Parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.” 

“ Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan Parlimen berkuatkuasa  hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.”

 “Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran Parlimen.” 

“Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubarkan Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.” 

“Suruhanjaya Pilihan Raya sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.” 

“Semboyan dah dibunyikan. Ayuh jentera-jentera BN Kita pastikan kemenangan BN di PRU13.. Siap Siafa.. Kini Sudah Tiba Masanya…”


Kekecohan ini telah terjawab dengan pengumuman yang dibuat daripada Jabatan Perdana Menteri yang menafikan pembubaran tersebut.




"Jika didapati terdapat pihak melanggar undang-undang, mereka yang terbabit akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang sedia ada". - Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, Pengerusi SKMM


p/s: Berita Parlimen bubar bukanlah permainan meskipun ada yang mungkin menyifatkannya sebagai wake-up call.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ADAKAH ANDA BERSETUJU SEKIRANYA PTPTN DIMANSUHKAN?